Friday, September 1

PARENTING: Didik Anak Terima Kehilangan Orang Tersayang

Assalamualaikum semua :)

Semasa covid19 melanda negara beberapa tahun yang lalu, ramai anak – anak kecil yang menjadi yatim piatu. Ada yang bernasib baik, mereka dipelihara oleh ahli keluarga terdekat. Mana yang kurang bernasib baik, mereka terpaksa diserahkan kepada badan kebajikan agar nasib mereka lebih terbela.

Perkara yang paling meruntun hati nia ialah apabila nia baca kebanyakan kanak – kanak yang kehilangan ibubapa ini perkembangan emosi mereka terganggu kerana mereka tidak didedahkan dengan cara – cara untuk menerima kehilangan orang tersayang.

Nia akui perkara ini penting.

Orang dewasa sendiri pun kadang – kadang tidak dapat menerima kehilangan orang tersayang dengan baik, apatah lagi anak – anak kecil yang barangkali masih tidak tahu untuk mengawal emosinya yang elok.

Jadi ibubapa mahupun guru di sekolah bolehlah mula untuk mengajar anak – anak tentang cara menerima kehilangan orang tersayang. Biasakan mereka dengan kematian. Sekiranya sukar untuk memberikan contoh melalui manusia, boleh gunakan haiwan.

Kucing ni mati sebab sakit. Jadi kita perlu tanam dia dalam tanah supaya takde orang pijak ataupun binatang lain makan bangkainya. Adik sedih? Ibu pun sedih. Takpe, adik nangislah. Kalau kita rasa sedih, memang kita akan nangis. Ibu pun selalu nangis kalau sedih.

Tanamkan rasa empati dalam diri anak – anak. Sematkan juga pandangan bahawa menangis itu normal dan manusia memang akan menangis sekiranya mereka berasa sedih.

Melalui pemerhatian nia, orang sekeliling selalu suruh ahli keluarga si mati berhenti menangis. Kadang tu sampai memaksa ahli keluarga si mati untuk berhenti menangis. Alasan yang diberikan mereka adakalanya tidak munasabah. Roh si mati sedihlah, roh si mati tak nak bergeraklah.

Kehilangan orang tersayang adalah satu perkara yang menyedihkan. Jadinya normal untuk mereka menangis dan luahkan kesedihan masing – masing. Kenapa perlu disuruh berhenti menangis?

Jadi nia harap untuk generasi akan datang ini, mereka takkan pandang perbuatan menangis itu sebagai satu perbuatan yang ganjil dan perlu dielakkan.

Selain inisiatif ibubapa dan guru, mungkin kementerian pendidikan juga boleh masukkan isu ini dalam silibus pembelajaran untuk membantu anak – anak menerima kehilangan orang tersayang.

Apa pendapat kau orang?



Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.