Wednesday, November 1

DIARI GURU: Pelajar Terkencing Dalam Kelas? Jangan Marah!

Assalamualaikum semua :)

Pernah tak kau orang semua jadi tertekan bila tengah seronok – seronok mengajar kat depan tiba – tiba ada pelajar bersuara, ‘Teacher, si fulan / fulanah terkencing teacher.’? Mesti kau orang rasa geram sangat – sangat sebab terpaksa menghentikan pengajaran dan mengemaskan pelajar tadi, bukan? Kalau pelajar umur tiga atau empat, masih boleh ampunkan lagi. Tapi kalau pelajar umur lima enam tahun yang buat perangai macam tu? Rasa macam nak kunyah – kunyah je pelajar tu kasi lumat.

Tapi, jangan marah mereka!

Sekiranya masa kau orang sedar ada yang tengah membuang ketika sesi pembelajaran dan pelajar tersebut masih lagi membuang air masa tu, biar dia selesaikan membuang air dulu. Jangan jerit, jengan tengking, jangan jerkah, jangan cubit, jangan piat telinga, jangan marah. Jangan jangan jangan!


Muka nak marah tapi tak jadi, HAHA

Sebaliknya, kau orang suruh pelajar lain keluar daripada kelas dan duduk dekat satu tempat yang senang kau orang pantau. Bagilah dia orang main dekat bilik mainan ke, suruh dia orang sambung buat kerja kat luar ke, buat kerja sendiri ke. Janji dia orang berada di tempat yang kau orang boleh nampak.

Lepas dah selesaikan masalah pelajar – pelajar lain, barulah kau orang selesaikan masalah pelajar yang membuang air dalam kelas tadi. Suruh dia buka pakaian yang terkena air kencing dan bersihkan badan. Kalau dia nak mandi, bagi dia mandi. Dah sudah tu pakai pakaian ganti yang ibu bapa dah sediakan siap – sia, kalau ibu bapa ada bekalkan.

Inilah punca kenapa pihak tadika selalu ingatkan ataupun berpesan kat ibu bapa supaya bekalkan baju lebih untuk anak – anak. Sebab kita tak tahu bila dia orang akan terkucil ke apa. Kalau bukan mereka sendiri yang terkucil, mungkin kawan – kawan mereka yang terkucil dan terkena baju mereka. Jadi, tolonglah. Bekalkan baju lebih kepada anak – anak.

Dah siap mandi apa semua, bagi dia kain untuk lap air kencing tu. Ini bukan untuk mendera ye tapi untuk mengajar dia orang. Biar dia orang tahu, lepas ni kalau ada yang terkencing atau terberak dalam kelas, dia kena bersihkan sama. Bukan cikgu sahaja. Bila dia dah lap separuh kering, kau orang moplah lantai tu. Bagi bersih dan jangan ada bau.


Kantoi Annisa tak reti buat peace, HEHE

Dah selesai semua tu, panggil semula pelajar yang kat luar untuk masuk kelas. Pastikan mereka tidak mengusik dan mengejek pelajar yang membuang air dalam kelas tadi. Bila semua dah bertenang, cikgu perlu menerangkan bahawa mereka mesti pergi ke tandas untuk membuang air dan bukannya di dalam kelas. Lepas tu, kau orang bagitahulah sebab kenapa tak boleh buang air dalam kelas. Bagitahu pelajar juga, dia orang perlu angkat tangan dan minta izin sebelum ke tandas serta tak boleh menahan kencing kerana akan menyebabkan penyakit batu karang.

Jadi, kenapa nia cakap cikgu tak boleh marah pelajar yang terkencing dalam kelas?

Sebab bila kau orang marah waktu dia tengah ataupun masih membuang air kecil, nanti dia orang akan tahan kencing dan berlari ke tandas. Betul tak? Agak – agak kau orang ada ke tidak air kencing yang jatuh bercicir – ciciran atas lantai tu? Mesti ada punya kalau dah namanya menahan kencing. Apatah lagi budak – budak. Dalam berlari – lari tu, terus meleleh je air kencing.

Daripada kau orang kena mop dan bersihkan lantai kelas kau orang je, tak pasal – pasal kena bersihkan kawasan kelas sampai ke tandas. Kalau kelas dekat dengan tandas boleh tahan lagi. Dapat macam tadika nia? Kelas kat tingkat atas, tandas pulak kat tingkat bawah. Haa, buat naya nak mengemop satu tadika. HAHA.

Jadi, jangan marah dan jangan suruh dia orang tahan kencing. Biar je dia selesaikan hajat dia orang.


Senyuuuuum, takmo marah - marah

6 comments:

  1. kat playschool anak kak pip belajar, memang setiap anak2 diwajibkan bawa 2 - 3 set pakaian dan tuala setiap hari ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan apa, senang kalau ada terjadi apa - apa. tapi tulah, bukan semua parents boleh faham tentang tu. kita sebagai cikgu ni pulak yang dipersalahkannya.

      Delete
    2. Salam,kalo skolah tabika kemas,murid2 trberak dlm seluar dlm klas, guru bersihkan ke? Ke call trus ibu bapa,ambil anak bwk blik,nak tanye je

      Delete
    3. Waalaikumussalam :)

      Nia tak pasti, rasanya cikgu atau pembantu cikgu akan bersihkan terus. Mereka takkan telefon ibubapa suruh bawa balik.

      Delete
  2. teringat plak zmn sekolah rendah dlu.. darjah 5 kot.. dh tak tertahan sgt sampai terberak dalam seluar... kluar plak yg cair bkn yg keras..huhuhu...dr pg perut asyik meragam xtau salah makan apa time tu... malu beb...ms darjah 1 pn xpernah bt camtu..tetiba darjah 5 terjadi... darjah 1 pn klu pernah pn terkencing jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, rasa malu masa tu kalau boleh nak pindah sekolah terus kan?

      Delete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.