DIET: Menu Sarapan Pagi

Assalamualaikum semua :)

Memandangkan sekarang ni nia dalam proses nak menurunkan berat, jadi nia telah mencari idea untuk menyiapkan sarapan pagi memandangkan nia ni merupakan golongan yang paling suka tinggalkan sarapan pagi. Alasan nia meninggalkan sarapan pagi ialah tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan sarapan pagi.



TSK TSK.

Jangan tinggal sarapan pagi ye, sayang – sayang sekalian. Kalau kau orang nak kuruskan badan, wajib ambil sarapan pagi. Jangan tinggal langsung. Sebab dengan mengambil sarapan pagi, rasa kenyang akan bertahan lama. Pengalaman nia sendiri ni *hidung kembang*



Antara menu sarapan pagi nia adalah:

Menu A: Dua keping roti bakar, sekeping keju jenama cheesedale (jenama lain pun boleh), satu cawan teh limau suam.

Menu B: Dua keping roti, satu biji telur dadar, satu cawan Tamar Koko.

Menu C: Nasi Lemak Paru, satu cawan Tamar Koko.

Menu D: Satu biji epal, satu gugus anggur, satu cawan pati delima + vitamin C.

Selamat mencuba dan semoga membantu kau orang semua :)


Sumber gambar: google.com

4 comments:

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)