Showing posts with label enabdmalek. Show all posts
Showing posts with label enabdmalek. Show all posts

Friday, May 28

PROJEK: Langsir Almari Buku

Assalamualaikum semua :)

Sebagai seorang ulat buku, hobi nia adalah mengumpul pelbagai jenis buku. Tak kiralah daripada kategori yang mana satu. Novel, cerpen, bukan fiksyen, fiksyen, buku mewarna, buku nota, komik, dsb. Semuanya nia akan kumpul untuk dijadikan koleksi. Prinsip nia ketika mengumpul buku hanyalah satu; beli dahulu kemudian baru digunakan. HAHAHAHAH

Kadang - kadang buku yang dah beli bertahun lamanya, hanya terletak cantik dekat almari buku. Langsung tak berusik. Langsung tak dibaca. Kadang tu, masih berbalut kemas lagi. Tapi satu masalah pulak timbul apabila nia terlalu seronok sangat mengumpul buku untuk dijadikan koleksi - ALMARI BUKU DAH PENUH. Gaaaaaaah! Mana nak letak buku nia yang bertimbun - timbun ni?!

Jadinya nia ajak abah pergi ke pasaraya yang berdekatan untuk membeli almari buku. Cari punya cari, nia jumpa dengan almari yang berkenan di hati. Beli dan terus pasang dekat rumah dengan bantuan abah.

Bila dah siap dipasang, abah pun bagi cadangan suruh buat langsir untuk almari buku tu supaya habuk tak terlalu banyak. Bila dengar perkataan langsir tu, terus rasa malas datang dalam hati. Nia kalau disuruh menjahit ni sangat berchenta betul jadinya. Orang lain ambil masa seminggu, nia ambil masa setahun. Punya malasnya nak menjahit.

Tapi dalam malas - malas tu, nia gagahkan juga menjahit langsir almari buku sebab abah hari - hari dok meratib dekat telinga nia tanya dah siap ke belum langsirnya, dah siap ke belum?

Kat bawah ni, nia ada sertakan sekali gambar sebelum dan selepas dipasangkan langsir.


Excuse me for the mess you see here :)

Macam - macam barang diletaknya dekat almari buku tu, ingatkan buku semata je, KAH!


Lawa tak? KEKEKEKEKE

Senget benget pun nia tetap dengan bangganya mengaku, langsir ini adalah hasil kerja tangan saya!

Bahan yang nia gunakan hanyalah kain perca dan juga manik. Barang - barang tu memang dah ada lama dalam simpanan nia. Daripada dibiarkan menjadi makanan lipas, baiklah nia gunakan untuk sesuatu yang berguna.


Mulanya ingat nak tambah sekali perkataan macam dalam gambar tu dekat langsir dengan menggunakan kain felt. Tapi tak rajin pulak nak menggunting huruf. Sudahnya nia biarkan kosong begitu sahaja :D

Friday, January 22

RANDOM: Bertudung Labuh, Pilihan atau Paksaan?

Assalamualaikum semua :)

Hari ni nia nak berkongsi dengan kau orang semua sebab nia memilih untuk melabuhkan tudung. Dari sekolah menengah sampailah nia dah tua ni, masih ada lagi yang melemparkan soalan, kenapa suka pakai tudung labuh?

Its all started when I went to high school.

Masa sekolah menengah tu nia sudahpun datang haid jadi ada beberapa bahagian tubuh nia yang mula membesar seperti dada dan juga pinggul. Bila bahagian – bahagian sulit tu semua mula menonjol, nia jadi sangat aware dengan mata – mata yang memandang.

Rasa tak selesa.

Rasa serba tak kena.

Rasa nak cucuk mata dia orang.

Nia jadi sangat tak selesa apabila memakai tudung sekolah masa tu sebab dia tutup betul – betul paras dada sahaja. Kadang tu bila angin tiup, terus terdedah bahagian dada nia. Kalau boleh, rasa nak pinkan sahaja tudung sekolah tu dekat baju. Biar takde terbang – terbang.

Jadi dari situ, nia bertekad untuk pakai tudung labuh.

