DRAMA: Angry Mom

Assalamualaikum semua :)

Kali ni nia akan kongsikan review drama korea yang bertajuk ‘Angry Mom’ lakonan Kim Hee Sun, Kim Yoo Jung dan juga Ji Hyun Woo. Drama ni drama lama sebenarnya. Dah bertahun lamanya baru nia dapat tengok cerita ni. HAHA

Sebelum ni nia ada kongsikan review drama korea yang bertajuk ‘Fight For My Way’, kalau kau orang semua terlepas entry tu jangan risau. Kau orang tekan je link yang nia dah sediakan kat bawah ni.


*******

Angry Mom menceritakan Jo Kang Ja yang risau tentang kebajikan anaknya, Oh Ah Ran apabila dia menemui pelbagai kesan lebam di seluruh badan anak perempuannya. Apabila ditanya perihal lebam yang ada di badan Oh Ah Ran, anak gadisnya itu hanya menyuruh Jo Kang Ja untuk tidak menyibukkan diri dengan masalahnya.



Sebagai seorang ibu, mana mungkin Jo Kang Ja boleh mendiamkan dirinya setelah melihat sebegitu banyak lebam yang ada di badan anaknya. Jadi, Jo Kang Ja mengambil keputusan untuk menyiasat tentang perkara itu dan mencari orang yang berani memukul anaknya.

Keadaan menjadi semakin buruk apabila Oh Ah Ran dipukul dengan teruk sehingga menjejaskan keadaan dirinya. Akibat daripada peristia itu, Oh Ah Ran dimasukkan ke dalam hospital untuk menjalani rawatan. Sewaktu itu, Jo Kang Ja nekad untuk menyamar sebagai seorang pelajar sekolah bagi memasuki sekolah Oh Ah Ran.



Sebaik sahaja masuk ke dalam sekolah tersebut, Jo Kang Ja terus menjalankan siasatan dan meletakkan Go Bok Dong sebagai sasaran utama kerana dia mengecam suara pemuda itu yang memberikan amaran kepadanya agar menjaga Oh Ah Ran dengan betul – betul.

Hari demi hari, Jo Kang Ja menemukan pelbagai rahsia yang tidak sepatutnya dia tahu dan barulah dia sedar bahawa sistem pendidikan di sekolah anaknya adalah sangat teruk. Hanya yang kaya sahaja akan mendapat manfaat dan kelebihan yang bagus – bagus. Manakala yang miskin hanya akan mendapat lebihan sahaja.

*******

Drama ni, bagi nia, adalah sebuah drama yang sangat menyentuh hati walaupun nampak seperti tidak masuk akal. Yelah, segila manapun pemikiran seorang ibu, takkanlah sampai berani menyamar untuk menjadi seorang pelajar sekolah. Ye tak?



Nia suka sangat dengan elemen kasih sayang seorang ibu tak mengenal batasan yang ditonjolkan oleh Jo Kang Ja kepada Oh Ah Ran. Walaupun Oh Ah Ran selalu menjauhkan diri dan tak nak bercakap dengan Jo Kang Ja tetapi Jo Kang Ja tetap tidak berputus asa dan terus berusaha untuk mendapatkan kasih sayang anaknya.

Sedih sangat bila tengok Jo Kang Ja menangis sebab tak dapat nak selamatkan anak dia daripada anasir jahat. Jo Kang Ja menyalahkan dirinya kerana tidak mempunyai kuasa untuk berbuat apa – apa bagi kebaikan Oh Ah Ran.

Selain daripada tu, elemen yang kaya bermaharaja lela dan yang miskin ditindas turut menarik perhatian nia untuk menonton drama ini. Drama korea memang selalu selitkan elemen ni tak kiralah genre apa drama bawa.

Dalam drama ni, dia orang tunjukkan macam mana pelajar – pelajar miskin dilayan dan ditindas oleh guru – guru mereka. Kedudukan meja mereka diletakkan jauh ke belakang dengan alasan gred peperiksaan mereka rendah.



Gred peperiksaan mereka sendiri dimanipulasikan oleh guru – guru. Ibu bapa yang memberikan hadiah mahal kepada guru – guru, anak mereka akan dijamin mendapat markah tinggi ketika minggu peperiksaan

Pelajar yang nakkan markah tinggi perlu masuk dalam kumpulan pelajar kaya dan berpengaruh di sekolah tersebut. Buat apa yang dia orang suruh dan jadi khadam mereka. Kalau tidak, markah kosonglah jawabnya yang mereka akan dapat.

Kalau kau orang semua nak berubah angin daripada drama yang mempunyai genre romantik, bolehlah tengok drama ni.

Jumlah episode: 16
Rating: 4.5 / 5
Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)