Friday, September 8

KEDAI: Baju Plussize

[ AMARAN: NAK BAGI RACUN, SILA LARI DARI SINI KALAU TAK KUAT IMAN :) ]

Assalamualaikum semua :)

Sebagai salah seorang pemegang title plussizers, nia sering berdepan dengan satu masalah berkaitan fesyen iaitu susah nak mencari pakaian yang bersaiz besar. Kecewa sangat bila masuk kedai pakaian dan semua pakaiannya dijual pada saiz standard sahaja. Kadang tu nia baru pegang baju, terus je jurujual cakap ‘MAAF PUAN, KITA TAKDE JUAL SAIZ BESAR.’

EH SENTAP KITA, TERUS BERLALU KELUAR KEDAI. HAHA.

Kadang tu pulak memang dia orang ada jual saiz besar tapi ukurannya banyak tersasar terutamanya di bahagian dada, lengan dan punggung. Sempiiitttt nak oi, kita yang dah sarung baju dia orang tu risau terkoyak je. Tak pasal kena bayar nanti, dahlah tak muat nak pakai.

Kalaupun dia orang ada jual baju saiz besar dengan ukuran yang selesa, design ataupun pattern baju pulak kita tak berkenan. Kebanyakkan design dan pattern baju saiz besar, semuanya jenis selera orang tua – tua. Sedih aii bila berdepan dengan masalah begini, dah jumpa baju yang ada saiz besar tapi design pulak kelaut. Itulah nasib orang yang berbadan besar ni yee, kesian sayaaaa T.T

Tapi sejak kebelakangan ini, masalah nia itu telah mendapat penyelesaian yang hebat. Sejak pandai membeli belah secara atas talian ni, banyak sangat kedai pakaian khas untuk plussizers telah nia jumpai. Nia akan kongsikan beberapa kedai pakaian tersebut di bawah ini.

1 - Mis Claire – WEBSITE MIS CLAIRE


Kedai ni menawarkan pelbagai jenis pakaian untuk plussizers. Slack, jeans, legging, skirt, sweater, jacket, blouse, dress, jubah, kasut, sandal, panty, sportswear, baju kurung, tshirt, nightwear, pajamas, dsb. Design yang dia orang keluarkan mengikut perkembangan semasa dan juga kehendak pelanggan mereka. Paling penting, ukuran dia orang memang menepati piawaian plussizers. Besar, longgar dan selesa! Harga yang dia orang tawarkan pulak kategori sederhana iaitu RM70 dan ke atas, bergantung pada jenis baju.

Nia sendiri pun dah ada banyak koleksi dari Mis Claire. Antaranya ialah knitted sweater, jacket, blouse, skirt dan legging. Nia paling suka dengan legging yang dia orang jual, namanya Amber Outstandingly Soft Relaxed Tapered Leggings.

Material kainnya lembut dan sangat memeri. Kalau pergi kerja, nia memang akan pakai leggings sebab nia pergi kerja naik motor. Jadi kalau angkat kain ataupun jubah, takdelah nampak kaki bila pakai leggings. Seronoknya bila pakai leggings ni, tak nampak berbonjol ataupun berlapis – lapis dari luar sebab materialnya lembut dan tak tebal.

Sepanjang nia pakai leggings dia orang, tak pernah lagi tertetas dekat bahagian paha. Maklumlah, paha kita lebar. HAHA Sebelum nia jumpa Mis Claire, nia beli leggings dari Plusclosette. Tapi material kainnya tebal, panas bila dipakai, jadi berbulu bila dah lama pakai dan selalu tertetas di bahagian paha. Nasib baik jumpa Mis Claire, selesai satu masalah nia.

Lepas tu dekat bahagian bawah kaki tu ada cerut. Takdelah seluar tu menggelebeh terkeluar dari kain ataupun jubah. Satu lagi benda yang nia suka pada leggings dia orang ialah poket. Kiri kanan ada poket okey, suka sangat dengan ciri yang ni. Nia sertakan sekali link produk kat bawah ni, kot kau orang teracun dengan cerita nia kan. Harganya murah je RM39 sahaja.

