[ AMARAN: NAK BAGI RACUN, SILA LARI DARI SINI KALAU TAK KUAT IMAN :) ]
Assalamualaikum
semua :)
Sebagai
salah seorang pemegang title plussizers, nia sering berdepan dengan satu
masalah berkaitan fesyen iaitu susah nak mencari pakaian yang bersaiz besar. Kecewa
sangat bila masuk kedai pakaian dan semua pakaiannya dijual pada saiz standard
sahaja. Kadang tu nia baru pegang baju, terus je jurujual cakap ‘MAAF PUAN,
KITA TAKDE JUAL SAIZ BESAR.’
EH
SENTAP KITA, TERUS BERLALU KELUAR KEDAI. HAHA.
Kadang
tu pulak memang dia orang ada jual saiz besar tapi ukurannya banyak tersasar
terutamanya di bahagian dada, lengan dan punggung. Sempiiitttt nak oi, kita
yang dah sarung baju dia orang tu risau terkoyak je. Tak pasal kena bayar
nanti, dahlah tak muat nak pakai.
Kalaupun
dia orang ada jual baju saiz besar dengan ukuran yang selesa, design
ataupun pattern baju pulak kita tak berkenan. Kebanyakkan design
dan pattern baju saiz besar, semuanya jenis selera orang tua – tua.
Sedih aii bila berdepan dengan masalah begini, dah jumpa baju yang ada saiz
besar tapi design pulak kelaut. Itulah nasib orang yang berbadan besar
ni yee, kesian sayaaaa T.T
Tapi
sejak kebelakangan ini, masalah nia itu telah mendapat penyelesaian yang hebat.
Sejak pandai membeli belah secara atas talian ni, banyak sangat kedai pakaian
khas untuk plussizers telah nia jumpai. Nia akan kongsikan beberapa
kedai pakaian tersebut di bawah ini.
1 - Mis
Claire – WEBSITE MIS CLAIRE
Kedai ni menawarkan pelbagai jenis pakaian untuk plussizers. Slack, jeans,
legging, skirt, sweater, jacket, blouse, dress, jubah, kasut, sandal,
panty, sportswear, baju kurung, tshirt, nightwear, pajamas,
dsb. Design yang dia orang keluarkan mengikut perkembangan semasa dan juga
kehendak pelanggan mereka. Paling penting, ukuran dia orang memang menepati
piawaian plussizers. Besar, longgar dan selesa! Harga yang dia orang tawarkan
pulak kategori sederhana iaitu RM70 dan ke atas, bergantung pada jenis baju.
Nia
sendiri pun dah ada banyak koleksi dari Mis Claire. Antaranya ialah knitted
sweater, jacket, blouse, skirt dan legging. Nia paling suka dengan
legging yang dia orang jual, namanya Amber Outstandingly Soft Relaxed Tapered
Leggings.
Material
kainnya lembut dan sangat memeri. Kalau pergi kerja, nia memang akan pakai leggings
sebab nia pergi kerja naik motor. Jadi kalau angkat kain ataupun jubah,
takdelah nampak kaki bila pakai leggings. Seronoknya bila pakai leggings
ni, tak nampak berbonjol ataupun berlapis – lapis dari luar sebab materialnya
lembut dan tak tebal.
Sepanjang
nia pakai leggings dia orang, tak pernah lagi tertetas dekat bahagian
paha. Maklumlah, paha kita lebar. HAHA Sebelum nia jumpa Mis Claire, nia beli leggings
dari Plusclosette. Tapi material kainnya tebal, panas bila dipakai, jadi
berbulu bila dah lama pakai dan selalu tertetas di bahagian paha. Nasib baik
jumpa Mis Claire, selesai satu masalah nia.
Lepas
tu dekat bahagian bawah kaki tu ada cerut. Takdelah seluar tu menggelebeh
terkeluar dari kain ataupun jubah. Satu lagi benda yang nia suka pada leggings
dia orang ialah poket. Kiri kanan ada poket okey, suka sangat dengan ciri yang
ni. Nia sertakan sekali link produk kat bawah ni, kot kau orang teracun dengan
cerita nia kan. Harganya murah je RM39 sahaja.
