DIET: Ketogenic Diet

Assalamualaikum semua :)

Hari tu nia ada pergi ke klinik untuk mendapatkan suntikan typhoid sebab satu tadika diserang virus dan ada beberapa orang pelajar serta guru yang mengalami muntah – muntah, cirit – birit, sakit perut dan demam panas. Situasi ni dikira teruk jugalah sebab tu pengetua tadika suruh semua cikgu untuk ambil suntikan typhoid sebab ada kemungkinan virus yang budak – budak tu kena datang daripada makanan.

Suntikan typhoid tu apa dan untuk apa?

Nia akan ceritakan pasal tu dalam entry yang lain yee. Diminta bersabar banyak – banyak wahai para pembaca yang dikasihi sekalian. HAHA

Berbalik kepada cerita klinik tadi. Selepas doktor yang bertugas bagi suntikan typhoid pada nia, dia terus tanya kat nia pasal umur, tinggal kat mana, duduk dengan siapa, kerja apa dan macam – macam lagilah dia tanya kat nia. Dah macam kena temuramah dengan wartawan pulak nia rasa masa tu. HEHE


Di hujung – hujung pertanyaan tu dia cakap, ‘awak tak nak turunkan berat badan ke, dik?’ Nia cakap nia memang tengah berusaha untuk menurunkan berat badan pun tapi masih belum jumpa lagi menu yang sesuai untuk diet nia. Jadi, doktor tu pun bagi nia satu laman web yang boleh membantu nia dalam mencari menu diet yang sesuai dengan nia.

Laman web tu nama dia Diet Doctor dan diet yang diketengahkan oleh Diet Doctor ni adalah Ketogenic Diet. Bila nia baca segala maklumat dan info yang ada dalam laman web tu, nia dapati Ketogenic Diet ni lebih kurang macam Diet Atkins je. Dia orang kurangkan pengambilan karbohidrat.


Jadi kalau ada diantara kau orang semua yang tengah mencari – cari maklumat untuk berdiet dengan betul, menu makanan diet apa yang sesuai untuk dimakan, senaman jenis macam mana yang boleh dilakukan, bolehlah kau orang singgah ke Diet Doctor untuk mendapatkan maklumat yang kau orang nak.

Macam – macam benda ada dalam laman web tu, tinggal rajin ataupun malas kau orang je untuk godek – godek maklumat kat dalam tu. HUHU


Psst! Perjalanan diet nia macam mana?


Jangan tanya. Sudah ketengah laut jauhnya! SOB SOB


Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)