Saturday, October 21

MOVIE: Flatliners & Tombiruo

Assalamualaikum semua :)

Seperti kebiasaan, bila hujung minggu tiba nia dan keluarga mesti akan menghabiskan masa bersama – sama. Samada kita orang akan berjalan – jalan makan angin, membeli – belah di pasaraya, menikmati makanan di restoran ataupun menonton filem – filem yang baru ditayangkan dekat panggung wayang.

Minggu ni pun takde bezanya dengan minggu – minggu sebelumnya. Nia, abah dan adik meluangkan masa bersama untuk menonton dua buah filem yang sedang ditayangkan di panggung wayang iaitu Flatliners dan juga Tombiruo.

*******

Sekumpulan doktor muda bersetuju menjalankan sebuah eksperimen untuk merasai pengalaman selepas kematian setelah dicadangkan oleh Courtney ataupun dipanggil sebagai Court. Persetujuan itu dicapai kerana tiada sesiapa yang pernah membuat eksperimen seperti itu. Sekiranya eksperimen ini berjaya, tentu sahaja mereka akan mendapat ganjaran yang begitu lumayan. Mereka berasa seronok melalui pengalaman selepas kematian itu sehinggalah satu kejadian buruk berlaku. Court meninggal dunia. Kematian Court telah menyedarkan mereka semua bahawa ada sesuatu yang sedang mengekori mereka.

*******

Nia suka dengan tema yang digunakan oleh filem Flatliners ni iaitu kita mesti bertanggungjawab ke atas semua tindakan yang kita ambil.

Sebagai contohnya, Court. Court telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalanraya diatas kecuaiannya sendiri dan mengakibatkan kematian adik perempuannya. Selepas Court menjalani eksperimen tersebut, bayangan adik perempuannya Tessa sering menghantui kehidupan Court. Tessa sering muncul di hadapan Court setiap kali dia berjalan ataupun menemui tempat – tempat yang boleh mengingatkan dia terhadap Tessa.

Kematian Court telah membuka mata kawan – kawannya yang lain agar mereka bertanggungjawab ke atas tindakan mereka yang telah menghancurkan kehidupan orang lain. Selepas mereka meminta maaf daripada apa yang sering menghantui mereka, barulah bayangan tu semua akan hilang dan kehidupan mereka akan kembali seperti sedia kala.

Tapi nia tak puas hatilah sebab Court kena mati semata – mata untuk menyedarkan kawan – kawan dia. Tak boleh ke dia orang buat Court terlepas selepas jatuh daripada bangunan rumah dia dan kemudiannya Court akan minta maaf serta tebus kesalahan dia dekat Tessa?

But I guess it will only make the film longer and predictable. Still, I’m not satisfied with the fact that Court has to die.

Dalam filem ni jugak ada ditunjukkan bahawa walaupun kita dah berusaha sedaya – upaya tetapi masih lagi tak boleh nak capai target kita.

Contohnya, Sophia berusaha bersungguh – sungguh untuk menjadi seorang doktor yang berjaya tetapi dia sering membuat kesilapan dan kesalahan yang tidak patut dia buat. Seperti ada sesuatu yang menghalang kejayaan dia.

Bila dah penghujung cerita tu, baru faham. Sophia ni dulu pernah sebarkan gambar bogel kawan dia sebab tak puas hati budak tu dapat markah yang lebih tinggi daripada dia. Jadi dia sebarkan gambar bogel dan semua mesej kawan dia tu. Disebabkan perkara nilah, Sophia seringkali gagal mencapai target dia dan sentiasa tertekan dengan keadaan tu.

Filem ni sarat dengan pengajaran dan teladan yang baik. Untuk mereka yang inginkan cerita thriller tapi tak terlalu menyeramkan, kau orang boleh tengok cerita ni. Cerita ni bukan setakat babak saspens dan mengejutkan sahaja tetapi penuh dengan pengajaran yang berguna.

Rating: 2 / 5


-------

Dilahirkan dengan muka yang buruk membuatkan Ejim sering ditakuti orang ramai dan selalu dipukul oleh mereka. Mereka juga tidak pernah mendekati Ejim kerana bimbang akan dicederakan olehnya. Namun begitu, Ejim dibesarkan oleh bapa angkatnya dengan penuh kasih sayang. Lelaki itu mengajar Ejim untuk melakukan sesuatu dengan kasih sayang dan bukannya dendam ataupun amarah.

Apabila bapa angkatnya dibunuh oleh sekumpulan lelaki yang menyerang kampungnya, Ejim bertekad mahu memburu dan membunuh mereka. Ketika sedang memburu pembunuh bapa angkatnya, rahsia tentang kelahirannya telah terbongkar.

-------

Nia suka dengan tema filem ni iaitu buatlah sesuatu dengan rasa kasih sayang ataupun cinta.

Macam bapa angkat Ejim. Dia besarkan Ejim dengan penuh kasih sayang dan langsung takde rasa geli ataupun takut dengan muka Ejim yang buruk tu. Bapa angkat dia juga takde dera Ejim suruh buat macam – macam hanya kerana muka dia buruk.

Dan dia juga pesan dekat Ejim supaya buat sesuatu hanya kerana sayang dan bukannya kerana dendam ataupun rasa marah. Kalau kita buat sesuatu kerana mengikut rasa marah dan dendam, kemudian hari kita juga yang akan menyesa dengan perbuatan kita tu.

Macam Ejim pulak. Disebabkan dia terlalu sayangkan bapa angkat dia jadi dia bertekad untuk cari pembunuh tu sampai jumpa bagi menuntut bela kematian bapa angkat dia. Tapi di pertengahan cerita tu, bapa angkat dia datang dan bagitahu Ejim jangan cari pembunuh tu lagi sebab tak elok berdendam. Lagipun Ejim tidak sesuai berada di dunia luar disebabkan muka dia.

Paling nia tak sangka adalah hubungan antara Ejim dengan Amir. Nia mati – mati ingat kalau Ejim tak mati mesti Amir yang akan mati. Tapi rupa – rupanya dia orang berdua hidup sampai akhir cerita dan hubungan dia orang telah membuatkan mereka berdua jadi bertambah rapat selepas tu.

Walaupun pengolahan filem ni tak sebaik novel dia tapi babak berlawan dalam filem ni memang terbaik dan sangat mantap. Dah macam tengok filem Hollywood pulak rasanya. HEHE

Lagi satu, nia suka dia orang ketengah silat sebagai seni mempertahankan diri. Barulah nampak melayu. Silat kan identiti orang melayu :D


Rating: 4 / 5

Sumber gambar: google.com

2 comments:

  1. flatliners bagi 2/5 je.. macam tak best je ceritanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita ni best tapi nia rasa ada banyak benda yang boleh diperbaiki lagi. Contohnya macam yang telah nia bagitahu dalam entry ni ialah kematian Court. Disebabkan nak bagi kawan - kawan dia sedar, Court perlu mati dalam filem ni.

      Bagi nia, ada cara lain yang lagi menarik untuk bagi kawan - kawan dia sedar selain daripada mematikan watak Court.

      Mungkin dia orang boleh perbanyakkan scene Court cari material semasa berdepan dengan pesakit koma dan nia juga tak puas hati sebab kesudahan untuk Jamie dan Sophia terlalu mudah dan ringkas.

      Dia orang minta maaf dengan orang yang pernah dia orang buat jahat dulu dan orang tu maafkan mereka. As simple as that! Takde langsung orang tu tanya kenapa dia orang sanggup buat macam tu. They don't even arguing about that.

      Sebab tulah nia bagi 2 je.

      :)

      Delete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.