Monday, December 11

DIARI GURU: Pendidikan Seks Untuk Pelajar Tadika.

Assalamualaikum semua :)

Baru – baru ni kecoh dalam dunia pendidikan apabila ada suara – suara mengeluarkan pendapat untuk menambah pendidikan seks sebagai salah satu subjek yang perlu diajar kepada pelajar – pelajar tadika. Jadi hari ni nia nak kongsikan pandangan nia tentang perkara ni dengan kau orang semua.

Perlu ke subjek pendidikan seks diajar kepada pelajar tadika?

Tak perlu!

Banyak lagi benda yang boleh dan juga perlu diajarkan kepada pelajar – pelajar tadika. Antaranya ialah mengeja perkataan, mengenal warna, membaca dengan intonasi yang betul, latihan motor skill, menulis perkataan jawi, menulis ayat – ayat pendek daripada Al – Quran, menghafaz surah – surah dalam juzuk Amma dan sebagainya.

Nia sebagai seorang guru tadika sendiri pun tidak dapat melihat kepentingan dan keperluan untuk mengajar anak – anak kecil ini subjek pendidikan seks. Belum masanya lagi untuk mereka yang digelar sebagai anak – anak syurga ini belajar subjek tersebut.

Buat apalah kita nak merosakkan fikiran mereka dengan subjek pendidikan seks ini sedangkan banyak lagi subjek yang boleh mereka pelajari. Contohnya, subjek bahasa lain seperti Korea, Jepun, Mandarin dan sebagainya. Sekurang – kurangnya subjek ini boleh mendatangkan manfaat kepada mereka semua pada masa akan datang nanti.


Tapi subjek pendidikan seks?

Hanya akan menyebabkan nafsu mereka membara dan asyik mahu melakukan perkara yang tidak senonoh sahaja nanti. Lepas tu bila jenayah rogol, liwat dan seks luar tabii’ berleluasa, semuanya saling tuding menunding tak mahu memikul tanggungjawab masing – masing. Haa, masa tu nak menyesal pun dah tak laku lagi dah.

Memanglah, objektif subjek ini diperkenalkan kepada kanak – kanak adalah mahu mereka mengetahui gangguan seksual, mengurangkan jenayah pedofil dan rogol serta memberitahu cara – cara untuk mengatasinya. Tapi kalau dah namanya kanak – kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun, apa yang mereka faham bukannya maksud dan cara untuk menangani benda tu semua tetapi lebih kepada bed technique ataupun intercourse.

Percayalah cakap nia.


Kalau sedari kecil mereka sudah didedahkan dengan benda – benda ni semua, tidak mustahil fikiran dan minda mereka hanya akan tertumpu terhadap benda – benda ini sehingga mereka dewasa kelak. Buat rosak fikiran dengan jiwa je nanti.

Malahan nia pasti di tadika sendiri pun, para guru sering menegur murid – murid agar jangan bergaul terlalu rapat antara lelaki dan perempuan, tidak boleh memegang kemaluan sendiri ataupun orang lain, tidak boleh melihat kemaluan orang lain, tidak boleh peluk cium sesama sendiri tanpa pantauan guru.

Nia pasti cikgu – cikgu di tadika ada ajar tentang perkara – perkara ini semua. Ini sahaja sudah memadai bagi nia. Pelajaran adab dan sahsiah ini sudah cukup lengkap untuk pelajar – pelajar tadika. Tak payahlah diperkenalkan subjek pendidikan seks pula untuk mereka semua. Cukuplah kita ajar sekadar perkara asas sahaja supaya mereka semua faham apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dilakukan.

Ini pandangan nia tentang perlaksaan subjek pendidikan seks di tadika. Pandangan kau orang pulak macam mana? Cuba kongsikan bersama.

Teacher Nia & Little Huffaz Annisa Qanitah

Sumber gambar: google.com

2 comments:

  1. setuju..rsanya baii kita ajarkan tentang had pergaulan dgn lelaki dan perempuan..tentang aurat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, banyak lagi benda yang boleh diajarkan selain subjek pendidikan seks ni

      Delete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.