Friday, June 5

KEHIDUPAN: Luaskan Rezeki Dengan Sedekah


Assamualaikum semua :)

Hari ni nia tergerak hati nak bercerita dengan kau orang semua tentang satu amalan yang selalu nia cuba untuk dijadikan rutin.

Amalan sedekah.

Sejujurnya, bukan senang nak melazimkan diri nia untuk bersedekah sebab nia memang dah terbiasa sedari kecil lagi untuk menyimpan duit. Jadi bila nak ajar diri untuk berubah daripada selalu menyimpan kepada selalu memberi, itu adalah satu perkara besar dan payah untuk nia lakukan.

Tapi itu tak bermaksud ianya mustahil.

Masa zaman diploma dulu, nia akan biasakan diri untuk bersedekah dengan cara belanja kawan – kawan nia sekurang – kurangnya RM 1. Tak kisahlah belanja apa. Beli roti ke, air mineral ke, makanan ringan ke, waffle ke, nasi putih ke, belanja photostat ke. Eh, macam – macam lagilah nia belanja dia orang dengan RM 1 tu.

Bila nia sebut belanja kawan – kawan dengan nilai RM1 tadi, mesti ada diantara kau orang yang dah terangkat kening sebelah sambil berbisik dalam hati ‘apa jelah yang si nia ni boleh beli dengan RM1?’

Haaaa, sungguhpun nilai RM1 tu tak besar tapi sebenarnya ada banyak benda boleh dibeli dengan RM1 tu tau. Bila nia dah mula biasa untuk bersedekah dengan RM1 tu, nia naikkan pula jumlah duit tu jadi RM5 dan seterusnya.

Bersedekah tak semestinya dengan memberikan duit kepada orang yang susah dan fakir miskin sahaja. Kita boleh bersedekah kepada sesiapa sahaja yang kita suka.

Malahan nia pernah baca sekumpulan pelajar IPT membayarkan duit parking tambahan untuk kereta – kereta yang sudah habis tempoh masa bayaran parking. Itupun sedekah juga tu.

Jadi kenapa nia nak jadikan amalan sedekah ni sebagai satu amalan rutin?

Dengan harapan, sedekah tadi akan menjadi sebab rezeki nia menjadi lapang dan bertambah.

Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang sahaja. Sebaliknya, rezeki juga boleh datang dalam bentuk kawan yang soleh solehah, keluarga yang sakinah dan mawaddah, tempat kerja yang nyaman, suasana kerja yang menyenangkan, majikan yang prihatin, tempat tinggal, pakaian, makanan dan sebagainya.

Lagipun abah selalu ingatkan nia, ‘rezeki yang kita dapat tu bukannya semua milik kita seorang. Kadang – kadang ada terselit sebahagian dua rezeki milik orang lain.’



Itu sahaja perkongsian nia untuk kali ni, semoga ianya memberi manfaat kepada kau orang semua.

:)


Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.