Assalamualaikum semua :)
Dua tahun yang lepas, nia telah memotong pendek rambut nia yang sudahpun
mencecah paras pinggang sebab rambut nia rosak, bercabang, kering dan terlalu
kusut sampai menyakitkan hati nia setiap kali nia menyikat rambut.
Walaupun keadaan rambut nia sangat menyakitkan hati tetapi nia
sebenarnya berbelah – bahagi ketika mahu membuat keputusan samada nak potong
pendek ataupun sekadar potong bahagian mana yang rosak sahaja.
Lebih kurang macam gambar kat atas nilah pendeknya nia potong rambut nia tu. Sedih tak terhingga bila kenang-kenang balik tragedi memotong rambut sampai pendek tu. Padahal masa tu rambut dah panjang paras pinggang dah kot.
Timbang punya timbang, fikir punya fikir nia bulatkan hati untuk
memotong pendek rambut nia yang sudah tiga tahun nia simpan. Bila abah
potongkan rambut nia tu, kejap – kejap suruh abah berhenti dan pergi tengok
cermin.
Betul ke nak potong pendek ni? Tak menyesal ke? Lama kot simpan
rambut ni. Tiga tahun tau, tiga tahun!
Tapi nia tetap juga potong pendek sebab kerosakan yang terjadi
sudah tidak boleh diselamatkan lagi. HUHU.
Jadi, di bawah ni nia akan kongsikan dengan kau orang semua berapa
lama masa yang diperlukan untuk rambut tumbuh semula ke paras – paras yang
tertentu. Nia harap ianya akan membantu kau orang semua.
6 bulan – bawah telinga
10 bulan – leher
14 bulan – bahu
18 bulan – collar bone
22 bulan – atas dada
26 bulan – dada
30 bulan – atas pinggang
34 bulan – pinggang
Nota
kaki: Proses rambut tumbuh ni bergantung kepada penjagaan rambut dan juga
pemakanan kau orang. Kalau kau orang ada makan supplemen tambahan yang boleh
mempercepatkan proses pertumbuhan rambut, jadi rambut kau orang akan jadi
panjang lebih cepat. Hasil untuk setiap individu adalah berbeza dan tidak
tipikal.
Sumber gambar: google.com
Supplemen?apa tu
ReplyDeleteVitamin A, C, E, Folic Acid, Collagen.
DeleteMacam - macam lagi sebenarnya. Boleh tanya dekat farmasi kalau nak tahu lebih lanjut :)
Saya ni entah mcm mna.. Tk sempat nk cecah ke bahu lg pun dah nmpk kusut n kasar bhagian ats.. Jenis rmbut ikal sikit.. Tknmpk pnjg bwh.. Dia pnjg n lebat bhagian ats.. So terpksa papas jd nipis.. Agak2 menjejaskan tak rambut nk pnjg? Mohon jwpn Nia
ReplyDeleteTp bila mndi, rambut kena air baru nmpk pnjg rmbut.. Knpa agaknya? Nk kata kerinting, tk kerinting.. Dia lebat.. N klau nipiskan bhagian atas yg lebat tu, agak2 terjejas tk rmbut nk pnjg..
DeleteHai husna :)
DeleteNia faham dengan situasi husna sebab rambut nia dulu pun macam husna jugak. Tekstur sangat kasar, tak berkilat, lebat. Untuk pengetahuan husna, rambut nia jenis wavy.
Jadi nia cadangkan untuk husna rawat rambut terlebih dahulu sebelum simpan panjang. Bila rambut dah dirawat dan dijaga, insyaAllah, hasilnya memuaskan hati.
Cara rawat rambut:
1 - basuh rambut selang dua hari.
2 - wajib pakai conditioner.
3 - wajib letak minyak rambut selepas basuh rambut.
4 - pakai hair mask seminggu sekali.
5 - urut kepala.
Kena banyak bersabar untuk merawat rambut ni. Lagi satu, luangkan masa cari produk rambut yang bersesuaian okeyy?
Makanan apa yang bole membantu?
ReplyDeletetelur, berries, bayam, avocado, kekacang dan banyak lagi :)
Deletekalau jenis rambut yang memang sudah rosak,akar rambut rosak,jadii ada cara tak untuk pulihkan balik macam biasa?ke kena botakkan dulu?hihihiii
ReplyDeletekalau tak nak botakkan kepala, boleh cuba hot oil treatment. Panaskan minyak rambut dalam microwave selama 30 saat atau 1 minit, kemudian lumurkan dekat kulit kepala sambil urut. Biarkan dalam 30 minit, kemudian basuh.
DeleteKalau tak nak buat hot oil treatment, boleh sahaja letakkan minyak rambut kat kepala dan urut. Biarkan 30 minit dan basuh.
Kalau ada masalah kelemumur nal atasi macam mana??saya rambut panjang tapi ada masalah kelemumur dgn keguguran rambut mcm mana nak atasi???
ReplyDeleteHai, maaf nia lambat balas tau. Masalah kelemumur ni nia tak pasti nak buat macam mana. Tapi untuk rambut gugur tu, boleh cuba pakai minyak rambut 30 minit sebelum nak basuh. Kemudian, kena rajin urut kulit kepala.
DeleteLagi satu, ini pesanan daripada kawan nia. Lepas basuh rambut, keringkan rambut guna hair dryer. Jangan biar rambut basah atau keringkan secara semulajadi. Nanti rambut akan gugur.
Semoga membantu :)