Friday, March 23

TIPS: Penjagaan Rambut Cara Nia Emkay

Assalamualaikum semua :)

Ini merupakan salah satu cerita basi yang telah lama diperap dalam komputer riba nia. Kalau cerita ni boleh dijeruk, memang dah masuk kategori sedap sehingga termimpi – mimpi dah. HAHAHA

Sebelum ni nia dah pernah kongsikan Tips Penjagaan Muka Cara Nia Emkay dekat dalam blog ni. Kalau kau orang semua terlepas entry tersebut, sila klik link yang nia dah sediakan kat bawah ni.


Selepas nia tulis tips penjagaan muka tu, ramai pulak yang minta nia kongsikan tips penjagaan rambut dekat blog ni. Untuk tidak menghampakan kau orang semua, kali ni nia akan kongsikan tips penjagaan rambut.

Untuk pengetahuan kau orang semua, penjagaan rambut cara nia emkay mempunyai tiga peringkat keseluruhannya.

1 – Syampu


Sila cari syampu yang bersesuai dengan keadaan rambut kau orang semua. Kalau kau orang punya rambut ada masalah kelemumur, cari syampu untuk rambut kelemumur. Kalau rambut kau orang kasar, cari syampu untuk rambut kasar.

Setiap keadaan rambut yang berbeza, mempunyai syampu yang berbeza. Jangan pulak tengok kawan kau orang punya rambut kerinting dan bersinar, terus kau orang tanya dia pakai syampu apa dan terus pergi beli kat kedai lepas tu lumur kat kepala.

NO!

Tak semestinya syampu yang sesuai dengan keadaan rambut orang lain akan sesuai dengan keadaan rambut kau orang jugak. Walaupun keadaan rambut kau orang sama sekalipun, tak semestinya syampu yang sama akan sesuai dengan rambut kau orang.

Untuk mencari syampu yang sesuai dengan kau orang, kau orang perlu gunakan kaedah trial and error. Nia sendiri pun ambil masa dua tiga tahun untuk mencari syampu yang sesuai dengan keadaan rambut nia.

Lagi satu nia nak pesan, syampu rambut dekat bahagian atas sahaja ye. Kalau bahagian kulit kepala kau orang tu. Jangan syampu sampai ke hujung rambut. Terutama sekali untuk yang berambut panjang.

Tujuannya untuk mengelakkan rambut daripada cepat rosak, bercabang dan juga mudah putus.

Tips: Jangan pakai syampu yang sama untuk tempoh masa yang panjang. Kalau boleh, dua tiga bulan sekali tukar pakai syampu lain pulak.

2 – Perapi


Selepas kau orang cuci rambut dengan syampu, kau orang wajib lumurkan perapi dekat hujung rambut. Nia ulang, hujung rambut dan bukannya dekat kulit kepala kau orang. Tujuan kau orang perlu pakai perapi dekat hujung rambut untuk memberikan rambut kau orang minyak.

Bila hujung rambut kau orang mempunyai minyak yang cukup, rambut akan jadi lebih bersinar, mudah diurus dan tidak mudah putus.

Biasanya rambut yang dekat atas ataupun dekat kulit kepala dah diberikan minyak yang cukup sebab kulit kepala kau orang tu ada keluarkan minyak semulajadi. Jadi, jangan letakkan perapi kat bahagian kulit kepala. Kalau tak nanti rambut kau orang akan jadi semakin berminyak dan kelemumur akan tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Nak ke kelemumur tumbuh merata kat kulit kepala?

Tips: Seminggu sekali, basuh rambut kau orang dengan menggunakan perapi sahaja tanpa menggunakan syampu langsung. Rambut akan jadi lebih lembut dan kuat kalau diamalkan untuk jangka masa yang panjang, insya Allah.

3 – Merawat


Dua kali seminggu, kau orang perlu rawat rambut kau orang dengan menggunakan topeng rambut. Terpulang samada kau orang nak gunakan topeng rambut yang dijual dekat kedai dan pasaraya ataupun kau orang nak gunakan kaedah minyak panas.

Cadangan nia, kau orang gunakan kaedah minyak panas sebagai rawatan pertama dan biarkan selama satu jam. Kemudian, kau orang pakai pulak topeng rambut daripada mana – mana jenama dan biarkan selama satu jam ataupun semalaman.

Lagi kerap kau orang buat rawatan rambut, lagi cantik jadinya rambut kau orang.

Tips: lepas lumurkan topeng rambut ataupun minyak dekat rambut, pastikan kau orang balut rambut dengan tuala ataupun anak tudung. Lebih baik kalau kau orang balut dengan tuala panas.

Itu sahaja tips penjagaan rambut gaya nia emkay yang boleh nia kongsikan bersama dengan kau orang semua. Harap – harapnya tips ini dapat membantu kau orang semua :)

Say ho! from Little Boss Annisa, HAHAHA

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.