RESEPI: Sandwich Kimchi

Assalamualaikum semua :)

Nia jarang – jarang kongsikan resepi dekat sini, jadi hari ni nia nak kongsikan satu resepi yang sangat mudah untuk dibuat dan juga ringkas. Hanya memerlukan dua bahan sahaja.



Bahan:
2 Keping Roti (potong tepi kalau nak)
Satu sudu besar Kimchi perisa Hot & Spicy (dicincang halus)

Cara – cara membuat:
  • Letakkan kimchi yang telah dicincang halus tadi di atas roti dan lapikkan sekeping lagi di atasnya.
  • Potong roti tadi kepada dua bahagian. Tak kisah nak potong segi empat tepat ataupun segi tiga. Ikut citarasa dan kreativiti masing – masing.


Senang je kan? Bolehlah kau orang cuba nanti. Kimchi nak beli kat mana? Kau orang boleh terjah Instagram KimchibyKakLo.

2 comments:

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)