Assalamualaikum semua :)
Sebelum
ni nia dah pernah cerita tentang ujian bertulis untuk permohonan tauliah
mengajar JAIS kan? Nia ada sediakan link dekat bawah sekiranya kau orang terlepas entry tersebut ataupun sudah lupa mengenainya, HEHE
Hari
ni nia akan berkongsi sambungan cerita permohonan tauliah mengajar JAIS di
peringkat seterusnya iaitu ujian lisan ataupun dipanggil sebagai temuduga.
Untuk
pengetahuan kau orang semua, ujian temuduga yang nia kena hadiri ni diadakan di
bangunan majlis agama islam selangor (MAIS) yang terletak di shah alam.
Bangunan MAIS berada bertentangan dengan pintu masjid shah alam nombor 8. Sekiranya
kau orang bercadang nak menaiki teksi mahupun grab untuk ke sana daripada Ampang, anggaran
tambang perjalanan satu halanya adalah RM41 – RM 43.
Masa
hari temuduga tu, nia pergi sekali bersama abah dan adik dengan menaiki kereta
sewa sebab kereta wira milik abah ada masalah. Jadi abah tak bagi bawak kereta
tu, takut di tengah – tengah perjalanan nanti ada masalah pulak.
Ikutkan
perancangan awal, nia sepatutnya pergi temuduga tu dengan pengurus nia. Tapi
pada hari kejadian, pengurus tak dapat nak pergi temuduga disebabkan ada
masalah yang tak dapat nak dielakkan. Jadinya nia pergi sendiri.
Nia
dah keluar daripada rumah seawal pukul 6.30 pagi untuk mengelakkan kesesakan
lalu lintas di lebuhraya nanti. Siapa yang tinggal ataupun bekerja di bandaraya
Kuala Lumpur pastinya kau orang semua sudah sedia maklum dengan kesesakan di
jalan raya sewaktu hari bekerja.
Jadinya
nia keluar awal pagi untuk mengelakkan daripada terperangkap dalam kesesakan
lalu lintas seterusnya menyebabkan nia terlambat sampai ke tempat temuduga. Nia
minta tolong adik untuk drive kereta sebab nia tengah ketar lutut
memikirkan nak temuduga nanti, HAHAHAHAHAHAHA
Nasib
baiklah adik faham.
Walaupun
nia keluar awal pagi tetapi trafik tetap juga sesak. Kereta banyak sangat pagi
tu terutama sekali kat kawasan sekolah. Tapi nia memang dah jangkakan keadaan
trafik akan sesak pada pagi tu sebab hari sebelum tu nia dah cuba drive
daripada rumah ke tempat temuduga. Nia nak dapatkan anggaran masa yang akan
diambil untuk sampai ke destinasi.
Dalam
pukul 730 pagi, nia dah sampai kat bangunan sultan aziz shah. Disebabkan kita
orang sampai awal, nia ajak abah dengan adik untuk pergi sarapan dekat
kafeteria berdekatan. Seorang pekerja pun takde lagi kat kafeteria, mungkin masing
– masing belum sampai lagi agaknya.
Nia
ambil mee goreng tapi baru tiga suap masuk mulut, nia dah tolak pinggan ke
tepi. Bukan sebab nia takde selera tapi mee goreng tu manis! Masya Allah, putus
terus selera makanku. Abah makan nasi goreng kampung, nia minta sikit sebab
memang tak boleh nak telan mee goreng manis tu
Lepas
makan, kita orang semua duduk dekat lobi. Masa tu anggaran pukul 745. Baru nak
duduk bersantai – santai menghilangkan gemuruh tiba – tiba perut memulas pulak.
Terus nia pergi tandas dan buang segala isi yang nak keluar daripada perut tu. (Ada yang muntah ke? Ampunnnnn)
Selepas
buang air besar, nia pun naik ke tingkat 7 dengan ditemani adik. Cuak nak naik
seorang – seorang, kenapa entah. Mengada kot, HAHAHA
Sampai
tingkat 7 terus nia mendaftarkan diri untuk temuduga dekat kaunter pendaftaran.
Nia serahkan sekali semua dokumen yang mereka perlukan iaitu borang, salinan ic
dan sijil akademik yang telah disahkan. Macam biasa, kena turunkan tandatangan
kat borang kedatangan dan pastikan segala butiran diri yang tercatat di situ
adalah betul. Kalau ada ralat, bagitahu terus dengan pegawai yang bertugas.
Kemudian pegawai berikan nombor giliran dan dia minta nia untuk duduk dulu sementara menantikan kedatangan pegawai temuduga dan juga para peserta yang lain. Dan sejujurnya, penantian itu adalah satu penyeksaan ye tuan – tuan dan puan – puan.
Nak
ulangkaji soalan temuduga, nia sendiri baru pertama kali ditemuduga untuk
tauliah mengajar ni. Jadi tak boleh nak tebak soalan yang bakal ditanyakan
nanti. Sudahnya nia menelinga sahaja perbualan peserta lain. Ada diajak
berborak sama tapi nia takde hati nak turut serta.
“Cik
Nia Emkay!”
