Friday, June 14

DRAMA: My Amazing Boyfriend Season 1

Assalamualaikum semua :)

Baru – baru ni masa nia scroll Instagram, nia ternampak snippet untuk drama My Amazing Boyfriend Season 2. Dah beberapa babak juga nia tengok kat Instagram dan nampak macam sedap jugaklah jalan ceritanya tapi tak tahulah kan. Sebab biasanya snippet memang dia orang akan potong dan tunjuk bahagian yang menarik je. Kalau tunjuk bahagian yang bosan, macam mana nak tarik penonton.

Ye dak?

Jadi disebabkan nia belum lagi menonton drama My Amazing Boyfriend Season 2, nia akan kongsikan dulu review drama My Amazing Boyfriend Season 1 yang telah nia tonton sebelum ini.

Nia dah tengok dah drama My Amazing Boyfriend Season 2, tekan link kat bawah ni kalau kau orang nak baca review yang nia tulis :)


*       *       *       *       *       *       *       *


Tian Jing Zhi merupakan seorang pelakon wanita yang selalu ditimpa nasib malang. Nasib malang Tian Jing Zhi jadi semakin teruk apabila dia terlibat dalam sebuah kemalangan jalanraya pada hari yang sama lamarannya ditolak oleh kekasihnya, Xiao Yan, seorang anggota polis.

Walaupun keretanya remuk dan dia terpelanting keluar daripada kereta namun Tian Jing Zhi tidak mengalami apa – apa kecederaan langsung. Malahan, tubuhnya langsung tiada calar – balar akibat terseret di jalanraya. Rupa – rupanya, pada hari kemalangan tersebut Tian Jing Zhi telah diselamatkan oleh seorang lelaki berkuasa luar biasa yang bernama Xue Ling Qiao.

Xue Ling Qiao adalah seorang lelaki yang telah hidup selama 500 tahun di bumi. Dia bukannya seorang makhluk asing ataupun makhluk jadian tetapi manusia biasa. Satu hari, Xue Ling Qiao telah digigit oleh haiwan beracun dan hampir menemui ajal. Tetapi dia berjaya diselamatkan oleh seorang tabib yang mencadangkan agar dia meminum racun untuk mengeluarkan racun yang berada di dalam badannya.

Selepas beberapa hari, dia kembali pulih tetapi Xue Ling Qiao dapat merasakan bahawa keadaan dirinya telah berubah. Dia tidak lagi boleh memakan makanan fizikal seperti nasi, roti dan sebagainya. Dia hanya boleh minum sahaja. Telinganya juga begitu sensitif dan boleh mendengar suara daripada jauh.

Disebabkan kuasa luar biasa yang dimiliki oleh Xue Ling Qiao, dia terpaksa menyembunyikan identiti dirinya yang sebenar dan selalu hidup berpindah – randah. Ini kerana, ramai manusia yang mahu mendapatkan darah Xue Ling Qiao bagi mendapatkan kuasa luar biasanya yang lambat tua.

*       *       *       *       *       *       *       *

Jujur cakap, drama ni sangat straight forward dan ringan. Sangat sesuai untuk kau orang binge watching dengan keluarga masing – masing. Drama ni takde plot twist sangat dan jalan cerita dia pun ringkas dan ringan je. Walaupun ringan itu tak bermakna drama ni tak menarik okeyyyyy!

Sesiapa yang minat drama bergenre komedi romantik, nia cadangkan kau orang tengok drama ni. Dalam ketawa ada cemburu, dalam sedih ada terharu. Pendek kata, permainan emosi memang ada dalam drama ni walaupun jalan cerita dia straight to the point.

Untuk sesiapa yang dah jemu naik cemuih tengok drama korea dan nak beralih arah tengok drama Taiwan, kau orang boleh tengok drama ni.

Untuk kau orang yang baru nak berjinak – jinak dengan drama Taiwan tapi tak tahu nak tengok drama yang mana satu, kau orang boleh tengok drama ni.


Siapa yang dah tengok drama ni, komen ‘done!’ kat bawah.

:)

Jumlah Episod: 18
Rating: 5 / 5
Sumber gambar: google.com

Nota kaki: oh ya, ini merupakan drama pertama lakonan Wu Qian yang nia tonton. Drama kedua dia ialah An Oriental Odyssey. Nia dah pun buat review tentang drama tu, kalau kau orang terlepas entry tu, jangan risau. Nia akan sediakan link kat bawah ni untuk kau orang semua.

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.