SHOP: Honey Wax by Aura Jelita

Assalamualaikum semua :)

Siapa dikalangan pembaca – pembaca blog nia ni ada masalah bulu lebat dekat badan ataupun tengah mencari penyelesaian untuk menggantikan kaedah mencukur bulu? Haa kalau ada diantara kau orang yang mengalami dilema – dilema yang baru nia sebutkan tadi, sila baca entry ni sampai ke penghujung sebab nia akan bagitahu penyelesaian untuk menggantikan kaedah mencukur bulu.

Syhhhh!

Yang tak berkenaan, jangan baca ye.

Okey, sambung balik!

Seperti yang sudah diwar – warkan kepada orang ramai, kaedah mencukur bulu merupakan satu kaedah yang tidak betul sekiranya kau orang mahukan bulu yang tidak lebat dan lambat tumbuh semula. Sebabnya dengan bercukur, bulu akan jadi semakin lebat dan kadar pertumbuhan semula pun cepat. Dahlah bulu jadi lebat, kulit kau orang pulak akan jadi semakin nipis.

Oh tidaaaak!

Jadi, apa penyelesaiannya nia?

Pernah dengar produk Honey Wax tak? Honey Wax merupakan produk penanggal bulu yang mana bahan utama produk ini adalah madu. Kau orang boleh gunakan Honey Wax ini untuk menanggalkan bulu di mana – mana bahagian badan kau orang. Dekat dagu boleh, dekat ketiak boleh, dekat muka boleh, dekat alat sulit pun boleh!

Yang tak bolehnya dekat kening dengan bulu hidung. Kang kau orang jadi manusia pertama tanda bulu kening dalam sejarah dunia, jangan salahkan nia pulak yee. Nia dah bagitahu awal – awal dah ni.

Jangan risau, nia sendiri pun dah gunakan Honey Wax ni selama tiga bulan dan dah terbukti kaedah menanggalkan bulu dengan menggunakan Honey Way ni memang lebih senang, lebih selamat dan penumbuhan semula bulu pun jauh lebih lambat berbanding kaedah bercukur. Dan jangan risau juga, produk ini boleh digunakan oleh kedua – dua kaum lelaki dan juga kaum wanita.




Nia suka sangat dengan bau Honey Wax sebab ada bau strawberi dan manis – manis sebab ada sesetengah produk penanggal bulu tu bau dia lain macam sikit. Pelik ada, pahit ada, macam – macam adalah.

Cara untuk menggunakan produk ni pun senang je. Ambil satu sudu Honey Wax, kalau Honey Wax tu keras sangat kau orang rendamkan bekas dalam air panas selama lima minit. Kemudian letakkan kat tempat yang kau orang tanggalkan bulu tu. Lepas tu, tekap dengan kain yang disertakan bersama dengan produk. Tunggu dalam satu minit sebelum tarik kain tersebut dalam arah yang berlawanan dengan bulu cepat – cepat.

Ahhhh, tak sakit ke nia?

Sakit macam kena gigit semut je. Takdelah sakit yang ekstrem sampai kena berguling – guling, menangis bersungai - sungai ataupun menjerit – jerit macam orang gila. Lepas tu kalau kau orang tak pernah cukur ataupun cabut bulu kau orang, nanti darah akan keluar kat tempat yang baru dicabut bulu tu. Sikit je darah yang keluar tu, sebesar mata jarum je. Nia masa pertama kali gunakan Honey Wax ni pun berdarah juga tapi lepas tu dah takde dah.

Kalau kau orang berminat nak beli produk ni, boleh whatsapp dekat nombor ni -> 013 - 517 0354

Selamat mencuba dan semoga berjaya. HAHA.

UPDATE: Baru – baru ni agen yang nia beli Honey Wax ni ada whatsapp minta feedback tentang produk ni, dan nia cakaplah nia suka dengan bau Honey Wax ni sebab bau dia manis – manis. Dan dia bagitahu Honey Wax ni memang boleh dimakan sebagai pengganti jem biasa yang kau orang beli kat kedai – kedai runcit tu! O – M – G! 

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)