TIPS: Malas Belajar Tapi Keputusan Semua Hebat. Apa Rahsianya?

Assalamualaikum semua :)

Ada tak di kalangan kawan – kawan, adik – beradik mahupun sepupu – sepupu kau orang yang jenis malas belajar, liat buat ulangkaji, selalu mengelat baca buku tapi bila keputusan peperiksaan keluar keputusan dia orang yang paling gempak?

Apa sebenarnya rahsia dia orang ni?


Malas belajar tapi keputusan masing – masing semua hebat – hebat belaka. Mengalahkan keputusan kita yang bertungkus – lumus belajar dari pagi bawa ke petang dan petang jejak ke tengah malam.

Mari sini nia kongsikan rahsianya dengan kau orang semua. Rahsianya ada satu sahaja. Apa dia, kau orang tanya?

Tumpukan perhatian sepenuhnya ketika guru/pensyarah tengah mengajar di depan.

Ye, itu sahaja rahsianya. Dengar macam mudah sangat untuk dipraktikkan, betul? Tapi sesungguhnya dan realitinya adalah sangat mencabar dan banyak betul dugaan untuk mempraktikkan benda ni.


Nia mula jadikan ‘tumpukan perhatian sepenuhnya ketika guru/pensyarah tengah mengajar di depan’ sebagai prinsip nia sedari zaman sekolah menengah lagi. Kalau dapat tempat duduk kat depan ataupun di tengah – tengah kelas, dugaan dia tak banyak sangat. Tapi kalau dapat tempat duduk kat belakang memang macam – macam dugaan yang datang.

Pernah satu tahun tu, nia dapat tempat duduk dekat belakang. Mula – mula ingat macam takde apa sangatlah duduk dekat belakang. Sekali bila dah sebulan sekolah, tempat duduk belakang tu jadi tempat budak – budak lelaki melepak, bergosip dan bermain.

Bila kawan – kawan dah mula bercakap mahupun berbisik antara dia orang, kau orang punya tumpuan secara automatiknya akan terbahagi kepada dua. Itu kalau hanya dua orang yang bercakap. Kalau empat lima orang yang bercakap? Lagilah banyak tumpuan kau orang hilang.


Jadi, pemilihan tempat duduk yang strategik merupakan salah satu faktor yang sangat membantu untuk kau orang menumpukan perhatian.

Masa zaman diploma pulak, dugaan yang nia hadapi adalah dewan kuliah besar dan pelajar yang ada di dalam dewan kuliah itu pula ramai. Jadi, apa yang nia buat? Nia akan datang awal dan pilih tempat duduk yang berdekatan dengan pensyarah supaya nia buat boleh eye – contact dengan pensyarah.

Masalah dengan pelajar – pelajar kolej ataupun universiti sekarang ni adalah dia orang suka duduk dekat tempat duduk belakang dengan alasan tak nak kena soal dengan pensyarah. Jadi bila dah duduk dekat belakang, sudah semestinya mereka akan bersembang sesama sendiri dan tangan takkan lepas daripada telefon pintar masing – masing. Zaman sekarang ni pula zaman media sosial. Dengan twitter, facebook, instagram, blog, sayat dan apa semua bagai tu. Lagi bertambahlah dugaannya.


Semasa zaman diploma dulu, nia ada dua pantang ketika tengah belajar. Pertama, nia takkan bercakap ketika pensyarah masih lagi mengajar. Selagi mana pensyarah tengah mengajar, selagi tulah nia takkan bercakap. Orang tanya apapun, nia akan cakap nia akan jawab kemudian. Kalau perkara tu betul – betul penting je, nia akan layan. Kalau tak, memang wassalam je.

Kedua, telefon pintar dalam mod senyap. Senyap ye bukannya bergetar. Nia dulu jenis macam tu. Masa kelas tengah berjalan kalau ada orang telefon ke, orang mesej ke, orang whatsapp ke, nia takkan layan. Lepas kelas baru nia akan layan semua tu. Pernah je kena bebel dan marah dengan kawan – kawan nia sebab tak angkat telefon dan balas whatsapp dia orang. Jawapan nia cuma satu, ‘siapa suruh telefon / whatsapp masa kelas?

Jadi, kalau kau orang nak berjaya dalam pelajaran kau orang semua, pastikan kau orang menumpukan sepenuh perhatian kepada guru/pensyarah kau orang. Jangan main telefon pintar dan jangan bersembang. Selain menghormati mereka dengan berbuat demikian, kau orang juga akan dapat restu dan keberkatan daripada ilmu yang mereka sampaikan.


Jadi ingat,

Tumpukan perhatian sepenuhnya ketika guru/pensyarah tengah mengajar di depan.

Sumber gambar: google.com

3 comments:

  1. zaman sekarang pengaruh telefon terlalu kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. bila dah galak main telefon, memang melayanglah fokus.

      Delete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)