Friday, October 20

KEHIDUPAN: Nasihat Luqman Al Hakim Kepada Anaknya

“Wahai anakku! Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.” 

 

Sumber rujukan: AMBIL DARI SINI

Sumber gambar: google.com

Friday, October 13

PERIBADI: Pengalaman Matikan Setem Di LHDN PGRM

Assalamualaikum semua :)

Pada bulan julai yang lepas, nia ada buat urusan matikan setem di LHDN PGRM. Sangkaan nia, proses urusannya masih lagi sama seperti dahulu iaitu beli setem hasil yang bernilai RM10 dan tampal pada surat perjanjian. Setelah itu, pergi ke pejabat LHDN untuk dicop. Selesai sudah proses untuk matikan setem.

Tapi rupa – rupanya, sekarang ni proses untuk matikan setem sudah berubah sama sekali yee. Nia kongsikan serba sedikit kronologi proses matikan setem di pejabat LHDN dekat sini. Semoga memberi manfaat buat orang lain di masa akan datang.

Pertama, beli setem hasil.

Sekiranya kau orang semua nak beli setem hasil di pejabat LHDN, pastikan kau orang buat pembelian sebelum pukul 12 tengah hari. Selepas waktu tersebut, setem hasil tidak lagi dijual di pejabat LHDN. Nia cadangkan, kau orang beli setem hasil di pejabat pos. Di sana, setem hasil dijual pada setiap masa. Takde had masa jualan seperti di pejabat LHDN.

Nak beli setem hasil pun payah sekarang ni ye. Siap diberikan had masa jualan, kalau terlebih had masa yang ditetapkan kita terpaksa beli di tempat lain. Leceh, perlu berulang – alik.

Seperti pengalaman nia pada julai lalu, ada seorang pelanggan wanita telah melengkapkan perjanjian, proses pendaftaran pun dah selesai. Tinggal nak beli setem hasil dan cop sahaja. Disebabkan ketika itu sudah pukul dua petang, setem hasil tidak lagi dijual. Dia siap merayu lagi kat pegawai tu tapi tak dilayan.

Kedua, pendaftaran atas talian.

Ya, kau orang semua kena buat pendaftaran urusan pada hari tersebut secara atas talian. Jangan risau, di pejabat LDHN sendiri ada disediakan komputer dan internet untuk kau orang buat pendaftaran tersebut. Sekiranya kau orang tak tahu nak isi maklumat yang diminta, boleh sahaja minta bantuan pegawai LHDN yang sentiasa bersedia untuk membantu.

Langkah kedua ni agak makan masa sewaktu nia buat urusan tempoh hari. Terkial – kial nia nak mengisi maklumat yang diminta. Dua kali jugaklah nia minta pertolongan daripada pegawai LHDN yang bertugas di kaunter pendaftaran ketika itu. Nasib baiklah pegawai tersebut boleh layan pertanyaan nia dengan sabar.

Nia yang celik IT ni pun terkial – kial nak isi maklumat dalam website LHDN, bayangkan kalau warga emas yang berada di tempat nia. Lagilah mereka tertekan dan hilang arah. Nasihat nia, sekiranya ibubapa kau orang nak buat urusan dekat pejabat LHDN, kau orang ikutlah mereka sekali. Ambil cuti sehari pun takpe, buat bakti pada ibubapa. Takkan itupun rasa berat kan?


 

Ketiga, matikan setem.

Dah selesai kedua – dua langkah tersebut, barulah kau orang boleh ambil nombor giliran dan seterusnya buat serahan borang / perjanjian di kaunter yang berkenaan untuk dicop oleh pegawai LHDN.

Langkah terakhir ni paling mudah dan sekejap sahaja untuk diselesaikan. Tahu – tahu sahaja, dah pun selesai urusan matikan setem.

Itulah kronologi matikan setem hasil di pejabat LHDN PGRM yang nia lalui pada Julai 2023. Sengaja nia kongsikan di sini untuk pengetahuan orang lain. Jadi bila kau orang baca tulisan nia ni, kau orang boleh buat perancangan macam mana nak buat urusan di pejabat LHDN nanti.

Kau orang ada buat urusan di pejabat LHDN? Macam mana kronologinya?

Okeylah, itu sahaja perkongsian nia kali ini. Sampai berjumpa lagi :)

Sumber gambar: google.com

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.