Friday, October 23

RANDOM: Melayu Tak Semestinya Muslim

Assalamualaikum semua :)

Hari tu nia ada terbaca satu artikel dimana seorang wanita Melayu berkahwin dengan lelaki India. Sungguhpun wanita tersebut berketurunan Melayu tetapi agamanya ialah Kristian. Wanita tersebut merupakan anak sebuah keluarga Melayu yang kemudiannya dijadikan anak angkat kepada sebuah keluarga yang India.

Lepas baca artikel tu, terus nia borak dengan abah pasal topik tersebut.

Nia cakap dengan abah, zaman sekarang ni dah tak sama dengan dulu lagi.

Kalau dulu, asal keturunan Melayu sahaja sudah pasti agamanya ialah Islam. Tetapi sekarang tidak lagi. Kita dah tak boleh nak pukul rata bahawa semua orang Melayu itu adalah muslim.

Abah balas, dari zaman abah dulu lagi benda tu dah berlaku.

Menggunakan nama Islam, mengaku beragama Islam tetapi dekat leher tergantung rantai dengan lambang salib.

Lebih menyedihkan lagi apabila budak – budak sekolah pun terlibat dengan benda – benda macam ni. Bila ditanya kenapa, dia orang jawab sebab dia orang diberikan duit bila buat macam tu.

Allahu Akhbar.

Abah selalu pesan dengan nia, belajar agama. Cari guru yang boleh mengajar dan tuntut ilmu dengan mereka. Sekurang – kurangnya bila orang jerkah, kepercayaan kita tidak bergoyang.

Bila ditanya, boleh dijawab.

Bila dibahas, boleh dipatahkan.

Kalau tak boleh nak manfaatkan orang lain, sekurang – kurangnya cari ilmu untuk kegunaan diri sendiri.

Nia berdoa semoga kita semua diberikan kesempatan, kesabaran, ketabahan dan dipermudahkan segalanya untuk menuntut ilmu dalam perjalanan mengenali Maha Pencipta, amin



Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.