[ AMBEROUTSTANDINGLY SOFT RELAXED TAPERED LEGGINGS ]
Psst,
ni rahsia antara nia dengan kau orang je tau.
Nia sarankan
kau orang jadi ahli Mis Claire, lagi banyak kau orang belanja dekat sana lagi
banyak poin kau orang dapat kumpul. Lepas tu nanti dia orang akan upgrade
membership kau orang ke tahap seterusnya dan kau orang layak mendapat 10% - 15%
discount untuk setiap pembelian. Seronok ke seronok? Kalau seronok, sila jadi
ahli sekarang yee.
Syhhh,
jangan bagitahu orang lain pasal rahsia ni tau!
2 - MimilaQueen
– SHOPEE MIMILAQUEEN
Di
sini ada pelbagai jenis blouse, baju kurung, jubah, suit, seluar,
skirt dan midi dress. Design yang dia orang keluarkan pula
jenis sweet, sopan, labuh menutup punggung dan tak begitu trendy.
Sesuai untuk muslimah. Untuk ukuran yang dia orang keluarkan pulak, tergantung
pada jenis baju.
Ada
baju yang ukurannya lebih kecil dan ada baju yang ukurannya lebih besar. Tapi
kau orang jangan risau tentang perkara ni, setiap kali kau orang nak tengok
katalog koleksi yang kau orang berkenan, dia orang akan bagi sekali carta saiz.
Jadi kau orang tengok dulu carta saiz sebelum pilih baju.
Kedai
ni antara kedai kegemaran nia bila nak cari blouse labuh, baju kurung
dan jubah sebab harga yang ditawarkan sangat berbaloi. Blouse dia orang
kebanyakkannya 3 helai RM100 sahaja gaiss, MANA NAK CARI KEDAI JUAL BAJU
BERSAIZ BESAR DENGAN HARGA YANG SEBEGITU? Lepas tu dia orang selalu buat harga
kombo dan nia jarang sekali melepaskan peluang untuk merebut harga kombo
tersebut. HAHA
3 - Najmar
– WEBSITE NAJMAR
Najmar
ada jual pelbagai blouse, jubah, seluar, skirt dan baju kurung.
Tapi untuk baju kurung, biasanya dia orang akan jual semasa raya sahaja.
Selepas musim raya, dia orang takkan keluarkan baju kurung dah. Design
yang dikeluarkan pula jenis ringkas dan labuh menutupi punggung. Harga yang
ditawarkan pula kategori sederhana iaitu RM70 dan ke atas, bergantung kepada
jenis baju.
Kat
sini biasanya nia akan beli blouse plain dan juga baju kurung. Dia orang
ada jugak keluarkan blouse printed tapi patternnya belum berjaya
membeli jiwa nia lagi.
4 - Dian
Signature – WEBSITE DIAN SIGNATURE
Kedai
ni dulunya dikenali sebagai Plusclosette tapi sekarang ni dah diberikan nama
baru iaitu Dian Signature. Dia orang ada jual pelbagai jenis pakaian seperti
baju kurung, outerwear, baju pengantin, telekung, dress, blouse,
seluar, suit, dsb. Harga yang ditawarkan pula kategori sederhana iaitu
RM70 dan ke atas, bergantung kepada jenis baju.
Sejujurnya
dulu nia suka sangat beli baju dekat sini tapi sejak dia orang dah diberikan
nafas baharu ni nia dah jarang sangat singgah kedai dia orang. Sebab utamanya,
kebanyakkan baju yang dia orang jual singkat, tak menutupi punggung. Lepas tu
harganya pula tidak setanding dengan material baju.
Tapi
yelah, itu citarasa nia. Citarasa orang lain kemungkinan berbeza.