Nia pun bagitahulah dekat arwah ibu dan juga abah, nia nak cari tudung sekolah yang labuh. Tak kisahlah tudung tu labuh paras mana. Paras perut ke, paras pinggang ke, paras pinggul ke. Janji labuh daripada dada.

Ibu dengan abah pun bawaklah nia pergi cari tudung dekat kedai uniform sekolah masa hujung minggu. Bila cari tudung yang dijual dekat kedai uniform pakaian sekolah, semuanya pendek – pendek meskipun saiznya XL ataupun XXL.

Hampa.

Kecewa.

Sedih.

Tapi ibu tenangkan nia. Ibu suruh pakai dulu tudung sekolah yang ada. Nanti ibu akan belikan kain untuk buat tudung sekolah baru yang labuh.

Seminggu lepas tu, ibu tunjuk dekat nia tudung sekolah nia yang baru. Dengan perasaan teruja, nia terus sarung ke kepala dan nia sangat puas hati dengan kelabuhannya.

Banyak kali nia peluk cium arwah ibu sambil ucapkan terima kasih.

Jadi itulah permulaan kisah nia bertudung labuh.

Mulanya di zaman sekolah menengah.

Bertudung labuh ni merupakan pilihan nia sendiri dan bukannya dipaksa oleh orang lain.  Bila dah bertudung labuh ni, macam – macam tanggapan dan juga gelaran yang diberikan oleh orang sekeliling terhadap nia. Antaranya;

Ustazah.

Budak baik.

Alim.

Teacher’s pet.

Pandai agama.

Dan macam – macam lagilah.

Di kebanyakkan waktunya, nia tak ambil pusing pun dengan tanggapan dan gelaran tu semua. Nia anggap semua kata – kata yang dilemparkan kepada nia sebagai satu doa daripada mereka.

Doa untuk nia terus berusaha menjadi seorang muslimah yang lebih baik hari ini daripada semalam, amin.

Alhamdulillah.

Hijrah nia bertudung labuh semasa sekolah menengah dahulu bertahan sehingga ke hari ni. Semoga nia akan terus istiqomah untuk berjalan di atas jambatan menuju ke arah muslimah yang lebih baik.

Jadi kalau ada diantara pembaca blog nia yang nak cuba bertudung labuh, cari sebab ataupun punca yang betul – betul kukuh kemudian pahatkan dalam hati. Sambil tu, doa sekali pada Allah mohon agar dikurniakan kesabaran dan ketabahan untuk melalui jalan hijrah.

Nia doakan semoga kau orang semua menjadi muslim dan muslimah yang lebih baik pada hari ni daripada semalam, amin :)



Sumber gambar: google.com

Friday, December 18

KEHIDUPAN: Rumah vs Kereta

Assalamualaikum semua :)

Apa dilema yang kau orang alami semasa dah bekerja?

Suasana kerja?

Bil utiliti?

Jodoh mana?

Pengangkutan ke tempat kerja?

Bos cerewet?

Fasiliti tempat kerja?

Senior buli?

Rumah sewa?

Gaji kecil?

N   A   K       M   A   K   A   N       K   A   T       M   A   N   A?!

Bagi nia, dilema yang nia alami selepas mendapat pekerjaan ialah samada nak beli kereta ataupun nak beli rumah.

Kedua – dua benda ni bukanlah satu keperluan pada nia sebab nia menunggang motorsikal untuk perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja. Tempat tinggal pun tak menjadi masalah sangat sebab nia duduk dengan abah.

Jadi, kenapa ada dilema pulak?

Nia bercadang nak beli kereta sebab nia tak boleh nak drive kereta abah. Abah punya kereta guna manual transmission, bila kaki nia tekan pedal clutch tu menggigil – gigil jadinya. Trauma kemalangan lepas dapat lesen kereta tak hilang sampai sekarang.

Lagipun selepas abah sakit, kaki abah tak berapa kuat sangat. Jadi abah tak boleh nak drive kereta manual transmission lagi.

Sebab tu nia bercadang nak beli kereta.

Untuk rumah tu pulak, abah yang suruh beli.

