Friday, July 21

KEDAI: Reed Diffuser Kaison

Assalamualaikum semua :)

Pada sambutan hari guru yang lepas, nia ada dapat hadiah reed diffuser jenama Kaison daripada rakan sekerja. Sebelum ni kalau jejak kaki dalam Kaison selalu je nampak reed diffuser dekat rak dia orang tetapi tak pernah terlintas di hati untuk membeli. Sebabnya, akan ada sahaja orang memenuhi ruangan tersebut untuk memilih pelbagai bauan yang memikat hati masing – masing. Walaupun nia tahu reed diffuser ni ada ramai peminat tetapi masih belum dapat meracun nia lagi. Bak kata orang putih, yet. HAHA

Jadi, reed diffuser ni apa sebenarnya?

Liquid air fresheners in a narrow – necked bottle with long ‘sticks’ inserted in to the liquid. (sumber: poison control)

Terjemahan: Cecair pewangi udara yang diletakkan dalam botol berkepala kecil bersama batang panjang yang diletakkan ke dalam cecair tersebut.

Boleh faham ke maksudnya?

Senang cerita, reed diffuser ni salah satu pewangi udaralah. Ataupun dengan kata lainnya, air fresheners.

Semenjak dah terjebak dengan penggunaan reed diffuser, ada beberapa bauan yang telah nia cuba dan nia akan kongsikan di sini untuk rujukan kau orang semua. Kotlah kau orang pun pengguna reed diffuser yang nak mencuba bauan baru. Ataupun kau orang semua baru nak terjebak dengan penggunaan reed diffuser tetapi tak tahu nak pilih bauan yang mana satu.

1 – Forrest

Forrest ni baunya seperti kayu – kayan dan pokok serta daun dalam hutan selepas hujan. Nia suka sangat bau ni, nyaman dan menenangkan. Tahap baunya kuat yang mana kalau kau orang letak dalam bilik, segenap ruang dalam bilik itu ada baunya. Nia cadangkan kau orang letak dalam bilik yang tertutup seperti bilik tidur, tandas, kelas, bilik rehat dsb.

2 – Jasmine

Seperti namanya, jasmine ni baunya seperti bunga. Nia tak berapa minat dengan bau ini tapi bila sesekali hidu tu akan terasa romantik dan exciting. Tahap baunya sederhana. Maksudnya kalau kau orang berada dekat dengan batang reed diffuser barulah kau orang boleh bau. Untuk bau ni, nia cadangkan kau orang letak dekat atas meja belajar, meja kerja, dsb.

3 – Lime & Orange

Ini satu lagi bau yang nia suka. Baunya seperti buah oren yang manis dan juga limau nipis yang masam. Sesekali bila baunya lalu kat hidung, akan timbul rasa segar dan nyaman. Adakala juga membuatkan perut terasa lapar, HAHA. Tahap baunya kuat, sama seperti forrest. Bau yang ini sesuai untuk diletakkan dalam bilik yang tertutup seperti bilik tidur, tandas, kelas, bilik rehat dsb.

4 – Sandal Wood

Sandal Wood ini merupakan bauan kegemaran abah. Dulu The Body Shop ada keluarkan satu perfume namanya Bowhanti dan baunya serupa dengan Sandal Wood ini. Baunya seperti campuran rempah ratus dan kayu – kayan. Bila bau ni menusuk hidung, mesti orang akan terpikat dengan gabungan baunya yang mahal dan unik. Orang lelaki mesti suka bau macam ni sebab baunya maskulin, kuat dan tahan lama. Tahap baunya sangat kuat. Nia cadangkan kau orang letak bauan ini di ruangan yang besar seperti ruang tamu,

5 – Vanilla

Tipikal bau vanila adalah seperti bau kek. Kalau kau orang nak tahu bau kek macam mana, kau orang boleh beli essence vanilla dan cuba hidu. Begitulah bau sebiji kek, harum, manis dan menggoda. Tahap baunya tak kuat, kadang – kadang baunya boleh dihidu dan kadang – kadang pula hilang begitu sahaja. Seolah – olah macam tak pakai reed diffuser. Nia tak galakkan beli bauan ini tapi kalau kau orang minat, boleh letak atas meja belajar, meja kerja dsb.

6 – Ocean

Siapa yang gemar pergi laut, mungkin akan tertarik dengan bauan ini. Baunya ada seperti deruan angin di tepi pantai. Lembut membuai jiwa dan menenangkan kepala. Tahap baunya juga tidak kuat seperti vanilla. Nia tak galakkan beli bauan ini tapi kalau kau orang minat, boleh letak atas meja belajar, meja kerja dsb.

Itulah enam jenis bauan reed diffuser daripada Kaison yang telahpun nia cuba. Harapnya perkongsian nia kali ini bermanfaat untuk kau orang semua. Sampai berjumpa lagi, bye kau orang :)


Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.