Friday, July 2

RANDOM: Tunjuk Kemewahan Di Socmed, Riak vs Inspirasi

Assalamualaikum semua :)

Dalam zaman sosial media sekarang ni, selalu sangat timbul isu menayangkan kemewahan yang ada dalam platform sosial media masing – masing.

Tunjuk kereta mewah sederet, tunjuk rumah harga juta – juta, tunjuk kedai bercawangan selambak, tunjuk jam tangan tiga almari, tunjuk baju lima almari, tunjuk kasut tujuh tingkat.

Persoalannya, orang yang tunjuk kemewahan di socmed ini sebenarnya riak ataupun nak memberi inspirasi?

Hmmmmmm

Niat orang lain bukanlah hak kita untuk menilai. Jadi kita yang melihat ini kena jadi bijak. Ambil positif sahaja. Berbaik sangka dengan apa yang mereka tunjukkan kepada kita.

Sebab nia tak nafikan. Bila tengok sesetengah influencer ataupun selebriti tunjuk gambar pencapaian masing – masing, nia tanam hasrat nak jadi berjaya sepertimana mereka juga.

Anggap sahaja mereka yang menayangkan gambar kemewahan di socmed itu kerana mahu memberikan inspirasi ataupun suntikan semangat buat kita semua.

Makanya kita yang melihat ini kena jadi bijak. Ambil yang baik – baik dan fikir yang baik sahaja. Sambil itu, doalah yang baik – baik untuk diri sendiri agar dapat menjadi seperti mereka seterusnya menabur bakti dengan masyarakat satu hari nanti.


Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.