Kalau diikutkan nia, takde niat di hati untuk beli rumah lagi sebab rumah yang ada pun tak boleh nak jaga dengan elok lagi. Bocor sana sini tak bertampal. Kopak atas bawah tak dibetulkan.

Lagipun gaji nia sebagai guru tadika bukannya besar mana. Bila dah ditolak dengan komitmen bulanan, yang tinggal hanyalah cukup – cukup makan untuk belanja harian nia. Ada bulan lain tu, belanja harian pun tercekik sebab nak kena bayar komitmen tambahan.

Takut juga nia nak beli rumah sebab kewangan tak stabil lagi.

Tapi Alhamdulillah, nia dah berjaya beli tanah abah yang ada dekat kampung. Cadangannya nak cantikkan rumah kampung tu tapi itulah, kena cukupkan kewangan dulu.

Antara rumah dan kereta ni, mana satu yang lagi penting?

Kalau tanya nia, rumah memang lagi penting sebab harga hartanah tak jatuh sebaliknya sering meningkat tahun demi tahun kalau nak dibandingkan dengan harga kereta.

Yang jadi masalahnya adalah kewangan. Dapat – dapat untuk orang bujang macam nia ni. Kalau bergaji besar, bolehlah buat permohonan pinjaman kewangan daripada bank. Tapi kalau bergaji kecil? Nak buat pinjaman dengan bank, memang takkan dilayan.

Untuk kereta pulak.

Ada orang, kereta itu satu keperluan kepada mereka. Dapat pula kalau kereta yang dibeli itu merupakan kereta pertama keluarga. Dan kereta itu digunakan bukan sekadar perjalanan pergi balik kerja sahaja tetapi digunakan untuk macam – macam perkara.

Jadi berbalik kepada keperluan masing – masing.

Kalau kau orang tak perlukan kereta. Tangguhkan hasrat dulu. Kalau memang teringin sangat nak pakai kereta, beli kereta terpakai.

Semoga dilema kau orang semua menemui jalan keluarnya :)



Sumber gambar: google.com

Friday, November 6

FAMILY: Travelog Ibuku Sayang - Pengenalan

Assalamualaikum semua :)

Lama sangat masa yang nia ambil untuk betul – betul tenangkan diri dan jiwa sebelum menulis Travelog Ibuku Sayang ini.

Tujuan nia menulis travelog ini untuk berkongsi pengalaman nia bersama dengan arwah ibu semasa sakit sehinggalah nafasnya terakhir. Dan nia juga berharap agar travelog ini boleh menjadi satu bahan rujukan serta motivasi kepada mereka diluar sana yang turut sama melalui pengalaman seperti nia.

Travelog Ibuku Sayang ini nia akan pecahkan kepada beberapa bahagian sebab tak nak satu – satu entry tu menjadi terlalu panjang. Nanti bosan pulak kau orang nak baca.

Lagi satu, bagi memudahkan kau orang semua mencari travelog ni, nia akan letakkan semua entry berkaitan dengan Travelog Ibuku Sayang pada bahagian review. Kau orang cuma perlu tekan butang hijau bertulis review dekat sidebar sebelah kanan blog ni.

Jadi untuk bahagian pertama ni, marilah berkenalan dengan ahli keluarga nia terlebih dahulu :)

Ahli keluarga nia terdiri daripada lima orang kesemuanya termasuk diri nia sendiri. Abah, ibu, along, nia dan juga adik.

Abah.

Nama abah ialah Abd Malek. Abah dilahirkan dan juga dibesarkan di Melaka. Selepas menamatkan pelajaran di peringkat sekolah menengah, abah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan.

Ibu.

Nama ibu ialah Saniah. Seperti abah, ibu lahir dan dibesarkan di Melaka. Ibu berhijrah ke Kuala Lumpur selepas berkahwin dengan abah. Sebelum ibu ke Kuala Lumpur, ibu mencari rezeki di sebuah kilang. Ketika di Kuala Lumpur, ibu bekerja dari rumah sebagai tukang jahit.

Along.

Nama along ialah Farah Afiqah. Along dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan terakhir di UiTM Seri Iskandar, Perak. Sudahpun mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Maryam.

Nia.

