Monday, April 15

RESEPI: Ayam Goreng Tepung Bestari

Assalamualaikum semua :)

Punyalah lama nia teringin nak makan ayam gunting, sampaikan tengah mengajar dalam kelas pun boleh terbau – bau orang goreng ayam. Perghhhh, dasyat sungguh nia mengidam ayam gunting sampai boleh terbau – bau. Walaupun dah lama teringin tapi masih jugak tak dapat nak makan ayam gunting.

Kenapa?

Ada masa pergi kedai ayam, kedai tutup dan nia pun balik dengan hati yang kecewa.

Ada masa pergi kedai ayam, orang pulak beratur bukan main panjang macamlah esok – esok tak boleh nak beli ayam gunting.

Ada masa pergi kedai ayam, abang tu cakap ayam dah habisssssss!

YA ALLAH, APA BANYAK SANGAT DUGAAN NAK MAKAN AYAM GUNTING NI?

Geram punya pasal, nia terus pergi pasar pagi, beli isi ayam setengah kilo dan juga tepung bestari jenis asli. Balik rumah, terus nia sinsing lengan baju dan siang ayam. Lepas tu nia rendam ayam dalam celupan tepung yang dah dicampurkan dengan air dan biarkan selama 10 minit. Kemudian, nia celup ayam tadi dengan tepung sebelum digoreng ke dalam minyak yang panas.

Siap je ayam tu masak, nia pun bagi abah satu piring.

Abah tanya, ‘bila masa pulak awak beli nugget ayam ni?’

Nia jawab, ‘gong zhi, itu bukan nugget ayam. Itu ayam goreng tepung bestari, gong zhi.

Abah balas, ‘amboiiii, mentang – mentang baru lepas marathon drama Taiwan terus di ‘gong zhi’ kan kita.’

HAHAHAHAHA

Kalau kau orang nak baca review drama Taiwan yang dimaksudkan oleh abah nia, kau orang boleh klik link yang telah nia letak di bawah ini. Dah habis baca, jangan lupa tinggalkan jejak kau orang di ruangan komen tau :)


Resepi Ayam Goreng Tepung Bestari


Bahan – bahan:
1. 500g isi ayam (dipotong dadu)
2. 2 cawan tepung bestari
3. 1/3 cawan air

Cara Memasak:

1. Gaulkan ayam yang telah dipotong dadu bersama 1 cawan tepung bestari dan 1/3 cawan air. Gaul sampai rata dan biarkan selama 10 hingga 30 minit.


2. Selepas 30 minit, gaulkan semula ayam yang telah dicelup tepung dengan 1 cawan tepung bestari.


3. Panaskan minyak dalam kuali sebelum mula menggoreng ayam tersebut.


4. Ayam goreng boleh dihidang panas – panas dan dimakan begitu sahaja bersama sos ataupun nasi.


Selamat mencuba semua.

:)

2 comments:

  1. suka jugak guna tepung bestari ni, gaul je confirm rangup & sedap bila makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaannnnnn, finger licking good gittewww. HAHAHAHA

      Delete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.