Friday, September 1

DIARI GURU: Sambutan Hari Raya APC Taman Cempaka, Ampang

Assalamualaikum semua :)

Pergh, bulan syawal dah berlalu pergi baru nia nak tulis cerita mengenai sambutan hari raya yang dilakukan oleh tadika tempat nia bekerja iaitu APC Taman Cempaka, Ampang. HAHA

Kita orang mengadakan jamuan sempena Hari Raya untuk memberikan peluang para guru dan murid – murid untuk menyambut raya bersama – sama. Jamuan raya itu diadakan pada hari Jumaat dan guru – guru serta murid – murid diminta untuk memakai pakaian raya masing – masing. Makanan pula kami mengalu – alukan sekiranya ada dikalangan ibu bapa yang mahu menyumbangkan makanan dan minuman.

Pada hari Jumaat tu macam – macam lagu raya berkumandang di tadika seawal pukul 7.30 pagi. Budak – budak datang tadika pun muka ceria je masing – masing sebab pakai baju raya dan berwarna – warni. Masing – masing jadi diva sekejaplah hari tu. HAHA


Kita orang takde buat apa – apa aktiviti yang istimewa pun sekadar jamuan makan dengan sesi bergambar antara kelas dan sesi bergambar keseluruhan. Di bawah ni, nia belanja beberapa gambar pada hari kejadian.

3 Fateh & 4 Muslim

3 Fateh & 4 Muslim

5 Tirmidzi

5 Tirmidzi

6 Bukhari

6 Bukhari & Nia Emkay

Group Photo

Teacher Nia + Annisa Qanitah + Muhammad Zikhri Iskandar

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.