Running Man 362 updated // Tuan Tanah tengah sibuk dengan aktiviti Simulasi Cilik Haji

Wednesday, August 9

EVENT: Pameran Barang Rasulullah SAW & Sahabat

Assalamualaikum semua :)

Minggu lepas nia dan keluarga telah pergi ke pameran barang – barang Rasulullah saw dan sahabat – sahabat baginda yang diadakan di Masjid Negeri Shah Alam ataupun turut dikenali juga sebagai Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Pameran itu diadakan pada pukul 9 pagi sehingga 10 malam. Bayaran yang dikenakan untuk masuk ke pameran tersebut adalah RM 20 untuk dewasa, RM 10 untuk kanak – kanak 12 tahun ke atas, OKU dan juga warga emas. Manakala untuk kanak – kanak dibawah umur 12 tahun, masuk adalah percuma.

Antara barang – barang yang ada di pameran tersebut ialah kain kiswah kaabah, beras yang tertulis surah al – ikhlas, pedang Rasulullah saw dan sahabat baginda, kain penutup jenazah Rasulullah, tongkat Rasulullah, baju perang tentera islam, kereta kuda kerajaan solo, kunci kaabah, harta rampasan perang dan banyak lagi.

Di bawah ini, nia kongsikan beberapa gambar yang sempat nia tangkap semasa di dalam pameran tersebut.

Kain kiswah Kaabah

Kunci Maqam Nabi Ibrahim

Artifak Barang Hasan & Husin

Kain Kiswah Kaabah

Kunci Maqam Ashabul Kahfi

Harta Rampasan Perang + Abah (HEHE)

Batu Dinding Kaabah

Pedang Amr bin Al - Ass

Batu Masjid Quba

Al - Quran Bertatah Emas

Tongkat Rasulullah

Pedang Muadz bin Jabal

Capal Rasulullah

Serban Rasulullah

Darah Bekam Rasulullah

Kunci Maqam Saidatina Khadijah

Pedang Khalid Al - Walid

Pedang Khalid Al - Walid

Kunci Maqam Rasulullah

Kain Penutup Jenazah Rasulullah

Pelan Maqam Rasulullah

Replika Mini Maqam Rasulullah

Tudung Pengantin Saidatina Fatimah

Tapak Kaki Rasulullah

Tapak Kaki Rasulullah

Busur dan Anak Panah Rasulullah

Busur dan Anak Panah Rasulullah

Kereta Kuda Kerajaan Solo + Abah (HEHE)

Kereta Kuda Kerajaan Solo + Abah (HEHE)

Beras yang terukir surah al - ikhlas

Baju Perang Tentera Islam

Maafkan nia ye kalau gambar yang ada ni tidak berapa jelas dan berkualiti sebab pengunjung terlalu ramai dan keadaan sangat sesak. Petugas dia tak bagi berhenti lama – lama kat satu – satu tempat untuk mengelakkan keadaan bertambah sesak. Jadi, kebanyakkan gambar nia ambil secara lalu dan secara menyelit di celah – celah manusia.

Kalau kau orang nak pergi ke pameran ni, bolehlah pergi. Pihak penganjur sudahpun melanjutkan tarikh pameran ini diadakan daripada 9 Ogos 2017 kepada 23 Ogos 2017 disebabkan sambutan yang dia orang dapat adalah sangat menggalakkan.

1 comment:

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

© Copyright Reserved to Nia Emkay l Designed by DayangDeno