Assalamualaikum semua :)
Semasa
covid19 melanda negara beberapa tahun yang lalu, ramai anak – anak kecil yang
menjadi yatim piatu. Ada yang bernasib baik, mereka dipelihara oleh ahli
keluarga terdekat. Mana yang kurang bernasib baik, mereka terpaksa diserahkan
kepada badan kebajikan agar nasib mereka lebih terbela.
Perkara
yang paling meruntun hati nia ialah apabila nia baca kebanyakan kanak – kanak
yang kehilangan ibubapa ini perkembangan emosi mereka terganggu kerana mereka
tidak didedahkan dengan cara – cara untuk menerima kehilangan orang tersayang.
Nia
akui perkara ini penting.
Orang
dewasa sendiri pun kadang – kadang tidak dapat menerima kehilangan orang
tersayang dengan baik, apatah lagi anak – anak kecil yang barangkali masih
tidak tahu untuk mengawal emosinya yang elok.
Jadi
ibubapa mahupun guru di sekolah bolehlah mula untuk mengajar anak – anak
tentang cara menerima kehilangan orang tersayang. Biasakan mereka dengan
kematian. Sekiranya sukar untuk memberikan contoh melalui manusia, boleh
gunakan haiwan.
‘Kucing
ni mati sebab sakit. Jadi kita perlu tanam dia dalam tanah supaya takde orang
pijak ataupun binatang lain makan bangkainya. Adik sedih? Ibu pun sedih. Takpe,
adik nangislah. Kalau kita rasa sedih, memang kita akan nangis. Ibu pun selalu
nangis kalau sedih.’
Tanamkan
rasa empati dalam diri anak – anak. Sematkan juga pandangan bahawa menangis itu
normal dan manusia memang akan menangis sekiranya mereka berasa sedih.
Melalui
pemerhatian nia, orang sekeliling selalu suruh ahli keluarga si mati berhenti
menangis. Kadang tu sampai memaksa ahli keluarga si mati untuk berhenti
menangis. Alasan yang diberikan mereka adakalanya tidak munasabah. Roh si mati
sedihlah, roh si mati tak nak bergeraklah.
Kehilangan
orang tersayang adalah satu perkara yang menyedihkan. Jadinya normal untuk
mereka menangis dan luahkan kesedihan masing – masing. Kenapa perlu disuruh
berhenti menangis?
Jadi
nia harap untuk generasi akan datang ini, mereka takkan pandang perbuatan
menangis itu sebagai satu perbuatan yang ganjil dan perlu dielakkan.
Selain
inisiatif ibubapa dan guru, mungkin kementerian pendidikan juga boleh masukkan
isu ini dalam silibus pembelajaran untuk membantu anak – anak menerima
kehilangan orang tersayang.
Apa
pendapat kau orang?
Sumber gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)