Friday, March 25

DRAMA: Sell Your Haunted House

Assalamualaikum semua :)

Okey, drama yang nia akan review kali ini sesuai untuk ditonton oleh mereka yang gemarkan tema hantu dan psikik.

*                       *                       *                       *                       *                       *                       *

Hong Ji A merupakan seorang ejen hartanah yang berjaya serta bomoh yang handal. Kebanyakkan klien yang datang menemui dia semuanya mempunyai satu masalah yang sama iaitu mahu menjual bangunan mereka yang didiami oleh roh jahat.

Hong Ji A telah menjalani kehidupan sebagai seorang bomoh selama sepuluh tahun dan selama itu jugalah dia tidak berpindah ke tempat yang baharu kerana roh jahat ibunya berada di dalam rumah mereka.

Untuk menghalau roh ibunya keluar daripada rumah tersebut, Hong Ji A memerlukan bantuan seorang psikik yang mempunyai kuasa spiritual yang kuat iaitu Oh In Bum. Oh In Bum bukan sahaja seorang psikik tetapi juga merupakan seorang penipu dan masa silamnya berkait rapat dengan kematian ibu Hong Ji A.

*                       *                       *                       *                       *                       *                       *

Jalan cerita drama ini tidak terlalu menyesatkan tetapi tidak terlalu tipikal juga. Elemen misteri itu ada iaitu berkaitan dengan roh ibu Hong Ji A dan juga masa silam Oh In Bum.

Romance is very subtle in this drama which is perfect for me sebab nia tak suka tengok cerita hantu yang dibayangi dengan adegan bercumbu. Yikes!

Walaupun nia kata drama ini temanya adalah hantu tetapi tidaklah begitu menyeramkan. Babak terkejut – terkejut pun takde dalam drama ini. Jadi siapa yang tak boleh tengok cerita hantu, boleh sahaja nak melayan drama ni.


Episod: 16

Tahun: 2021

Rating: 5 / 5

Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.