Nama nia ialah Nurul Hawadah. Nia dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Bekerja sebagai guru tadika dan masih lagi bujang. Mendapat pendidikan terakhir di KPTM KL.

Adik.

Nama adik ialah Ahmad Ashraaf. Adik dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan terakhir di UiTM Jengka, Pahang. Bekerja sebagai jurugambar bebas dan masih lagi bujang.


Inilah keluarga nia.

Keluarga nia sama sahaja dengan keluarga orang lain.

Ada hari, kami bergelak ketawa.

Ada hari, kami bertengkar.

Ada hari, kami berpelukan mesra.

Ada hari, kami bercakaran sesama sendiri.

Tetapi itulah yang menjadikan hari – hari kami semua penuh dengan kenangan dan warna – warni kehidupan. Mana ada keluarga yang sentiasa bahagia tanpa ada badai yang melanda kan?

Terlepas bahagian yang lepas? ADA DEKAT SINI

Friday, September 18

REVIEW: Pengalaman Berbuka Puasa Di Golek – Golek Suasana Kampung


>> PERHATIAN: INI CERITA LAMA TAPI BARU NAK POST, HARAP MAAF <<

Assalamualaikum semua :)

Kebiasaan dalam bulan Ramadhan pada setiap tahun untuk keluarga nia adalah berbuka puasa diluar bersama – sama.

Selalunya buka puasa sama – sama dekat RnR Awan Besar je. Menu wajibnya adalah Sate Kajang Hj Samuri. Tapi kali ni nia ingat nak belanja semua makan berbuka puasa dengan tempat lain pulak. Tukar selera orang kata.

Jadi nia pun tanyalah pendapat kawan – kawan dekat socmed.

Dalam banyak – banyak pilihan yang diberi, nia mengambil keputusan untuk merasai pengalaman berbuka puasa dekat Restoran Golek – Golek Suasana Kampung. Sebab nia tengok kebanyakkan review yang ditulis oleh pelanggan yang pernah makan kat sana semuanya kata sedap dan pengalaman dia orang semua menyenangkan.

So why not try something new this year?

Nia dah siap – siap booking menu berbuka puasa dengan pihak restoran sehari sebelum tu dan kita orang gerak daripada rumah awal sikit esoknya sebab takut terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Dua kali jugaklah pusing – pusing kawasan tu sebab tak jumpa jalan masuk.

Itu satu masalah.

Masalah keduanya, jalan naik ke restoran. Bukit dia curam gilaaaa. Sepanjang perjalanan naik bukit tu, nia selawat dan istighfar tak berhenti. Takut sangat kalau tayar tiba – tiba licin lepas tu tergelungsur ke bawah sebab masa tu hujan.

Astaghfirullah al Azim.

Nasib baik elok je kita orang sampai ke atas tu, Alhamdulillah.

Sampai je kat restoran tu, nia terus bagitahu nama dekat pekerja yang jaga kaunter dan dia bawak kita orang ke meja. Dalam hati memang dah girang semacam sebab tengok keadaan sekeliling dia cantik, tempat pun bersih. Lepas tu nampak pulak pangkin tempat yang selalu pelanggan dia orang buat celebration apa semua.



Waahhh, ingatkan tempat kita orang pun cantiklah.

Sekali dia bawaknya kita orang jauh nun ke belakang. Dan hati nia pun jatuh terjelepuk.

Teruknya tempat ni.

Penuh dengan habuk jalan.

Pemandangan tak cantik.

Ada bau yang tak sedap hidu.

Tempat duduk rapat – rapat.

Meja goyang – goyang.

Erghhhhh, tak selesa sangat!

Tapi nia masih lagi maniskan muka dan ambil gambar untuk dijadikan kenang – kenangan.
Kemudian, makanan kita orang pun sampai.

Teka apa nia nak tulis?

.

..

…

….

…..

……

…….

……..

………

Makanan dia sejuk gila.

Macam dah lama masak.

Kali kedua hati nia jatuh terjelepuk.

Masa pekerja dia hantar makanan tu, abah tanya kurma tak ada ke?

Dengan muka tak berperasaan dan langsung tak memberikan senyuman dia jawab, kurma kena ambil sendiri. Lepas tu dia terus angkat kaki dan jalan.

