MOVIE: IT

Assalamualaikum semua :)

Nia baru je lepas menonton filem ‘IT’ sebab hujung minggu hari tu adik ada balik rumah. Jadi, nia ambil kesempatan ni untuk ajak abah pergi tengok wayang. Abah kalau pergi sekali dengan adik baru semangat nak keluar rumah. Kalau tak abah rasa malas je nak pergi ke mana – mana. HEHE

*******

IT menceritakan kisah tujuh orang pelajar sekolah yang terlibat dalam kejadian yang membabitkan ‘Pennywise The Dancing Clown’. Mereka bertujuh sepakat untuk menyiasat kejadian misteri kehilangan kanak – kanak satu demi satu di Bandar Berry apabila mereka semua mendapat bayangan pelik seperti badut yang mengerikan, suara kanak – kanak, darah memancut keluar dari sinki, perempuan dalam gambar menjelma keluar dan sebagainya.


Pada mulanya, mereka semua keberatan untuk menyiasat tentang kejadian misteri itu kerana sering berhadapan dengan pengalaman ngeri dan perkara buruk. Namun apabila Billy berkeras mahu mencari bukti bahawa adiknya masih lagi hidup, mereka semua bersetuju untuk mengikut Billy dan menjalankan siasatan.

Hasil penyiasatan mereka mendapati kejadian misteri ini akan berlaku pada setiap 27 tahun sekali. Kadar kehilangan orang dewasa dan kanak – kanak akan meningkat dalam kadar yang sangat membahayakan pada tahun kejadian misteri ini berlaku lebih – lebih lagi kanak – kanak. Dan mereka bertujuh juga mendapati bahawa semua kejadian yang berlaku itu berhubung dengan sistem perparitan.

*******

Cerita ni sama je dengan cerita seram yang lain. Banyak babak terkejut dan saspens. Tiba – tiba je ada muka terjengul depan skrin. Siapa peminat cerita seram mesti dah biasa dengan babak macam ni, betul tak? Tapi babak seram untuk filem ni biasa – biasa je takdelah ekstrem sangat. Alaah, setakat jantung berdegup kencang untuk 30 saat tu apalah sangat kan? HAHA

Nia tertarik dengan karakter Billy sebab dia merupakan seorang budak yang gagap. Pertama kali nia jumpa watak utama yang gagap dalam filem apatah lagi filem – filem seram. Dan ini juga antara filem seram pertama yang kesemua watak utamanya adalah kanak – kanak. Selalunya mesti seorang dua je kanak – kanak dan selebihnya dewasa kan? Tapi cerita ni tak.

Nia nak tengok filem ni sebab dulu pensyarah nia ada cakap yang filem IT ni menyeramkan. Siapa peminat badut, kalau tengok filem mesti jadi fobia dengan badut. Tapi bila nia dah tengok filem ni, nia boleh cakap yang filem ni tak menakutkan sangat sampai boleh meninggalkan kesan trauma bila berselisih dengan badut kat mana – mana acara ataupun kat tepi – tepi jalan.

Abah tengah komen pasal wayang mula lambat, HAHA :D

Abah malas nak layan nia selfie, TSK TSK

Anyway, happy watching guys!
Rating: 3 / 5

2 comments:

  1. teringin nak layan juga tapi penakut, nanti terjerit2 kat pawagam :'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawaklah teman seorang, kalau boleh biar sama - sama takut. takdelah malu sangat bila jerit nanti, hiks :D

      Delete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)