Friday, December 11

DRAMA: Galileo

Assalamualaikum semua :)

Ada tak pelajar – pelajar jurusan sains yang tengah membaca entry nia kali ni? Kalau ada, mungkin drama ni akan menjadi salah satu drama kegemaran kau orang semua.

*                                   *                                   *                                   *                                  *

Yukawa Manabu adalah seorang pensyarah di Universiti Teito. Disebabkan perwatakannya yang kurang mesra dan tidak suka bergaul dengan orang lain menjadikan Yukawa sangat sukar untuk didekati.

Utsumi Kaoru merupakan seorang detektif. Dia bercita – cita untuk menjadi seorang detektif yang berjaya dan terkenal seperti seniornya yang mendapat jolokan ‘Mystery Hunter’. Kaoru seorang yang mempunyai semangat tinggi dan sentiasa bekerja keras untuk menyelesaikan satu – satu kes.


*                                   *                                   *                                   *                                  *

Daripada dulu lagi, nia sangat – sangat gemar menonton drama jepun yang berkaitan dengan penyiasatan. Nia suka konsep yang dia orang gunakan untuk menimbulkan masalah dalam satu – satu drama tersebut.

Macam drama kali ni, semua masalah yang timbul boleh diselesaikan dengan eksperimen.

I had a lot fun while watching this show and I hope you guys will had fun too.

And one more thing, I gain a lot of knowledge regarding several experiments that had been done in this series.

Tahun: 2007
Jumlah Episod: 10
Rating: 5 / 5
Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.