Friday, September 24

RANDOM: Courier Services Semuanya Sama!

Assalamualaikum semua :)

Sebelum ini heboh orang perkatakan perihal pekerja – pekerja syarikat J&T yang membaling dan mencampakkan barang pelanggan gara – gara mogok kerana tidak mendapat bonus. Ekoran daripada kejadian tersebut, ramai yang serik mahu berurusan dengan mereka lagi.

Di sini nia nak cakap sikit.

Courier services, tak kisahlah yang mana satu; poslaju, gdex, pgeon, ninjavan, j&t, citylink, dhl, lineclear dsb. Semuanya sama sahaja.

Masing – masing ada kelemahan.

Masing – masing ada kelebihan.

Dan sepatutnya kita sebagai pelanggan kena bijak menilai. Dalam setandan pisang, bukan semuanya busuk. Mungkin J&T kawasan lain yang membuat onar tetapi J&T dikawasan kita elok sahaja operasinya. Jadi janganlah dipukul rata semua J&T itu tidak bagus kerjanya.

Macam tempat nia sendiri.

J&T buat kerja dengan elok.

Barang sampai dalam keadaan yang elok; tidak kemek, tidak pecah dan tidak hilang. Kalau takde orang kat rumah, mereka akan telefon tanya macam mana dengan parcel tu. Nak ambil kat pejabat mereka ataupun nak diletakkan sahaja di depan pintu rumah? Delivery guy pun semuanya berbudi bahasa dan bersopan santun.

Makanya, janganlah menghukum seluruh pasukan J&T sedangkan yang menconteng arang ke muka sendiri hanyalah beberapa kerat manusia sahaja :)


Sumber gambar: google.com

2 comments:

  1. Betul tue. Sesetengah kawasan sahaja . Alhamdulillah setakat sekarang pihak kurier j&t masih lagi bagi komitmen yg bagus . 2hari lepas ada order parcel dari oversea . Tiba2 bila dh sampai malaysia staff j&t ada call parcel terbuka then diorang nk confirmln berpa item yg ada dlm kotak trsebut . Staff siap seal semula parcel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Jangan pukul rata semua pekerja kurier itu sama, tak adil bagi yang betul - betul ikhlas bekerja :)

      Delete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.