Friday, February 25

TIPS: Ketika Mengambil Vaksin

Assalamualaikum semua :)

Sebelum ini nia telahpun berkongsi pengalaman mengambil vaksin AstraZeneca di PWTC. Sekiranya kau orang terlepas entry itu, bolehlah klik SINI untuk baca pengalaman nia tersebut.

1 – Datang awal

Datang awal, balik awal. Tak gitu?

Lagipun tak semua orang biasa pergi ataupun pernah sampai dekat PPV yang ditetapkan, jadi bila kau orang sampai awal bolehlah kau orang pusing – pusing kawasan tersebut. Cari parking yang berdekatan dan selamat, tengok pintu masuk dekat sebelah mana. Survey the area.

2 – Pakaian yang sopan

Sebolehnya pakai pakaian yang sopan dan tidak mencolok mata. Takut nanti kalau kau orang pakai terlampau seksi, petugas kat PPV tu halau balik rumah. Takpun dia hulurkan kain pelekat ataupun kain untuk kau orang pakai. Haaaaa, buat nayaaaa.

Pakaian yang sopan tak semestinya baju kurung, baju kebaya, jubah ataupun baju – baju tradisional. Nak pakai seluar dengan tshirt pun boleh je. Hatta nak sarung kostum anime pun boleh. Asalkan sopan. Itu je.

3 – Glove & Hand sanitizer

Ini tak wajib, terpulang pada individu samada nak bawak ataupun tidak sebab dekat PPV ada banyak sangat kemudahan hand sanitizer disediakan. Kalau kau orang sejenis yang suka basuh tangan, tandas pun ada dekat PPV. Jangan risau.

4 – Dengar arahan

Korek telinga siap – siap sebelum pergi PPV okeyyy. Dekat PPV ada ramai orang yang datang untuk ambil vaksin tetapi pegawai yang jaga pulak tak seramai itu. Jadi bila dia orang bagi arahan, tolong alert dan dengar betul – betul. Jangan mereka suruh isi borang, kamu duduk sila panggung usha orang kiri dan kanan like you’re a boss. Kena beduk kepala enam tujuh kali baru kau tahu nanti

Itu sahaja tips yang dapat nia kongsikan bersama dengan kau orang semua. Stay safe everyone!



Sumber gambar: google.com

5 comments:

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.