DRAMA: Iljimae

Assalamualaikum semua :)

Drama ‘Iljimae’ ni sebenarnya drama lama tapi nia baru tengok beberapa minggu yang lalu sebab baru dapat drama ni daripada abah. Ingatkan tak sedap sebab cerita lama kan? Tapi rupa – rupanya cerita dia sedap! Sampai tiga empat kali jugaklah nia ulang tengok drama ni, tak puas punya pasal. HAHA

*******

Yong merupakan anak kepada seorang bangsawan yang telah mati dibunuh kerana dilabel sebagai seorang pengkhianat negara. Ketika mahu menyelematkan diri daripada orang yang memburu dirinya, Yong telah jatuh daripada tebing tinggi lalu hilang ingatan. Yong dijumpai oleh Soe Dol dan telah dipelihara sehingga dewasa oleh lelaki tua tersebut.


Apabila Yong meningkat dewasa, pemburu yang pernah memburu dirinya ketika kecil dulu selalu menculik dia dan menyeksa Yong untuk memastikan bahawa dia bukannya Lee Geom, anak kepada bangsawan yang telah mati dibunuh dahulu. Disebabkan Yong telah hilang ingatan, tentu sahaja dia akan mengatakan bahawa dia bukannya Lee Geom.

Hari demi hari, ingatan Yong mulai pulih dan dia bernekad mahu mencari dalang yang membunuh ayahnya dahulu dengan menjadi seorang pencuri yang suka menolong orang susah. Pencuri itu sangat terkenal dan sering menjadi bualan orang ramai. Pencuri itu dikenali sebagai Iljimae.

*******

Walaupun drama ni merupakan sebuah drama lama tapi jalan cerita dia sangat menarik dan begitu tersusun. Drama ni jugak telah berjaya menarik perhatian orang muda macam nia ni yang hanya minat tengok drama bergenre romcom untuk menonton drama ini dengan penuh perhatian dan langsung takde lompat – lompat episod. HAHA.


Secara peribadinya, nia suka dengan drama ni sebab elemen kekeluargaan yang ditimbulkan. Walaupun Yong dah pulih ingatan dan tahu siapa ibu bapa dia yang sebenar tapi dia langsung tak mengabaikan ibu bapa angkat dia dan memandang rendah dengan status mereka berdua.

Sebab selalunya anak orang kaya yang hilang ingatan ni akan jadi bongkak gila bila dapat tahu dia sebenarnya anak orang berada. Padahal yang kaya tu mak bapak dia dan bukannya dia.

HUH!

Kalau ada diantara kau orang yang nak cuba tengok drama – drama lama, nia cadangkan supaya kau orang tengok drama Iljimae ni. Pasti kau orang takkan menyesal punya.


Episod: 20
Rating: 4 / 5

Sumber gambar: google.com

4 comments:

  1. rabia minat drama korea princess hours..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah share review dengan nia pulak :D

      Delete
  2. heheh. dah lama tak tengok drama korea ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun ni banyak pulak drama baru yang best - best, rasa tak terkejar dah dengan peredaran drama korea T.T

      Delete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)