Wednesday, October 11

TIPS: Kereta Rosak Atas Lebuh Raya? Hubungilah PLUS WOW.

Assalamualaikum semua :)

Baru – baru ni nia telah mengalami satu peristiwa buruk di atas Lebuhraya Utara Selatan ataupun lebih dikenali sebagai PLUS Highway. Nia dan keluarga dalam perjalanan menuju balik ke kampung yang terletak di Melaka. Semasa dalam perjalanan tu, ada beberapa kali kereta tersenggut – senggut ada pedal minyak ditekan. Lepas tu, radio dan jam digital pula kejap – kejap hidup kejap – kejap terpadam.


Nia ada bagitahu abah pasal benda tu tapi disebabkan benda tu jadi sekejap je dan lepas tu terus elok, abah cakap mungkin takde apa – apa. Nia pun senyap jelah sebab memang lepas tu dah takde jadi macam tu lagi. Bila sampai kat Bandar Ainsdale, hujan pulak turun dengan lebat.

Kita orang pun naikkan tingkap kereta dan pasang air – cond. Seperti kebiasaan bila hari hujan lebat, viper kereta akan dipasang pada kelajuan yang maksima. Jadi, viper akan bergerak dengan lajulah, kan? Tapi viper tu bergerak perlahan gila. Lepas tu, kereta jadi balik tersengguk – sengguk dan radio pula kejap mati kejap hidup.


Kereta pula bergerak tersangat perlahan walaupun abah dah tekan pedal minyak sekuat habis. Abah pun pandu kereta perlahan – lahan ke lorong kecemasan dan pasang lampu kecemasan sebelum memberhentikan kereta. Elok je abah berhentikan kereta, terus enjin mati dan tak boleh nak hidupkan balik.

Ahhhhh, tidakkkkkkk!

Benda – benda macam ni memang sangat mencuakkan nia, okey? Dahlah masa tu tengah hujan lebat, kereta mati tengah jalan, air kat atas jalan pula naik semakin tinggi. Nak harapkan seketul nia ni untuk buka but enjin dan tahu apa masalah yang terjadi? Memang tak boleh haraplah, dik oiiii!


Dalam pada kekalutan takut air naik, nia terus teringatkan PLUS Ronda. Terus nia hubungi dia orang di talian 1 800 88 0000. Setelah bagitahu masalah yang nia hadapi, dia orang cakap dia orang akan hantarkan peronda untuk melihat masalah kereta. Dalam 10 minit kemudian, peronda PLUS pun sampai dan dia orang tanya apa yang berlaku sebelum enjin mati.

Abah pun bagitahu dari A sampai Z. Peronda tu cakap mungkin masalah bateri ataupun alternator. Kemudian, dia orang jump bateri kereta dan enjin kereta boleh hidup semula. Selepas tu, minta kita orang tunggu kat Plaza Tol Bukit Mahkota dan hubungi PLUS WOW (Workshop On Wheels) untuk bantuan lanjut. Kita orang pun tunggulah PLUS WOW sampai kat Plaza Tol Bukit Mahkota tu. Bila mekanik daripada PLUS WOW dah sampai, dia terus tengok masalah kereta dan dia cakap altenator kereta tak ada masalah sebab boleh charging battery. Mungkin bateri yang bermasalah sebab terlalu lemah.


Jadi, abah pun suruh mekanik tu tukarkan bateri kereta kepada bateri yang baru. Terus enjin kereta boleh hidup dan takde lagi tersengguk – sengguk macam tadi. Terima kasih PLUS Ronda dan PLUS WOW kerana telah menolong nia dan keluarga menyelesaikan masalah kereta kami!

Abah cakap, kenapa tak ambil gambar dengan mekanik tu tadi? Kalau tak, boleh hantar ke website PLUS. Nia ni jenis darah gemuruh, bila kereta mati tengah jalan terus tak ingat apa – apa. Handphone pun langsung tak pegang, biar je tergolek dalam kereta. Inikan pula nak ambil gambar dengan mekanik tu. HAHA.

Untuk kau orang yang memerlukan bantuan PLUS Ronda ataupun PLUS WOW, kat bawah ni nia ada bagi nombor telefon mereka.

PLUS Ronda: 1 800 88 0000
PLUS WOW: 1 800 22 3000


Muka masing - masing gembira sebab kereta dah elok! Abah lapar sangat ke tuu? HAHA

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.