DARI HATI: Kebakaran Di Tahfiz Ittifaqiyah

Assalamualaikum semua :)

Beberapa hari yang lalu, kita semua telah digemparkan dengan satu berita yang sangat menyayat hati tentang kebakaran yang berlaku di Tahfiz Ittifaqiyah. Kejadian tersebut berlaku pada waktu subuh di asrama lelaki milik Tahfiz Ittifaqiyah.


Sewaktu nia dalam perjalanan ke tadika, nia ada ternampak asap hitam yang tebal berkepul – kepul di udara. Nia sangkakan ada kebakaran di kawasan perumahan tadika tu tapi takde pulak nampak orang ramai berkumpul ataupun siren kereta bomba. Ingatkan orang bakar sampah ke apa. Sebab kawasan situ memang selalu juga orang bakar sampah secara terbuka walaupun larangan sudah dikeluarkan oleh pihak berwajib.

Pada pukul sepuluh pagi macam tu, tiba – tiba banyak orang bercakap dan bercerita tentang kejadian yang telah menimpa pelajar – pelajar serta warden Tahfiz Ittifaqiyah di Facebook dan Instagram. Jadi nia pun bacalah berita tu dan daripada situ baru nia dapat tahu tentang kebakaran yang telah meragut nyawa 24 orang pelajar dan warden asrama.

Innalillahi wainna ilaihiraji’un.


Takziah diucapkan kepada seluruh kaum keluarga mangsa dan juga pihak Tahfiz Ittifaqiyah yang terlibat dalam kejadian ini. Diminta agar kaum keluarga mangsa nahas kebakaran dapat tabahkan jiwa untuk menghadapi dugaan hebat ini. Jangan bersendirian dan terlalu memikirkan tentang mereka yang telah pergi. Nanti diri sendiri jugak yang akan merana.

Untuk masyarakat yang terlalu prihatin, sudah – sudahlah tu kongsikan video kebakaran yang terjadi di Tahfiz Ittifaqiyah tersebut. Sudah – sudahlah disebarkan gambar para pelajar dan guru yang rentung itu.

Takde rasa bersalah ke dengan kaum keluarga yang tengah bersedih?
Tak terfikir ke ada ibu yang pengsan beberapa kali bila tengok video tu?
Takde terbayang ke kehancuran hati ayah bila dengar laungan anaknya meminta tolong?
Tak pernah terlintas ke keluluhan jiwa adik – beradik lain bila melihat gambar abang atau adiknya yang rentung dalam kebakaran itu?

Tolonglah. Jangan dikongsikan lagi benda – benda itu semua. Jagalah hati dan perasaan kaum keluarga mangsa yang terlibat. Berbelas kasihan dengan kesedihan yang sedang ditanggung mereka semua.

Untuk masyarakat yang terlebih bijaksana, jagalah bahasa apabila berbicara. Jangan semudah itu meluahkan apa yang hati rasa dan akal fikirkan. Jangan pula suka – suka menudingkan jari kepada pihak lain. Walaupun apa yang dilontarkan itu memang betul tetapi kalau caranya salah, pasti banyak jiwa yang tercalar.

Kita tak tahu apa masalah yang timbul dalam institusi pendidikan tersebut, jadi jangan pandai – pandai nak memberikan cadangan. Punca kebakaran itu berlaku pun kita tak pasti, jadi jangan pandai – pandai nak menyalahkan orang lain. Seeloknya, kita hanya berdiam diri daripada menulis sesuatu yang akan melukakan hati banyak pihak. Diam itukan jauh lebih baik daripada berbicara yang tidak enak?

Sehingga ke hari ini, pelbagai media sosial, media cetak dan media massa sentiasa melaporkan kepada rakyat Malaysia tentang kejadian kebakaran di Tahfiz Ittifaqiyah yang telah meragut nyawa 22 orang pelajar beserta 2 orang warden asrama lelaki terbabit.



Al – fatihah untuk mangsa kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah.


Sumber gambar: google.com

2 comments:

  1. Alfatihah..dh 2 mlm x bleh tido lena ..gara2 tertengok video tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, kadang - kadang dia orang ni main share je. tak fikir pasal orang lain.

      Delete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)