Assalamualaikum semua :)
Sejak kebelakangan ni, nia asyik kongsikan resepi berkaitan dengan
kimchi je dekat blog ni. Mesti ada yang jemu tengok resepi nia tu. Tambah –
tambah pulak kalau kau orang semua bukan jenis hantu kimchi macam nia. Mahu nak
termuntah baca perkataan kimchi tu. Baru baca, belum suruh rasa lagi. HAHA
Jadi, kali ni nia nak kongsikan tips penjagaan muka cara nia emkay
dengan kau orang semua. Nia hanya kongsikan cara dan produk yang sesuai dengan
kulit muka nia yee. Kalau produk dan cara yang nia kongsikan ni tak sesuai
dengan kulit kau orang, tak perlu ikut. Tukar pakai cara orang lain.
Nia sekadar berkongsi sahaja. Untuk dijadikan bahan rujukan kepada
para gadis dan wanita diluar sana yang tengah mencari – cari cara penjagaan
muka yang sesuai dengan kulit muka mereka.
Cara nia menjaga muka terbahagi kepada tiga peringkat iaitu
mencuci, menyegar dan juga merawat.
1 – Mencuci Muka
Pertama sekali nia akan membasahkan seluruh kawasan muka dengan air.
Kemudian nia akan mencuci muka dengan buih pencuci muka jenama Water 360 by
Watson. Cuci muka dalam gerakan bulatan kecil lawan arah jam. Biarkan selama
satu minit sebelum dibilas dengan air sejuk ataupun air biasa.
Seminggu sekali, nia akan bersihkan muka guna Deep Cleansing Oil
jenama DHC. Mula – mula, basahkan muka dengan air. Kemudian, bersihkan muka
dengan Deep Cleansing Oil selama 1 minit ataupun 2 minit. Selepas itu, bilas
muka dengan air. Setelah itu, nia akan cuci muka dengan buih pencuci muka pula.
Nia dapat idea untuk bersihkan muka dengan minyak ni daripada cara
penjagaan muka yang dikongsi oleh Bae Suzy ahli kumpulan Miss A tu. Lepas cuci
muka dengan minyak, memang terasa kelembutan muka sendiri. Bersih pun bersih.
Patutlah muka Suzy cantik je tanpa sebarang cela.
Produk yang digunakan: Buih pencuci muka Water 360 by Watson dan
Deep Cleansing Oil by DHC.
Boleh didapati di: Watson Malaysia.
2 – Menyegar
Yang keduanya ialah menyegar.
Sebaik sahaja keluar daripada bilik mandi, pastikan kau orang pakai
penyegar (toner) terus. Jangan tangguh – tangguh dengan memakai baju
terlebih dahulu. Ataupun tepek bedak dekat muka. Kalau tangguh nanti, kulit
akan jadi semakin kering.
Kau orang boleh letak penyegar kat muka dengan menggunakan kapas ataupun
guna tangan sahaja. Macam mana nak pakai penyegar guna tangan? Letak penyegar
di tapak tangan dengan saiz sebesar duit dua puluh sen. Kemudian, kau orang
tepuk tangan ataupun gosok tapak tangan dengan perlahan sebelum kau orang tepuk
– tepuk seluruh kawasan muka dengan lembut.
Selepas pakai penyegar, barulah kau orang letakkan serum dekat
muka. Serum ni terpulang kepada kau orang samada nak pakai ataupun tidak. Kalau
tak nak pakai serum, kau orang boleh pakai losyen muka ataupun pelembap sebagai
pengganti.
Produk yang digunakan: Penyegar jenama Simple, White & Bright
Serum by Pure Beauty / Intensive Brightening Serum by Nano White
Boleh didapati di: Watson Malaysia.
3 – Merawat
Langkah yang terakhir adalah merawat muka. Selalunya nia akan
merawat muka tiga kali ataupun dua kali dalam seminggu. Kebiasaannya nia
lakukan proses rawatan pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad sebab nia lapang pada
hari tersebut. Kalau kau orang lapang pada hari lain, kau orang boleh hari
untuk melakukan proses merawat muka tu. Tak perlu ikut nia.
Mula – mula, nia akan bersihkan muka dengan buih pencuci muka.
Kemudian, nia pakai mask dulu. Tak kisah mask jenama apa
sekalipun, tempatan punya ke, luar negara punya ke, yang penting sesuai dengan
kulit kau orang.
Cuma satu je nia nak bagitahu, seeloknya kau orang beli mask
yang jenis nipis sebab mask tu akan melekat dekat muka dan tak
mengganggu pergerakan kau orang. Kau orang nak buat kerja sambil pakai mask
tu pun takde masalah. Tapi kalau kau orang pakai yang tebal punya, kau orang
kena baring je. Tak boleh nak buat kerja apa semua.
Pakai mask ni selama tiga puluh minit ataupun sejam. Bila
kau orang rasa mask dah kering, kau orang dah boleh tanggalkan mask
tu. Lepas pakai mask, jangan cuci muka terus. Sebaliknya, basahkan muka
dengan air dan sapukan scrub muka di serata muka. Biarkan selama tiga puluh
minit ataupun satu jam juga sebelum kau orang cuci muka dengan buih pencuci
muka. Untuk hydrating mask pulak, nia akan pakai sebelum tidur sebab mask
yang ni kena dibiarkan kat muka semalaman.
Produk yang digunakan: Apricot Scrub by St. Ives, Water 360
Hydrating Mask by Watson dan pelbagai jenis mask muka.
Boleh didapati di: Watson Malaysia.
Itulah cara – cara nia menjaga muka nia sekarang ni. Alhamdulillah,
takde jerawat naik berlumba – lumba dan bekas jerawat pun dah makin kurang
kelihatan kat muka. Cuma masalah pori nampak terbuka je masih belum dapat
diatasi dengan baik lagi.
Harap – harap perkongsian nia kali ni dapat membantu kau orang
semua :)
Penjagaan kulit wajah tu penting.baru ada keyakinan diri .
ReplyDeletebetul tu. kalau muka berjerawat dan berparut, hilang keyakinan nak berdepan dengan orang :)
Deletewow tq for sharing done follow awak
ReplyDeleterobiahtul.blogspot.com
thank you sudi follow :D
Deletebest ke pakai nano tu sis?
ReplyDeletebest sangat! boleh guna sebagai pengganti mosturizer juga. kulit muka jadi lembap dan licin je bila pakai :D
Deletesamalah rutin kita, just lama xscrub muka nih, hurm..
ReplyDeletenia pun sekarang ni dah malas nak scrub muka, HEHE.
Delete