Friday, June 30

TIPS: Pakaian Ketika Mengambil Vaksin Edisi Muslimah

Assalamualaikum semua :)

Sebelum ni nia dah pernah kongsikan pengalaman nia sewaktu mengambil vaksin AstraZeneca di PWTC dan nia juga telah berkongsikan tips ketika mengambil vaksin. Sekiranya kau orang semua terlepas membaca kedua – dua entry tersebut, jangan risau. Klik sahaja link yang sudah nia sediakan di bawah ini :)

[PENGALAMAN MENGAMBIL VAKSIN ASTRAZENECA DI PWTC]

[TIPS KETIKA MENGAMBIL VAKSIN]

Untuk kali ini, nia akan kongsikan beberapa tips pakaian yang sesuai dipakai ketika mengambil vaksin edisi muslimah.

1 – Baju Lengan Pendek + Stoking Tangan

Yang pertama adalah gandingan baju lengan pendek dengan stoking tangan. Ini paling praktikal. Nia rasa semua orang ada baju lengan pendek dekat rumah kan? Kalau perlukan tambahan pun, nia rasa stoking tangan tu sahaja tambahan yang diperlukan.

Stoking tangan tu kalau boleh pakai yang jenis panjangnya sampai ke ketiak. Jadi waktu nak cucuk vaksin nanti, kau orang selak lengan baju dan turunkan sikit stoking tangan.

2 – Baju Tanpa Lengan + Jaket / Cardigan

Yang kedua, kau orang boleh pakai baju tanpa lengan dan dipadankan sekali dengan jaket ataupun cardigan. Yelah, ada orang tak selesa bila kena pakai stoking tangan sampai paras ketiak. Atau, ada juga yang lebih gemar pakai inner daripada stoking tangan.

Jadi kau orang boleh pakai baju tanpa lengan bersama jaket mahupun cardigan. Bila nak cucuk vaksin, dedahkan sikit bahagian bahu kepada petugas kesihatan.

3 – Jubah / Kaftan Berlengan Besar + Stoking Tangan

Yang ketiga, kau orang boleh pakai jubah mahupun kaftan yang jenis bukaan lengan dan tangannya besar. Jadi senang, kau orang sinsing sahaja lengan tu naik sampai ke paras ketiak bila nak cucuk vaksin nanti.

Stoking tangan jangan lupa pakai ye sayang – sayang sekalian. Faham – faham jelah bila pakai baju yang bukaan tangannya lebar ni. Aurat tangan susah nak berjaga. Kang tahu – tahu je, nampak ketiak. Aiyokkkk!

4 – Breastfeed – friendly

Yang keempat, kau orang boleh pakai mana – mana baju yang mempunyai breastfeed – friendly features. Breastfeed – friendly tu maknanya ada zip di bahagian dada untuk memudahkan urusan penyusuan. Baju

Dekat pasaran sekarang pun dah makin ramai orang jual baju breastfeed – friendly ni pada harga yang berpatutan. Masa nak vaksin nanti, buka zip dan tunjukkan bahagian bahu sikit pada petugas kesihatan. Tak payah nak sinsing lengan apa semua bagai.

5 – Vaccine - friendly

Yang kelima adalah baju yang tengah trending hot sekarang ni iaitu baju yang mempunyai vaccine – friendly features. Baju – baju vaccine – friendly ni semuanya ada zip dekat bahagian bahu samada sebelah kiri, kanan ataupun kedua – dua belah kiri dan kanan.

Bila pakai baju vaccine – friendly ni, kau orang cuma perlu buka zip dekat bahagian bahu dan selak sikit baju dengan bahagian baju. Tak perlu nak sinsing lengan ataupun selak bahagian dada. Mudahkan?

Dan jangan risau, baju vaccine – friendly ni datang dalam pelbagai variasi; blouse, tunic, jubah, kaftan, baju kurung dsb. Kalau kau orang tak nak keluarkan duit untuk beli baju yang baru, boleh sahaja hantar dekat kedai jahit baju – baju kau orang yang lama tu dan suruh mereka tambahkan zip dekat bahagian bahu.

Baiklah, itu sahaja tips pakaian yang sesuai dipakai ketika mengambil vaksin edisi muslimah. Semoga ianya bermanfaat dan dapat membantu kau orang semua.


Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.