MUZIK: Look What You Made Me Do by Taylor Swift

Assalamualaikum semua :)

Baru – baru ni industri seni muzik antarabangsa kecoh dengan pelbagai berita dan desas – desus mengenai keluaran music video terbaru Taylor Swift yang bertajuk ‘Look What You Made Me Do’.

Ada yang mengatakan lagu itu ditujukan kepada semua haters dan mereka – mereka yang pernah melemparkan komen negatif terhadap Taylor Swift. Mereka turut mengatakan bahawa Taylor Swift sebenarnya memerhatikan sahaja orang – orang yang melontarkan komen negatif tersebut kepada dirinya.


Taylor Swift kan memang dari awal – awal kemunculan dia lagi orang ramai dah tahu bahawa dia suka tulis lirik lagu dan dedikasikan lagu tersebut. Kisah percintaannya yang terputus dekat tengah jalan pun ada diceritakan dalam lagu – lagu dia, kalau kau orang semua nak tahu.

Antara lagu yang menceritakan tentang kisah cintanya ialah Back To December, Better Than Revenge, I Knew You Were Trouble dan banyak lagilah.

Untuk music video yang terbaru ni, ada empat nama yang dikaitkan bersama iaitu Kim Kardashian, Kanye West, Katy Perry dan Tom Hiddleton.

Nia dah tengok dah music video tu dan nia cuma faham kenapa nama Tom Hiddleton terkait dengan video tu. Sebab ada sekumpulan penari lelaki yang memakai top bertulis ‘I Love TS’. Masa Taylor Swift dan Tom Hiddleton tengah bercinta kan heboh pasal Tom Hiddleton pakai tshirt ada tulisan ‘I Love TS’.


Itu je yang faham. Untuk lagi tiga nama tu, nia tak faham. Sebab nia pun tak mengikuti sangat perkembangan Taylor Swift. Pergaduhan dan ketidakpuasan hati antara Taylor Swift dan selebriti lain lagilah nia tak ikuti. HAHA.

Kau orang semua dah tengok music video tu ke belum? Kalau belum, tekan butang ‘play’ dekat video yang nia dah sediakan kat bawah ni.


Sumber video: youtube.com
Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)