DIARI GURU: Pelajar Mengamuk Bila Ke Sekolah.

Assalamualaikum semua :)

Siapa yang kerja dekat tadika dengan taska mesti biasa dengan situasi pelajar – pelajar mengamuk bila sampai dekat depan pintu pagar sekolah. Lepas tu mulalah dia orang nak menjerit meraung cakap tak nak pergi sekolah sambil peluk batang leher ibu bapa masing – masing dengan erat.

Kadang tu ada pelajar ni masa dalam perjalanan ke sekolah tu, dia orang elok bergelak ketawa bergurau senda apa semua dengan ibu bapa masing – masing. Tapi bila nampak je muka cikgu, boleh jadi menangis secara tiba – tiba. Kot cikgu tu pakai topeng gambar tengkorak ataupun Pennywise The Dancing Clown, bolehlah juga terima budak – budak ni nak menjerit macam kena histeria.

Jadi kalau pelajar mengamuk bila ke sekolah, ibu bapa kena terus hantar dia orang sekolah ataupun berhenti terus?


Nasihat nia sebagai seorang guru tadika yang sudah mempunyai dua tahun pengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak – kanak ni ialah teruskan hantar anak – anak ke sekolah macam biasa.

Pelajar mengamuk bila di hantar ke sekolah itu adalah perkara biasa lebih – lebih lagi untuk pelajar yang tidak pernah bersekolah sebelum ini. Sebab dia orang masih belum membiasakan diri dengan suasana persekolahan dan juga rutin harian ketika sesi persekolahan berjalan. Kena bangun pagi, mandi air sejuk, makan sarapan pagi dan terus ke sekolah. Mereka masih belum dapat menerima rutin harian ini lagi.

Pada awal – awal musim persekolahan lagilah kerap perkara ini berlaku sebab majoriti pelajar akan mengamuk dan menangis sambil peluk kaki dan leher ibu bapa masing – masing. Ada ibu bapa yang akan tunggu sampai anak mereka berhenti menangis tetapi ada juga ibu bapa yang biarkan sahaja anak mereka di bawah jagaan guru – guru.

Pelajar menangis bila nampak muka guru berhampiran dengan pintu pagar sekolah tu perkara biasa. Tapi bila dah masuk dalam tadika dan berjumpa dengan kawan masing – masing ataupun dipujuk oleh guru, dia akan berhenti menangis dan mula bermain serta berlari ke sana ke mari.


Jadi sekali lagi nia ingatkan. Kalau anak – anak mengamuk dan menangis bila nak ke sekolah, hantarkan juga mereka ke sekolah supaya mereka boleh membiasakan diri dengan suasana alam persekolahan.

Jangan takut, Teacher Nia tak garang, HEHE

2 comments:

  1. mcm anak mrs pip, mula2 nangis pi playschool, sampai depan pintu kelas, tapi cikgu tak benarkan mrs pip bawa anak mrs pip balik rumah. cikgu tu yang bawa anak mrs pip masuk kelas. cikgu tu pun ckp, kalau anak nangis tak nak ke sekolah, jgn biasakan anak2 utk balik ke rumah semula, nnt dorang tak nak ke sekolah. lambat laun mesti dorg suka pigi sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. budak - budak yang tak biasa dengan suasana persekolahan memang akan memberontak dan menangis tapi ibu bapa jangan manjakan sangat mereka. hantarkan jugak ke sekolah nanti cikgu pandailah nak pujuk murid.

      Delete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)