DIARI GURU: Pelajar Suka Mengadu, Apa Nak Buat?

Assalamualaikum semua :)

Siapa yang pernah menjadi guru ataupun sedang berkhidmat sebagai seorang guru pasti pernah mendapat seorang dua pelajar yang suka mengadu hal dekat ibu bapa mereka. Kalau ibu bapa pelajar tersebut takde bising – bising kat whatsapp tanya cikgu itu ini, tak jadi masalah apa.

Ini tidak, dalam masa sepuluh minit tu berdenting – denting telefon berbunyi menandakan whatsapp masuk bertalu – talu. Ibu bapa semuanya kelam – kabut nak tahu apa yang jadi dekat anak masing – masing sampaikan anak menangis meleleh air mata cerita macam – macam kat mereka.

Bila dapat pelajar kaki mengadu ni, apa nak buat?


1 – Bagitahu ibu bapa tentang kelakuan nakal anak.

Selepas waktu persekolahan, bagitahu ibu bapa pelajar tersebut tentang kelakuan nakal ataupun tingkah laku yang tidak menyenangkan hati guru. Biar mereka tahu perkara tersebut daripada guru terlebih dahulu. Kalau boleh ataupun kau orang ingat, rakam sekali aksi pelajar semasa dia orang tengah buat perangai tu. Biar video ataupun perakam suara jadi bukti bahawa pelajar tersebut memang ada buat perangai macam tu.


Uishhh, takkanlah sampai nak kena ambil video dan rakam suara bagai kot nia? Tak melampau sangat ke?

Tak.

Ini berdasarkan pengalaman nia sebagai seorang guru tadika sendiri. Ada sesetengah ibu bapa yang tidak percaya dengan kata – kata guru bahawa anak mereka melakukan perangai – perangai yang tak menyenangkan hati di sekolah. Jadi, kita orang para guru ni ambil video setiap kali pelajar buat nakal dan hantar pada ibu bapa masing – masing.

Tapi itupun ada juga ibu bapa yang tak nak percaya dan masih nak mempertahankan anak masing – masing. Walaupun sudah jelas dan terang lagi bersuluh yang anak dia orang bersalah tapi tetap nak menyalahkan para guru. Kalau dah macam tu gayanya, tak payah layan dah dia orang. Buat pening kepala dan memenatkan jiwa je.

2 – Terangkan kepada pelajar bahawa mengadu itu adalah salah.


Panggil pelajar yang suka mengadu hal kepada ibu bapa masing – masing dan terangkan kepada mereka bahawa perbuatan mengadu perkara – perkara yang berlaku di sekolah adalah salah. Sekiranya ada kawan – kawan yang memukul ataupun mengusik mereka, suruh mereka bagitahu kepada guru supaya guru boleh ambil tindakan. Bukannya perkara itu dipendam sehingga ibu bapa datang untuk ambil mereka pulang.

Mengadu hal dan bercerita tentang apa yang mereka lalui di sekolah adalah dua perkara yang berbeza, ye cikgu – cikgu sekalian.

Mengadu hal ni biasanya pelajar akan bagitahu tentang kawan – kawan yang buat mereka ke, cikgu marah mereka ke, cikgu suruh makan atau minum ke, kawan tak nak kongsi barang dengan dia orang ke dan macam – macam lagilah. Bercerita tentang apa yang berlaku di sekolah pula adalah satu benda yang berbeza sebab mereka akan cerita tentang pelajaran yang mereka belajar, nyanyi lagu apa, menari tarian apa, tulis apa dan sebagainya.

Jadi, pastikan pelajar yang kaki mengadu ini tahu bahawa perbuatan mengadu hal kepada ibu bapa adalah salah.

Itu sahaja tips yang dapat nia kongsikan dengan kau orang. Insya Allah, kalau nia cara yang lain nia akan update kat blog ni lagi.


Annisa Qanitah di photobomb oleh Ali Imran & Adam Qaiser

Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)