Wednesday, September 27

DIARI GURU: Simulasi Haji Cilik 2017

Assalamualaikum semua :)

Pada 23 Ogos 2017 yang lalu, nia bersama seorang lagi guru pengiring dan 10 orang pelajar daripada APC Taman Cempaka Ampang telah menyertai Simulasi Haji Cilik 2017 yang dianjurkan oleh Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM). Simulasi Haji Cilik 2017 ini telah diadakan di Masjid Negeri Shah Alam ataupun turut dikenali sebagai Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Pada hari Rabu tu, pukul tujuh pagi lagi nia dah ada kat tadika bersama dengan barang – barang yang patut dibawa ke sana. Antara barang yang nia bawa ialah tikar getah, sepanduk tadika bersaiz A4, poster Simulasi Haji Cilik serta seluar dan baju setiap pelajar.




Dalam pukul tujuh suku, pelajar yang menyertai Simulasi Haji Cilik dah mula datang ke tadika dan nia gantikan pakaian dia orang dengan kain ihram untuk pelajar lelaki dan telekung untuk pelajar perempuan.

Sepatutnya kita orang bergerak daripada tadika pada pukul tujuh setengah tapi masih ada lagi pelajar yang belum sampai. Pukul tujuh setengah tu, baru separuh pelajar daripada jumlah keseluruhan yang sudah berada di tadika siap berpakaian ihram dan telekung masing – masing.



Padahal daripada hari isnin lagi dah pesan dekat ibu bapa masing – masing agar hantar anak awal ke tadika. Awal pergi ke sana, awallah habis. Dapat balik ke tadika awal. Tapi tidak. Dekat pukul lapan macam tu, bolehlah kita orang gerak ke Masjid Negeri Shah Alam. Sampai kat masjid tu dalam pukul sembilan setengah sebab jalan sesak dan pintu masuk ke masjid tu pun sesak dengan kenderaan daripada tadika lain yang turut menyertai Simulasi Haji Cilik.

Setibanya di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam, kita orang pakaikan pelajar tag nama masing – masing dan gelang haji dia orang. Kita orang juga suruh dia orang pegang sling bag mereka sendiri. Dalam sling bag tu, ada passport haji, plastik tahalul dan plastik untuk isi batu untuk kegunaan melontar jamrah nanti. Dah siap semua tu, nia akan tandatangan kat passport dia orang sebab pengesahan mereka semua sudah berlepas daripada tadika dengan selamat. Nak cop passport tu pun boleh sebenarnya tapi nia tak bawak cop. Jadi, nia tandatangan je kat passport dia orang.






Kemudian, jemaah haji cilik di bawa berhampiran ke kaunter pendaftaran dan nia sebagai wakil tadika pergi berjumpa dengan pegawai yang berkenaan untuk mendaftarkan kumpulan nia. Kita orang kena tunggu satu lagi kumpulan lain sampai untuk genapkan jumlah dua puluh orang. Sebabnya, satu mutawwif hanya boleh mengendalikan kumpulan yang cukup dua puluh orang sahaja. Bila dah cukup dua puluh orang, barulah kita orang boleh memulakan aktiviti simulasi haji secara berkumpulan dan berjemaah.






Masa mula – mula buat aktiviti simulasi haji tu, semua jemaah haji cilik kita orang ceria dan gembira je. Senyuman tak pernah lekang dari bibir masing – masing. Mulut pula becok je bertanya itu dan ini. Rasa seronok memang boleh nampak daripada riak wajah masing – masing. Tapi bila matahari dah semakin meninggi dan dia orang pun dah mula rasa penat serta lapar, muka masing – masing monyok cemberot je. Nak ajak bercakap pun dah tak berminat dah.




Kesian tengok dia orang tapi bila tanya larat ke larat tak, dia orang jawab larat lagi. Jadi, kita orang pun teruskan aktiviti sampai habis. Sekiranya dia orang cakap tak larat, nia akan minta mutawwif berhenti dan berehat dekat mana – mana tempat yang teduh sebab tak nak perkara yang tak diingini berlaku. Itupun ada seorang pelajar daripada kumpulan nia yang perut dah masuk angin dan asyik rasa nak muntah je.






Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar di Simulasi Haji Cilik 2017. Pelajar – pelajar nia yang menyertai pun buat perangai elok je. Takde berlari ke sana sini, takde yang menangis kepenatan, takde yang tersesat masuk kumpulan lain dan takde yang hilang daripada radar kita orang. HAHA




Simulasi Haji Cilik ni mempunyai 8 checkpoint kesemuanya iaitu imigresen untuk pemeriksaan ihram, wukuf di Arafah, mabit di Mudzalifah, melontar jamrah, tawaf, saie, tahalul ataupun bercukur dan juga penyembelihan haiwan ataupun acara korban. Secara keseluruhan memang takde masalah dengan tempat – tempat tu semua kecuali dekat tempat untuk melontar jamrah tu.