[ AMBEROUTSTANDINGLY SOFT RELAXED TAPERED LEGGINGS ]

Psst, ni rahsia antara nia dengan kau orang je tau.

Nia sarankan kau orang jadi ahli Mis Claire, lagi banyak kau orang belanja dekat sana lagi banyak poin kau orang dapat kumpul. Lepas tu nanti dia orang akan upgrade membership kau orang ke tahap seterusnya dan kau orang layak mendapat 10% - 15% discount untuk setiap pembelian. Seronok ke seronok? Kalau seronok, sila jadi ahli sekarang yee.

Syhhh, jangan bagitahu orang lain pasal rahsia ni tau!

2 - MimilaQueen – SHOPEE MIMILAQUEEN


Di sini ada pelbagai jenis blouse, baju kurung, jubah, suit, seluar, skirt dan midi dress. Design yang dia orang keluarkan pula jenis sweet, sopan, labuh menutup punggung dan tak begitu trendy. Sesuai untuk muslimah. Untuk ukuran yang dia orang keluarkan pulak, tergantung pada jenis baju.

Ada baju yang ukurannya lebih kecil dan ada baju yang ukurannya lebih besar. Tapi kau orang jangan risau tentang perkara ni, setiap kali kau orang nak tengok katalog koleksi yang kau orang berkenan, dia orang akan bagi sekali carta saiz. Jadi kau orang tengok dulu carta saiz sebelum pilih baju.

Kedai ni antara kedai kegemaran nia bila nak cari blouse labuh, baju kurung dan jubah sebab harga yang ditawarkan sangat berbaloi. Blouse dia orang kebanyakkannya 3 helai RM100 sahaja gaiss, MANA NAK CARI KEDAI JUAL BAJU BERSAIZ BESAR DENGAN HARGA YANG SEBEGITU? Lepas tu dia orang selalu buat harga kombo dan nia jarang sekali melepaskan peluang untuk merebut harga kombo tersebut. HAHA

3 - Najmar – WEBSITE NAJMAR


Najmar ada jual pelbagai blouse, jubah, seluar, skirt dan baju kurung. Tapi untuk baju kurung, biasanya dia orang akan jual semasa raya sahaja. Selepas musim raya, dia orang takkan keluarkan baju kurung dah. Design yang dikeluarkan pula jenis ringkas dan labuh menutupi punggung. Harga yang ditawarkan pula kategori sederhana iaitu RM70 dan ke atas, bergantung kepada jenis baju.

Kat sini biasanya nia akan beli blouse plain dan juga baju kurung. Dia orang ada jugak keluarkan blouse printed tapi patternnya belum berjaya membeli jiwa nia lagi.

4 - Dian Signature – WEBSITE DIAN SIGNATURE


Kedai ni dulunya dikenali sebagai Plusclosette tapi sekarang ni dah diberikan nama baru iaitu Dian Signature. Dia orang ada jual pelbagai jenis pakaian seperti baju kurung, outerwear, baju pengantin, telekung, dress, blouse, seluar, suit, dsb. Harga yang ditawarkan pula kategori sederhana iaitu RM70 dan ke atas, bergantung kepada jenis baju.

Sejujurnya dulu nia suka sangat beli baju dekat sini tapi sejak dia orang dah diberikan nafas baharu ni nia dah jarang sangat singgah kedai dia orang. Sebab utamanya, kebanyakkan baju yang dia orang jual singkat, tak menutupi punggung. Lepas tu harganya pula tidak setanding dengan material baju.

Tapi yelah, itu citarasa nia. Citarasa orang lain kemungkinan berbeza.

