Friday, October 30

DRAMA: 5ji Kara 9ji Made

Assalamualaikum semua :)

Drama yang nia tonton kali ni melibatkan dua orang pelakon yang sangat nia minati iaitu Yamashita Tomohisa dan juga Ishihara Satomi.

*                                   *                                   *                                   *                                  *

Sakuraba Junko merupakan seorang tenaga pengajar di English Language Academy (ELA). Dia mempunyai cita – cita untuk menjejakkan kaki ke New York satu hari nanti. Demi menggapai cita – citanya itu, Junko sentiasa memastikan bahawa dia bekerja keras dan menyimpan seberapa banyak duit yang boleh setiap hari.

Satu hari, Junko telah diperdaya oleh ahli keluarganya untuk pergi bertemu janji buta di sebuah restoran mewah. Sebaik sahaja tiba di restoran tersebut Junko terkejut melihatkan seorang sami, Hoshikawa Takane berada di dalam ruang yang sepatutnya menjadi ruang makan keluarganya.

Tetapi sami itu berkata Junko telah datang pada tempat yang betul dan dia mahu Junko berkahwin dengannya?!



*                                   *                                   *                                   *                                  *

Drama ni sebenarnya abah yang cadangkan kat nia untuk tengok sebab abah tahu nia memang minat dengan Yamapi.

And once I’ve started watching, I’ve got to admit I’m falling in love with this drama.

Junko perlahan – lahan mengenali siapa Takane.

Takane sentiasa ada untuk Junko ketika senang dan susah.

Salah faham yang merenggangkan hubungan dia orang.

Kemaafan yang mengembalikan kepercayaan antara mereka berdua.

Japanese drama never failed to capture my heart :)

Tahun: 2015
Jumlah Episod: 10
Rating: 5 / 5
Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.