Antara satu jamrah dengan jamrah yang lain tu, jaraknya terlalu dekat. Ini menyebabkan pelajar terpaksa bersesak – sesak sesama mereka untuk menyempurnakan aktiviti tersebut. Memburukkan lagi keadaan apabila ada guru pengiring yang terlalu leka mengambil gambar serta video anak – anak murid mereka sehingga tidak perasan ada yang ketinggalan di belakang dan terkeluar dari kumpulan.



Itu masalah pertama. Masalah lainnya adalah guru pengiring dan mutawwif saling menyalahkan antara satu sama lain kerana tidak menjalankan tugas dengan elok dan tidak menjaga kebajikan pelajar. Akibatnya, pelajar jadi mangsa. Tersepit di dalam kumpulan manusia yang ramai tu. Mungkin pihak penganjur boleh menambahkan jarak antara satu jamrah dengan jamrah yang lain supaya pelajar ada ruang untuk bergerak dan tidak bertolak – tolak antara satu sama lain sebagai penambah baikan bagi Simulasi Haji Cilik yang akan datang.




Buat para guru yang akan menyertai Simulasi Haji Cilik pada masa akan datang, pastikan kau orang semua:

1 - Bawa pelajar 5 hingga 6 tahun sahaja.
Sebab aktiviti simulasi haji yang bakal mereka lakukan memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang sangat tinggi. Dengan orang yang ramai dan terpaksa bersesak – sesak, pastinya mereka akan rasa panas dan tidak selesa. Lagipun cuaca kat sana panas, kalau mereka takde daya ketahanan yang kuat pasti aktiviti tersebut akan terganggu. Seterusnya menyusahkan guru pengiring untuk memujuk mereka dan dalam pada masa yang sama menjaga ahli kumpulan yang lain.

2 - Bawa roti.
Sebagai sarapan pagi dan suruh pelajar makan roti tersebut sebelum memulakan acara simulasi haji. Macam pengalaman nia sendiri, pelajar selalu mengadu lapar selepas melakukan empat acara simulasi haji cilik dan ada seorang pelajar yang masuk angin dan asyik rasa nak muntah disebabkan tidak bersarapan pagi sebelum datang ke tadika walaupun kami dah pesan kepada ibu bapa untuk membekalkan anak – anak dengan roti.

3 - Bawa coklat sebagai penambah tenaga ketika aktiviti berlangsung.
Coklat adalah sebagai penambah tenaga anak – anak yang sudah banyak mengeluarkan peluh serta menggunakan kudrat mereka untuk melaksanakan aktiviti simulasi haji. Jadi, bagi mereka satu biji coklat setiap kali mereka selesai melakukan 2 acara untuk membekalkan tenaga.

4 - Pakai kasut sukan.
Guru pengiring dan pelajar wajib pakai kasut sukan semasa hari berkenaan untuk memudahkan perjalanan aktiviti simulasi haji. Kalau pakai selipar ataupun crocs nanti, mesti selalu tercabut dan tertanggal apabila dipijak oleh orang lain. Suasana kat sana memang sesak dan padat dengan manusia.

5 - Pakai pakaian yang selesa.
Guru pengiring perlu memakai pakaian yang selesa tetapi menutup aurat bagi memudahkan kau orang untuk berjalan. Pada hari kejadian nanti, jangan sangka kau orang boleh jalan perlahan – lahan, lenggang – lenggang kangkung sebab orang ramai. Tak! Dapat mutawwif yang aktif, memang kena berlarilah kau orang semua jawabnya. Antara pakaian yang boleh kau orang pakai ialah jubah, tshirt muslimah + seluar dan juga jubah seluar. Manakala tudung yang kau orang perlu pakai ialah tudung putih samada bercorak atau kosong.

6 - Jaga goodies, beg dan barangan masing – masing.
Nampak macam tak logik, kan? Takkanlah masa tengah sibuk – sibuk nak buat aktiviti haji tu nak angkut sekali semua barang ke hulu hilir. Macam orang apa je. Tapi masa nia sertai Simulasi Haji Cilik tempoh hari, banyak kumpulan membuat aduan mengatakan goodies bag pelajar hilang walaupun ianya diletakkan di atas tikar mereka. Walhal, bukannya ada barang – barang yang berharga pun dalam goodies bag tu. Yang ada hanyalah kipas tangan, bekas makanan kanak – kanak, buku nota dan biskut. Tapi itupun ada juga yang ambil. Jadi, jaga barang masing – masing.

Itu sahaja perkongsian nia untuk Simulasi Haji Cilik 2017 ni. Harap – harap ianya dapat membantu kau orang semua dalam membuat persiapan bagi Simulasi Haji Cilik yang akan datang pula. Siapa pernah menyertai Simulasi Haji Cilik sebelum ni? Jom kongsi pengalaman kau orang semua dengan nia jom!

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.