DIARI GURU: Ibubapa Buat Hal, Anak Yang Dapat Balasan!

Assalamualaikum semua :)

Hari ni nia nak berkongsi pengalaman nia berhadapan dengan seorang ibu kepada pelajar nia.

Ceritanya, ibu ni hantar pelajar tersebut lewat ke sekolah. Pukul sembilan lebih baru tiba di tadika. Walaupun sudah berkali – kali diingatkan kepada para ibubapa bahawa waktu terakhir pagar sekolah dibuka adalah pukul sembilan sebab proses pembelajaran dan pengajaran akan bermula pada waktu tersebut.

Tetapi masih ada juga yang mengambil sambil lewa peringatan pihak pengurusan kami itu. Tetap juga sampai ke tadika lambat dan tekan loceng – loceng beratus kali sehingga menggangu suasana pembelajaran di kelas. Dasar kepala batu dan pentingkan diri sendiri! Ingat cikgu tadika takde kerja lain ke selain daripada nak jemput anak dia masuk sekolah?

Ibu ini tadi pun tergolong dalam kategori kepala batu dan pentingkan diri sendiri juga. Sudahlah sampai lambat, dia marah pula nia yang bukakan pintu pagar untuk jemput anak dia masuk. Alasannya, sudah setengah jam dia menunggu di pagar dan memberikan salam tetapi langsung tidak ada orang yang buka pintu.

Padahal baru berapa minit je dia tunggu di luar tu. Ingat nia tak tahu dia sampai depan pagar pukul berapa agaknya. HUH! Nia memang dah nampak dia sampai depan tadika tapi saja tutupkan loceng dan biar dia tunggu kat luar. Dah melampau sangat ibu pelajar ni.

Selagi jam tak tunjuk pukul 9.30, selagi itulah batang hidung anaknya takkan kelihatan. Ada hari lain pula, pukul sepuluh baru nak datang. Mentang – mentang ini tadika swasta, ingat boleh datang sesuka hati ke?

Geram punya pasal, nia bidas kata – kata dia balik. ‘Kami dah maklumkan awal – awal dalam buku panduan ibu bapa bahawa pintu pagar takkan dibuka lagi selepas pukul sembilan sebab kelas sudah berjalan. Akak ada baca tak? Kalau ada yang datang pun, kami takkan layan sehingga pukul 9.40 nanti sebab waktu tu pelajar sedang rehat dan makan sarapan pagi. Jadi, waktu  tu baru cikgu boleh jemput anak akak masuk.

Oh, tak layan ea? Jadi kenapa sebelum ni boleh buka pagar pula?

Sebab itu minggu orientasi. Kami bagi peluang kat ibubapa sebab faham dengan perasaan anak – anak yang masih belum biasa bersekolah lagi.

Dia diam je tak balas apa – apa.

Nia bukannya tak boleh nak bertolak ansur. Boleh. Tapi kalau dah hari – hari datang lambat, mengganggu proses pengajaran kelas nia. Kalau anak masing – masing dapat sekolah, perangai okey takpe jugak. Ini semua datang sekolah, meraung menjerit bagai macam kena dera dengan mak tiri.

Stress teacher!

Masa makan tengah hari tu, anak kepada ibu tadi tu ambil makanan daripada teacher yang bertugas dan entah macam mana sup ayam yang masih panas tu tertumpah atas kaki dia. 

Apalagi, meraunglah dia.

Siapa yang tenangkan dia dan jirus kaki sampai hilang merah?

Teacher Nia yang kena marah dengan mak dia juga yang tenangkan dia.
Teacher Nia yang kena marah dengan mak dia ni jugak yang jirus kaki dia sampai hilang merah.


Ikutkan hati yang tengah geram, biarkan je kaki anak dia melecur. Padan muka! Tapi tak sampai pulak nak biarkan. Sebab nak buat hal, ibu dia. Anak dia bukannya ada salah apa pun.


No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)