Assalamualaikum semua :)
Siapa
dekat sini suka makan cereal?
Nia
sejak – sejak dah berkenalan dengan cereal jenama Kellogg’s masa bulan
puasa hari tu, terus terpaut hati. Boleh kata stok Kellogg’s sentiasa ada
sahaja dalam kabinet. Bila nia tengok stok dah menyusut, cepat – cepat nia
order melalui aplikasi Shopee.
Memudahkan
kerja betul aplikasi Shopee ni ye?
Cari
barang, pilih harga yang berkenan, masuk dalam troli, bayar dan tunggu barang
sampai depan rumah.
Niat
asal nak beli satu barang je tapi parcel sampai kemain berderet – deret sampai
orang kurier kenallah dengan nama sendiri. HAHAHAHAHA
Okay,
about kellogg’s.
Untuk
percubaan, nia beli enam jenis; tiga Special K iaitu Original, Vanilla
Almond dan juga Oats and Honey. Manakala tiga lagi ialah mueslix iaitu
Harvest Fruit, Raisin & Almond Crunch dan Orchard Beauty.
Untuk
makluman, mueslix tu dah dicampur dengan pelbagai jenis buah – buahan kering.
Jadi tak perlulah kau orang nak tambahkan apa – apa ke dalam tu. Tuangkan sahaja
susu, sudah boleh dimakan.
Antara
keenam – enam jenis ni, nia suka dua jenis; Kellogg’s Special K Original dan
juga Kellogg’s Vanilla Almond.
Empat
yang lain tu bukannya tak sedap. Sedap tapi kurang kena dengan tekak nia. Nia
lagi sukakan yang ringkas dan tak banyak campuran didalamnya.
Sekiranya
kau orang semua nak mencuba cereal Kellogg’s ni, nia sarankan kau orang
beli melalui aplikasi Shopee. Harganya lebih murah berbanding beli di kedai
biasa. Dan yang paling penting, ianya dihantar sehingga ke depan pintu rumah!
Selamat
mencuba semua :)
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)