Eh?

Eh eh?

EH EH EH?

Macam tu cara layan pelanggan?

Abah pun nia tengok dah mula nak meletus amarahnya, jadi nia cepat – cepat bangun untuk ambilkan kurma. Dua tiga orang pekerja jugaklah nia tanya dimana kedudukan kurma sebelum nia jumpa.

Tak boleh ke dia orang bagi sekali kurma ni masa hantarkan makanan ke meja – meja pelanggan?

Takkan tak tahu kurma ni merupakan salah satu makanan wajib ketika berbuka puasa?

Kali ketiga hati nia jatuh terjelepuk.

Semasa menunggu waktu berbuka puasa, ada pelanggan lain yang duduk di meja belakang kita orang minta surat khabar ataupun apa – apa sahaja yang boleh digunakan bagi menghalau lalat.

Sebab sejujurnya, lalat memang banyak kat tempat tu. Lauk pulak dia orang hantarkan ke meja bukan main awal lagi.

Pekerja dia balas dengan muka ketat, kat sini dah lama takde surat khabar. Lepas tu dia berlalu pergi.

Pelanggan yang tanya tadi pun jadi terkedu bila diberikan layanan macam tu.

Kali keempat hati nia jatuh terjelepuk.

Sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang, kita orang pun menadah tangan untuk baca doa berbuka puasa serta doa sebelum makan sebelum menjamu selera. Ikhlas nia katakan, lauk pauknya tidak sesedap mana. Sedap lagi lauk pauk yang dijual dekat gerai – gerai tepi jalan.

Tapi nia malas nak komen panjang – panjang pasal makanan sebab lain tekak lain citarasanya.

Habis makan, kita orang sekeluarga pergi ke surau untuk menunaikan solat fardhu maghrib. Terkejut nia melihatkan keadaan suraunya yang sangat kotor dan daif. Tempat makan bukan main cantik, mewah dan merelap merelip tapi tempat beribadahnya kotor pula.

Itu satu masalah.

Masalah kedua, penghadang.

Tempat mengambil wudhu antara lelaki dan perempuan sebelah menyebelah tapi penghadangnya rendah sahaja. Siap boleh intai dari atas lagi. Habis aurat pelanggan perempuan tidak berjaga.

Kali kelima hati nia jatuh terjelepuk.

Usai solat, nia bergerak ke kaunter pembayaran untuk melunaskan bayaran dengan tekad untuk tidak lagi menjejakkan kaki ke tempat ini.

Serik dah dengan pengalaman kali ni.



Sekian,

Saya yang melaporkan dengan jujur dan ikhlas.

Tarikh kejadian: 27 Mei 2018

Alamat tempat kejadian: Lot 2074, Lingkaran Tengah 2, KM10, Gombak, 68100 Selangor, Malaysia

Sumber gambar: google.com

Saturday, July 4

FAMILY: Father's Day 2020

Assalamualaikum semua :)

Tahun ni nia dan adik - beradik yang sepakat mahu mengadakan sambutan hari bapa untuk abah. Biasanya kita orang sekadar belanja abah makan sedap - sedap kat luar tapi tahun ni nia bagi kejutan kat abah dengan membuat sambutan hari bapa.


Tapi, kejutan tak berapa nak menjadi sebab masa nia tengah pasang banner kat langsir tu abah nampak.

Adoyai, kantoi sudahhhhhh


Walaupun sudah kantoi, nia tetap jugak meneruskan sambutan hari bapa tu. Yelah takkan nak batalkan sambutan hari bapa semata - mata sebab dah terkantoi. Ye tak?


Bila abah tengok gambar hitam putih ni, abah cakap 'eh, nampak kuruslah. Nanti bagi abah gambar ni. Nak simpan.'

Aiseyyyy, ingatkan anak dara en malek seorang je yang sibuk mencari gambar dari sudut paling kurus. Rupa - rupanya en malek pun sama jugak.

Haaa, sekarang barulah en malek tahu kehebatan ambil gambar daripada sudut yang boleh nampak kurus.

