Running Man 362 updated // Tuan Tanah tengah sibuk dengan aktiviti Simulasi Cilik Haji

Monday, August 7

DARI HATI: Pemergian Tak Diduga

Assalamualaikum semua :)

Baru – baru ini nia dikejutkan dengan berita pemergian seorang guru Matematik yang bernama Anuar Sadat di sekolah rendah lama nia iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana. Pemergian cikgu Anuar merupakan satu pemergian yang tidak diduga oleh mana – mana individu dan sangat tak disangka – sangka ramai kerana beliau kelihatan sihat dan cergas sahaja pada pagi hari beliau menghembuskan nafas yang terkakhir.

Cikgu Anuar meninggal dunia disebabkan serangan jantung secara tiba – tiba. Ketika serangan tersebut berlaku, Cikgu Anuar sedang bermain bola sepak di padang sekolah bersama guru – guru lelaki yang lain sempena sambutan hari guru peringkat sekolah.



Ramai yang menzahirkan rasa terkilan sebab tak sempat nak bersua muka walaupun sudah merancang terlebih dahulu.

Ramai yang merasa terkejut dengan pemergian Cikgu Anuar yang mendadak.

Ramai yang berasa sedih kerana pada pagi hari beliau meninggal, mereka sempat bertegur sapa dan bertanya khabar.

Tapi itulah ketentuan Allah swt. Perancangan Allah lebih teratur dan lebih baik daripada perancangan manusia. Semoga roh Cikgu Anuar ditempatkan bersama – sama para muslimin dan muslimat. Amin.


Al – fatihah buat Cikgu Anuar Sadat.

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

© Copyright Reserved to Nia Emkay l Designed by DayangDeno