Akhirnya, nama nia dipanggil. Tepat pukul sembilan sesi temuduga berlangsung dan nia merupakan peserta pertama untuk ditemuduga Laju nia angkat tangan dan menghampiri pegawai yang panggil nama tu. Dia suruh nia masuk dalam bilik temuduga.
Pintu
bilik nia ketuk dan salam diberikan untuk panel temuduga di dalam. Nia duduk
bertentangan dengan dua orang panel; dua – dua lelaki. Seorang nampak tegas,
seorang lagi nampak santai. Panel suruh bagitahu nama, alamat dan kelayakan.
Kemudian, bagitahu tujuan mohon tauliah.
Soalan
– soalan yang ditanyakan oleh panel temuduga semuanya berkaitan dengan akidah
seperti rukan islam, rukan iman, sifat 20, asmaul husna dsb. Kat bawah ni, nia
sertakan sekali beberapa soalan yang nia ingat sewaktu ditanya oleh panel
temuduga tempoh hari.
Soalan
pertama: Anak dapat 3C dan nak jadi doctor, sebagai seorang pakar motivasi apa
yang kita bagitahu?
Jawapan:
kaitkan dengan percaya kepada qada’ dan qadar dan juga percaya kepada Allah.
Soalan
kedua: Kalau tak pergi haji dan bayar zakat, lengkap tak rukun islam?
Jawapan:
sah, pergi haji dan bayar zakat hanya untuk mereka yang berkemampuan.
Soalan
ketiga: Sebutkan semua sifat 20. Kemudian, terangkan maksud beberapa sifat 20
yang disebut pihak panel secara rawak.
Jawapan:
nia nyanyikan lagu sifat 20. Sifat 20 yang ditanya nia tak ingat, maaf.
Soalan
keempat: Maksud qada’ dan qadar, Allah boleh tukar tak takdir yang telah
ditetapkan?
Jawapan:
qada’ dan qdar adalah ketentuan Allah swt dan ianya tidak boleh ditukar.
Soalan
kelima: nyatakan maksud air mutlak dan muqayyad serta sebutkan perbezaannya.
Macam nak jadikan air sirap kepada air mutlak?
Jawapan:
air mutlak ialah air yang suci untuk digunakan. Air muqayyad ialah air yang
bercampur dengan dengan sesuatu yang suci. Air mutlak boleh digunakan, air
muqayyad tidak boleh. Suling air sirap menjadi air mineral untuk bertukar
kepada air mutlak.
Setakat
itu sahaja sesi temuduga nia dengan panel JAIS. Mereka pesan, keputusan
temuduga akan diumumkan kemudian samada melalui panggilan telefon mahupun
kiriman surat. Nia ucapkan terima kasih kepada panel dan terus keluar bilik
dengan muka bangga dan senyum lega.
Kalau
kau orang pun ada temuduga tauliah mengajar, nia sarankan datang awal. Biarlah
kau orang menjadi orang yang pertama bersua muka dengan panel. Pagi – pagi, dia
orang masih lagi segar dan belum penat mendengar jawapan peserta.
Pada
saat nia menulis entry ini, nia sudahpun memiliki tauliah mengajar JAIS.
Alhamdulillah, rezeki nia! Sekiranya nia boleh berjaya, kau orang pun pasti
boleh berjaya juga. Nia doakan kau orang yang nak memohon tauliah mengajar ni
agar dipermudahkan segala urusannya, amin.
Kalau ada apa – apa pertanyaan, kau orang boleh tuliskan dekat bahagian komen. InsyaAllah, nia akan menjawab pertanyaan kau orang semua. Cepat atau lambat jelah masalahnya, HEHEHE.
Alamat MAIS Shah Alam: Tingkat 9 & 10, Menara Utara Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor
No Telefon: 03-5514 3762
Baca blog ni sambil menunggu detik untuk ditemuduga JAIS.. Moga dpermudahkan urusan��
ReplyDeleteAmin, amin ya rabb. Semoga dimudahkan segala urusan untuk mendapatkan tauliah :)
DeleteTak dapat buka link pautan coretan yg Pertama tu, why
ReplyDeleteNia minta maaf sangat - sangat, link salah hari tu. Nia dah betulkan semula link, kalau sudi baca nanti tinggalkan jejak kat sana tau :)
DeleteAmbik Berapa lama masa nak tahu keputusan tu
ReplyDeleteEnam bulan ke setahun kalau tak silap nia :)
DeleteTerima kasi akk asbab baca akk punya vlog ni sya..dapt jawb soaln2 yg di tnya pagi tdii...syukran kak nia emkay♡♡
DeleteDoakan supaya saya lulus kak niaa♡sayang akk..
Ambil tauliah apa ya?
ReplyDeleteTauliah mengajar guru tadika islam :)
DeleteMinta tip, jika ada rakan² yang ambil tauliah mengajar kitab
ReplyDeleteSalam.Nak tanya,permohonan tauliah ni dibuka sepanjang tahun atau ada waktu2 tertentu.Terima kasih
ReplyDeleteTerima kasih sudi kongsi dengan kami. Baarakallahu fiik. ❤️
ReplyDelete