Friday, February 5

DRAMA: H2

Assalamualaikum semua :)

Ada sesiapa yang suka main bola lisut tak?

Ataupun yang minat tengok perlawanan bola lisut?

Kalau ada, drama kali ni mesti kena dengan citarasa kau orang semua.

*                                   *                                   *                                   *                                   *



Kunimi Hiro adalah seorang remaja lelaki yang sangat gemar bermain bola lisut. Dia menyertai pasukan bola lisut di sekolah dan bercita – cita untuk membawa kumpulan bola lisut sekolahnya ke peringkat yang lebih tinggi.

Koga Haruka adalah seorang remaja perempuan yang sangat meminati sukan bola lisut. Meskipun dia ialah seorang yang cemerkap tetapi Haruka selalu berusaha bersungguh – sungguh untuk menjadi pengurus pasukan bola lisut yang terbaik untuk pasukannya.

Kedua – dua mereka saling berganding bahu untuk membawa kumpulan bola lisut sekolah mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

*                                   *                                   *                                   *                                   *

Drama ni drama lama. Dah lebih sepuluh tahun dah pun. Tapi masih lagi berjaya menarik hati nia untuk menonton drama ni.

Hubungan antara Hiro dan Koga.

Konflik yang dialami mereka berdua.

Koga yang sering mengalah untuk Hiro.

Hiro yang selalu mengambil berat tentang Koga.

To be honest, nia lebih menyukai drama yang slow sweet steady macam ni berbanding dengan drama yang cringy overloaded romance.

Tapi yelah, citarasa setiap manusia tak sama.

Anyway, enjoy watching guys :)

Tahun: 2005

Jumlah Episod: 11

Rating: 5 / 5

Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.