5 - Sabella – WEBSITE SABELLA


Nia kenal dengan kedai ni masa zaman #pkpbersambungsambunglagidanlagisampaiakujadisakithati. Masa tu jenama sabella ni tengah melonjak naik sampaikan koleksi baru dia orang sentiasa habis. Bila keluar sahaja design baru, berpusu – pusu orang buat tempahan. Dan nia adalah salah seorang daripada mereka semua. HAHA

Antara tarikan kedai ni adalah material yang digunakan iaitu moss crepe korea. Material ni sangat memeri, selesa dan sejuk. Tapi untuk warna – warna yang cerah, mungkin sedikit jaranglah. Tarikan yang kedua adalah harga yang ditawarkan sangat berbaloi iaitu serendah RM39 dan ke atas, bergantung kepada jenis pakaian.

Antara benda yang dijual pula ialah blouse, jubah, baju kurung, telekung, tudung, minyak wangi, dsb.

Kedai ni pun dah lama nia tak singgah sebab minat nak pakai baju ironless sudah hilang melayang – layang ditiup angin sepoi – sepoi bahasa, KEKE.

6 - Naurah Ameena Basic – WEBSITE NAURAH AMEENA BASIC


Nia berkenalan dengan kedai ni di dalam aplikasi Instagram dan nia paling takut nak membeli pakaian daripada kedai ni sebab harga yang ditawarkan berada dalam kategori mahal iaitu RM90 dan ke atas, bergantung kepada jenis pakaian.

Reaksi nia ketika pertama kali dapat tahu harga pakaian yang dijual oleh mereka ialah ternganga luas sambil menjerit dalam hati sekuat – kuat alam semesta, MAHALNYA BAJU DIA ORANG JUAL! Jatuh rahang bawah nia sampai tak boleh nak angkat semula.

Tapi nia beranikan jugak diri untuk membeli tiga jenis pakaian daripada dia orang sebab nak tahu kenapa harganya mahal sampai begitu sekali. Walaupun harganya mahal tetapi masih juga ada orang beli pakaian yang dia orang jual. Kenapa orang minat dengan pakaian Naurah Ameena Basic ni? Apa istimewanya jenama mereka? Jadi, untuk menghilangkan rasa ingin tahu yang membuak – buak dalam jiwa nia, nia bulatkan tekad untuk menjadi pelanggan mereka. Dengan terketar – ketarnya tanganku ini, nia pun membuat pembelian daripada kedai mereka. HAHA Nia beli blouse labuh, blouse dan juga tshirt.

Dan nia faham kenapa harganya mahal. Material yang mereka gunakan berkualiti, tak nipis, tak tebal, tak jarang, selesa, sejuk, labuh menutupi punggung dan paling penting longgar.

Kedai ni ada jual blouse, kain sarong, tudung sarung, ikat shawl, ikat bawal, widepants, skirt, shirt, kaftan, beg, telekung, anak tudung, dsb. Saiz yang ada pula ialah one size fits all tapi kau orang jangan risau, saiz yang dia orang tawarkan sangat besar sehinggakan plussizers pun boleh muat.

7 - Dhia Ironless – WEBSITE DHIA IRONLESS


Untuk kategori ironless, pakaian yang dijual hanyalah baju kurung, blouse dan blouse skirt. Harga yang ditawarkan pula kategori sederhana iaitu RM70 dan ke atas, bergantung kepada jenis pakaian. Design baju kurung ada tiga jenis yang diberi nama Fatimah, Raudhah dan Khadijah. Corak yang dikeluarkan pula tidak menentu, adakalanya cantik memikat hati dan adakalanya pula nak pandang pun tak hingin.

Satu yang nia menyampah dengan kedai ni ialah corak cantik – cantik cepat sangat habisnya. Literally within an hour, like whatttt? Sengaja nak sakitkan hati orang eh -,-

Tujuh kedai pakaian khas untuk mereka yang berbadan besar telahpun nia kongsikan dengan kau orang semua. Cukup ke cukup? Cukuplah tu kan, kang nia kongsikan banyak – banyak, kau orang pulak rambang mata nak membeli belah. KAH.

Jumpa lagi gaiss!

Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.