5 - Sabella
– WEBSITE SABELLA
Nia
kenal dengan kedai ni masa zaman
#pkpbersambungsambunglagidanlagisampaiakujadisakithati. Masa tu jenama sabella
ni tengah melonjak naik sampaikan koleksi baru dia orang sentiasa habis. Bila
keluar sahaja design baru, berpusu – pusu orang buat tempahan. Dan nia
adalah salah seorang daripada mereka semua. HAHA
Antara
tarikan kedai ni adalah material yang digunakan iaitu moss crepe korea.
Material ni sangat memeri, selesa dan sejuk. Tapi untuk warna – warna yang
cerah, mungkin sedikit jaranglah. Tarikan yang kedua adalah harga yang
ditawarkan sangat berbaloi iaitu serendah RM39 dan ke atas, bergantung kepada
jenis pakaian.
Antara
benda yang dijual pula ialah blouse, jubah, baju kurung, telekung,
tudung, minyak wangi, dsb.
Kedai
ni pun dah lama nia tak singgah sebab minat nak pakai baju ironless
sudah hilang melayang – layang ditiup angin sepoi – sepoi bahasa, KEKE.
6 - Naurah
Ameena Basic – WEBSITE NAURAH AMEENA BASIC
Nia
berkenalan dengan kedai ni di dalam aplikasi Instagram dan nia paling takut nak
membeli pakaian daripada kedai ni sebab harga yang ditawarkan berada dalam
kategori mahal iaitu RM90 dan ke atas, bergantung kepada jenis pakaian.
Reaksi
nia ketika pertama kali dapat tahu harga pakaian yang dijual oleh mereka ialah
ternganga luas sambil menjerit dalam hati sekuat – kuat alam semesta, MAHALNYA
BAJU DIA ORANG JUAL! Jatuh rahang bawah nia sampai tak boleh nak angkat semula.
Tapi
nia beranikan jugak diri untuk membeli tiga jenis pakaian daripada dia orang
sebab nak tahu kenapa harganya mahal sampai begitu sekali. Walaupun harganya
mahal tetapi masih juga ada orang beli pakaian yang dia orang jual. Kenapa
orang minat dengan pakaian Naurah Ameena Basic ni? Apa istimewanya jenama
mereka? Jadi, untuk menghilangkan rasa ingin tahu yang membuak – buak dalam
jiwa nia, nia bulatkan tekad untuk menjadi pelanggan mereka. Dengan terketar –
ketarnya tanganku ini, nia pun membuat pembelian daripada kedai mereka. HAHA
Nia beli blouse labuh, blouse dan juga tshirt.
Dan
nia faham kenapa harganya mahal. Material yang mereka gunakan berkualiti, tak
nipis, tak tebal, tak jarang, selesa, sejuk, labuh menutupi punggung dan paling
penting longgar.
Kedai
ni ada jual blouse, kain sarong, tudung sarung, ikat shawl, ikat
bawal, widepants, skirt, shirt, kaftan, beg, telekung, anak tudung, dsb.
Saiz yang ada pula ialah one size fits all tapi kau orang jangan risau,
saiz yang dia orang tawarkan sangat besar sehinggakan plussizers pun
boleh muat.
7 - Dhia Ironless – WEBSITE DHIA IRONLESS
Untuk kategori ironless, pakaian yang dijual hanyalah baju kurung, blouse dan blouse skirt. Harga yang ditawarkan pula kategori sederhana iaitu RM70 dan ke atas, bergantung kepada jenis pakaian. Design baju kurung ada tiga jenis yang diberi nama Fatimah, Raudhah dan Khadijah. Corak yang dikeluarkan pula tidak menentu, adakalanya cantik memikat hati dan adakalanya pula nak pandang pun tak hingin.
Satu
yang nia menyampah dengan kedai ni ialah corak cantik – cantik cepat sangat
habisnya. Literally within an hour, like whatttt? Sengaja nak sakitkan
hati orang eh -,-
Tujuh
kedai pakaian khas untuk mereka yang berbadan besar telahpun nia kongsikan
dengan kau orang semua. Cukup ke cukup? Cukuplah tu kan, kang nia kongsikan
banyak – banyak, kau orang pulak rambang mata nak membeli belah. KAH.
Jumpa
lagi gaiss!
Sumber gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)