Friday, September 29

TIPS: Penjagaan Muka Cara Nia Emkay

Assalamualaikum semua :)

Sejak kebelakangan ni, nia asyik kongsikan resepi berkaitan dengan kimchi je dekat blog ni. Mesti ada yang jemu tengok resepi nia tu. Tambah – tambah pulak kalau kau orang semua bukan jenis hantu kimchi macam nia. Mahu nak termuntah baca perkataan kimchi tu. Baru baca, belum suruh rasa lagi. HAHA

Jadi, kali ni nia nak kongsikan tips penjagaan muka cara nia emkay dengan kau orang semua. Nia hanya kongsikan cara dan produk yang sesuai dengan kulit muka nia yee. Kalau produk dan cara yang nia kongsikan ni tak sesuai dengan kulit kau orang, tak perlu ikut. Tukar pakai cara orang lain.



Nia sekadar berkongsi sahaja. Untuk dijadikan bahan rujukan kepada para gadis dan wanita diluar sana yang tengah mencari – cari cara penjagaan muka yang sesuai dengan kulit muka mereka.

Cara nia menjaga muka terbahagi kepada tiga peringkat iaitu mencuci, menyegar dan juga merawat.

1 – Mencuci Muka

Pertama sekali nia akan membasahkan seluruh kawasan muka dengan air. Kemudian nia akan mencuci muka dengan buih pencuci muka jenama Water 360 by Watson. Cuci muka dalam gerakan bulatan kecil lawan arah jam. Biarkan selama satu minit sebelum dibilas dengan air sejuk ataupun air biasa.

Seminggu sekali, nia akan bersihkan muka guna Deep Cleansing Oil jenama DHC. Mula – mula, basahkan muka dengan air. Kemudian, bersihkan muka dengan Deep Cleansing Oil selama 1 minit ataupun 2 minit. Selepas itu, bilas muka dengan air. Setelah itu, nia akan cuci muka dengan buih pencuci muka pula.


Nia dapat idea untuk bersihkan muka dengan minyak ni daripada cara penjagaan muka yang dikongsi oleh Bae Suzy ahli kumpulan Miss A tu. Lepas cuci muka dengan minyak, memang terasa kelembutan muka sendiri. Bersih pun bersih. Patutlah muka Suzy cantik je tanpa sebarang cela.

Produk yang digunakan: Buih pencuci muka Water 360 by Watson dan Deep Cleansing Oil by DHC.
Boleh didapati di: Watson Malaysia.

2 – Menyegar

Yang keduanya ialah menyegar.

Sebaik sahaja keluar daripada bilik mandi, pastikan kau orang pakai penyegar (toner) terus. Jangan tangguh – tangguh dengan memakai baju terlebih dahulu. Ataupun tepek bedak dekat muka. Kalau tangguh nanti, kulit akan jadi semakin kering.

Kau orang boleh letak penyegar kat muka dengan menggunakan kapas ataupun guna tangan sahaja. Macam mana nak pakai penyegar guna tangan? Letak penyegar di tapak tangan dengan saiz sebesar duit dua puluh sen. Kemudian, kau orang tepuk tangan ataupun gosok tapak tangan dengan perlahan sebelum kau orang tepuk – tepuk seluruh kawasan muka dengan lembut.


Selepas pakai penyegar, barulah kau orang letakkan serum dekat muka. Serum ni terpulang kepada kau orang samada nak pakai ataupun tidak. Kalau tak nak pakai serum, kau orang boleh pakai losyen muka ataupun pelembap sebagai pengganti.

Produk yang digunakan: Penyegar jenama Simple, White & Bright Serum by Pure Beauty / Intensive Brightening Serum by Nano White
Boleh didapati di: Watson Malaysia.

3 – Merawat

Langkah yang terakhir adalah merawat muka. Selalunya nia akan merawat muka tiga kali ataupun dua kali dalam seminggu. Kebiasaannya nia lakukan proses rawatan pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad sebab nia lapang pada hari tersebut. Kalau kau orang lapang pada hari lain, kau orang boleh hari untuk melakukan proses merawat muka tu. Tak perlu ikut nia.

Mula – mula, nia akan bersihkan muka dengan buih pencuci muka. Kemudian, nia pakai mask dulu. Tak kisah mask jenama apa sekalipun, tempatan punya ke, luar negara punya ke, yang penting sesuai dengan kulit kau orang.


Cuma satu je nia nak bagitahu, seeloknya kau orang beli mask yang jenis nipis sebab mask tu akan melekat dekat muka dan tak mengganggu pergerakan kau orang. Kau orang nak buat kerja sambil pakai mask tu pun takde masalah. Tapi kalau kau orang pakai yang tebal punya, kau orang kena baring je. Tak boleh nak buat kerja apa semua.

Pakai mask ni selama tiga puluh minit ataupun sejam. Bila kau orang rasa mask dah kering, kau orang dah boleh tanggalkan mask tu. Lepas pakai mask, jangan cuci muka terus. Sebaliknya, basahkan muka dengan air dan sapukan scrub muka di serata muka. Biarkan selama tiga puluh minit ataupun satu jam juga sebelum kau orang cuci muka dengan buih pencuci muka. Untuk hydrating mask pulak, nia akan pakai sebelum tidur sebab mask yang ni kena dibiarkan kat muka semalaman.


Produk yang digunakan: Apricot Scrub by St. Ives, Water 360 Hydrating Mask by Watson dan pelbagai jenis mask muka.
Boleh didapati di: Watson Malaysia.

Itulah cara – cara nia menjaga muka nia sekarang ni. Alhamdulillah, takde jerawat naik berlumba – lumba dan bekas jerawat pun dah makin kurang kelihatan kat muka. Cuma masalah pori nampak terbuka je masih belum dapat diatasi dengan baik lagi.


Harap – harap perkongsian nia kali ni dapat membantu kau orang semua :)


8 comments:

  1. Penjagaan kulit wajah tu penting.baru ada keyakinan diri .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kalau muka berjerawat dan berparut, hilang keyakinan nak berdepan dengan orang :)

      Delete
  2. wow tq for sharing done follow awak

    robiahtul.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. best sangat! boleh guna sebagai pengganti mosturizer juga. kulit muka jadi lembap dan licin je bila pakai :D

      Delete
  4. samalah rutin kita, just lama xscrub muka nih, hurm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nia pun sekarang ni dah malas nak scrub muka, HEHE.

      Delete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.