HAHAHAHAHAHAHAHAHA


No words can describe just how grateful i am to be your daughter.

Selalulah doakan angah supaya dilapangkan rezeki. Banyak lagi benda yang nak bagi pada abah belum tertunai.



A dad is his daughter's first hero,
The man she admires from the start,
And whether she's small or completely grown up,
He has a warm place in her heart.

I love you abah :)



You are my life,
You are my star,
Dad, you taught me;
How to walk,
And how to become a star.


Anyway, anyone got distracted by Maryam's pose?

Bila tengok - tengok balik gambar yang diambil semasa sambutan hari bapa tu, ya Allah, macam - macam pose aneh yang Maryam buat. Semakin dia meningkat besar ni, semakin banyak benda yang dia tiru.

Janganlah pandai - pandai nak buat perkara pelik depan Maryam, cepat je dia belajar meniru nanti.

HAHAHAHAHAHA









Dan yang terakhir adalah outfit of the day from yours truly :)

Alamanda Blouse: Annur Exclusive
Tudung: Hana Dinara

Tolong ampunkan stokin warna hijau menyerlah tu dan juga seluar jeans biru terlipat bawah. HAHAHAHAHAHAH

Friday, July 3

FAMILY: Raya 2019

>> PERHATIAN: INI CERITA LAMA TAPI BARU NAK POST, HARAP MAAF <<

Assalamualaikum semua :)

Tahun ni nia tak banyak post gambar raya kat Instagram mahupun Facebook sebab keluarga kita orang tak lengkap. Tahun ni giliran Along beraya dekat Kuantan, kampung suami dia jadi keluarga nia dan nenek sahajalah yang balik beraya di Melaka pada tahun ni.

Nak post gambar raya dekat socmed pun rasa tak seronok sebab ahli keluarga tak cukup korum. Ai sho shed TT

Lagipun raya kali ni abah tak berapa sihat sangat. Badan rasa lemah dan kaki pun rasa bisa – bisa. Nak ajak bergambar pun abah takde semangat sangat. Pergi ziarah waktu hari raya pun kita orang pergi rumah atuk – atuk saudara dengan bapa saudara nia je, yang bawah – bawah tak pergi sebab abah tak berapa ada mood sangat nak pergi ziarah.

Jadi kebanyakkan waktu masa hari raya tu, kita orang habiskan dengan duduk di rumah sambil menunggu kedatangan tetamu. Takpun duduk dekat bawah pokok manggis sambil berborak.

Tapi sebab nak jugak tinggalkan kenangan hari raya tahun 2019, jadi nia ambil keputusan untuk letak beberapa keping gambar hari raya dekat sini :)







Saturday, June 27

FAMILY: Raya 2020

Assalamualaikum semua :)

Allahu Rabbi, bulan syawal dah habis sebulan tapi nia baru nak tulis pasal raya. HAHAHAHAHAHAHA

Please forgive me for this belated post, guys.

Alaah, tapi ini bukan kali pertama nia tulis post yang telah melepasi tarikh luput. Kau orang pun mesti dah masak dengan perangai nia yang sangat susah nak diubah ni kan?

Raya tahun ni sangat berbeza dengan raya pada tahun sebelum - sebelum ini sebab buat pertama kalinya nia dan keluarga menyambut hari raya di kotaraya Kuala Lumpur yang gah. 

Biasanya kita orang akan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya tetapi disebabkan tahun ni seluruh dunia dilanda pandemik covid19, kami semua kena berkorban dengan menyambut raya di KL.

Untuk pertama kalinya, semua orang berpuas hati dapat beraya di KL sebab terasa kemeriahannya. Biasanya sunyi sepi je dia orang kata. Jalanraya pun kosong. Kalau baring kat tengah - tengah jalan tu pun takde siapa yang akan hamun.

Kat bawah ni, nia ada tepek beberapa gambar yang diambil sewaktu sambutan hari raya pertama dulu. Kalau kau orang tak nak tengok, tak payahlah scroll sampai ke bawah yee.

Anyway, selamat hari raya kau orang. Nia minta maaf kalau ada tulisan nia dalam blog ini yang menyakitkan hati mana - mana pihak.









Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.