Friday, May 22

RANDOM: Tudung Ditanggalkan, Itu Ujian Untuk Emma Maembong

>> PERHATIAN: INI CERITA LAMA TAPI BARU NAK POST, HARAP MAAF <<

Assalamualaikum semua :)

Baru – baru ni kecoh dalam socmed tentang pelakon cantik Emma Maembong yang telah membuat keputusan untuk membuka tudung setelah lima tahun berhijrah. Ramai netizen yang mengecam keputusan Emma untuk membuka hijabnya tetapi tidak kurang juga yang mendoakan agar Emma akan kembali bertudung satu hari nanti. InsyaAllah.



Nia tak nak komen apa – apa tentang keputusan Emma Maembong untuk membuka hijabnya sebab nia sendiri tak tahu apa yang dia lalui sehingga dia nekad membuat keputusan untuk tidak bertudung lagi. Nia juga tak tahu apa yang dirasai oleh dia ketika netizen semua mengecam tindakan Emma membuka tudung di luar negara tempoh hari.

Satu je yang nia boleh buat untuk Emma sekarang ialah berdoa semoga dia terus tabah dalam mengharungi dugaan yang Allah datangkan untuk dia saat ini. Nia juga berdoa agar Emma Maembong akan terbuka hati untuk kembali bertudung.

Sejujurnya, nia mula meminati Emma Maembong dan suka tengok drama – drama mahupun filem lakonan dia sejak dia mula mengenakan tudung. Dia cantik. Sangat cantik. Yelah, Emma pun ada darah kacukan Inggeris di sebelah ibunya. Sudah tentu sahaja parasnya nampak menawan.

Yang buatkan nia jadi suka dengan Emma Maembong ni sebab muka dia nampak sangat manis bila berhijab. Dan dia sangat pandai membawa diri walaupun kemana sahaja dia pergi. Ramah pun ramah. Langsung tidak sombong apabila ada peminat yang menegur dan mahu bersalam ataupun bergambar.

Jadi bila nia dengar cerita Emma dah buka tudung, memang terkejut juga tapi nia pasti ini semua ujian yang Allah datangkan kepada Emma. Setiap ujian yang didatangkan kepada kita adalah tanda kasih sayang Allah kepada kita sebagai hambanya. Jadi jangan sesekali berburuk sangka dengan Allah. Teruskan berdoa, teruskan memohon ampun kepadanya. Moga – moga rahmat Allah milik kita semua. Amin.

Apa yang buatkan nia lagi terkejut adalah bahasa sesetengah netizen Malaysia yang melemparkan pelbagai kata – kata kesat dan juga hamburan makian di ruangan komen Instagram milik Emma Maembong.

Ye, betul.

Emma Maembong telah membuat satu kesilapan dengan tindakannya membuka tudung. Tapi itu bukannya satu tiket untuk kita semua maki dia. Kesilapan yang dia buat tu bukannya satu medium untuk kita beramai – ramai jatuhkan maruah dia dengan menghamburkan kata – kata kesat.

Yang sedihnya, budak – budak bawah umur pun mengikut sekali perangai buruk orang dewasa. Adoyaiiiiiiiiii

Macam manalah kita nak lahirkan satu generasi muda yang berakhlak mulia, bersopan santun dan tahu menghormati antara satu sama lain sekiranya kita yang tua ni sendiri pun tak boleh nak dijadikan contoh terbaik kepada mereka semua?

Tak hairanlah ramai artis zaman sekarang ni mudah menghidapi penyakit kemurungan. Tengok sahajalah komen – komen yang netizen tinggalkan di socmed mereka.

Nia orang biasa yang baca komen tu semua pun boleh jadi sesak nafas dan kadang – kadang tu tak sanggup nak habiskan bacaan sebab komen tu terlalu menusuk jiwa sangat. Perit dan pedih kata – kata yang ditulis.

Ada masa, nia harap sangat segala socmed ni dihapuskan. Biar kita jadi macam dulu. Nak tahu apa – apa berita ataupun gosip, kena beli surat khabar ataupun baca melalui bahan bacaan seperti majalah dan sebagainya. Takpun tengok berita di televisyen ataupun pasang telinga dengar DJ bercakap dekat corong radio.

Tak perlulah kita nak berbalas komen – komen yang menyakitkan hati. Kalau tak puas hati sangat, kita bebel depan surat khabar tu. Sekurang – kurangnya kita tak sakitkan hati sesiapa. Hanya buat penat mulut kita je membebel banyak sangat.

Harapnya, netizen kurangkan sikit aktiviti menulis komen – komen negatif di socmed para selebriti. Mereka pun manusia biasa macam kita semua jugak. Ada hati, ada jiwa, ada keluarga dan ada kehidupan sendiri. Jadi, bertimbang rasalah sikit yeeee.

Siapa setuju dengan pandangan nia, komen kat bawah okey?

:)

Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.