Friday, July 5

FAMILY: Selamat Bersara, En Abd Malek

Assalamualaikum semua :)

Pada tanggal 13 Februari 2019, abah nia telahpun selamat menamatkan perkhidmatannya sebagai seorang pelukis pelan kanan di Syarikat Jurutera Perunding Zaaba yang terletak di Kg Baru. Kalau ikut perancangan awal, abah nak bersara hujung tahun depan tapi abah memutuskan untuk bersara lebih awal atas faktor kesihatan yang kian merosot.

Abah membuat keputusan untuk bersara lebih awal sebab abah selalu rasa letih dan kaki pun selalu sangat kebas – kebas. Bila nia ajak abah untuk membuat pemeriksaan kesihatan di hospital, abah menolak. Abah cakap, nanti doktor godek sana sini lagi banyak pulak penyakit yang timbul.

Nia bukannya apa. Sekurang – kurangnya bila dah buat pemeriksaan kesihatan tu, kita dapat tahu penyakit apa yang kita hidapi sekarang. Jadi senanglah sikit kerja kalau nak berubat secara tradisional mahupun moden. Bila kita sendiri tak tahu apa penyakit kita dan hanya main agak – agak sahaja melalui simptom yang dialami, susahlah nak berubat. Kang tak pasal – pasal je penyakit lain pulak muncul.

Disebabkan abah nak bersara, jadi kawan – kawan yang sama jabatan dengan abah iaitu Road & Highway Department telah mengadakan jamuan perpisahan khas untuk abah. Walaupun masing – masing merasa berat untuk melepaskan abah pergi tetapi mereka semua faham bahawa abah membuat keputusan untuk bersara awal setelah berfikir dengan panjang.

Sebagai tanda perhargaan diatas perkhidmatan abah selama ini, pihak Jurutera Perunding Zaada Sdn Bhd telah memberikan beberapa cenderahati sebagai tanda menghargai jasa dan bakti yang telah abah taburkan selama ini.

Buah mahkota dewa yang telah dikeringkan

Ubat diabetes

Emas 999

Surah Pilihan & Doa Harian

Karpet Sejadah

Selamat bersara En Abd Malek!

Semoga masa yang terluang selepas ini akan diisi dengan pelbagai aktiviti bermanfaat, dikurniakan nikmat kesihatan tubuh badan dan juga mental serta diberkati umurnya. Ameen.

Kau orang nak bagi ucapan kat abah nia tak? Jom bagi ucapan kat komen, nanti nia sampaikan pada abah.

:)

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.