“Wahai anakku! Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”
Sumber rujukan: AMBIL DARI SINI
Sumber gambar: google.com
“Wahai anakku! Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”
Sumber rujukan: AMBIL DARI SINI
Sumber gambar: google.com
Assalamualaikum semua :)
Pada bulan julai yang lepas, nia ada buat urusan matikan setem di LHDN PGRM. Sangkaan nia, proses urusannya masih lagi sama seperti dahulu iaitu beli setem hasil yang bernilai RM10 dan tampal pada surat perjanjian. Setelah itu, pergi ke pejabat LHDN untuk dicop. Selesai sudah proses untuk matikan setem.
Tapi
rupa – rupanya, sekarang ni proses untuk matikan setem sudah berubah sama
sekali yee. Nia kongsikan serba sedikit kronologi proses matikan setem di
pejabat LHDN dekat sini. Semoga memberi manfaat buat orang lain di masa akan
datang.
Pertama, beli setem hasil.
Sekiranya kau orang semua nak beli setem hasil di pejabat LHDN, pastikan kau orang buat pembelian sebelum pukul 12 tengah hari. Selepas waktu tersebut, setem hasil tidak lagi dijual di pejabat LHDN. Nia cadangkan, kau orang beli setem hasil di pejabat pos. Di sana, setem hasil dijual pada setiap masa. Takde had masa jualan seperti di pejabat LHDN.
Nak beli setem hasil pun payah sekarang ni ye. Siap diberikan had masa jualan, kalau terlebih had masa yang ditetapkan kita terpaksa beli di tempat lain. Leceh, perlu berulang – alik.
Seperti pengalaman nia pada julai lalu, ada seorang pelanggan wanita telah melengkapkan perjanjian, proses pendaftaran pun dah selesai. Tinggal nak beli setem hasil dan cop sahaja. Disebabkan ketika itu sudah pukul dua petang, setem hasil tidak lagi dijual. Dia siap merayu lagi kat pegawai tu tapi tak dilayan.
Kedua, pendaftaran atas talian.
Ya, kau orang semua kena buat pendaftaran urusan pada hari tersebut secara atas talian. Jangan risau, di pejabat LDHN sendiri ada disediakan komputer dan internet untuk kau orang buat pendaftaran tersebut. Sekiranya kau orang tak tahu nak isi maklumat yang diminta, boleh sahaja minta bantuan pegawai LHDN yang sentiasa bersedia untuk membantu.
Langkah kedua ni agak makan masa sewaktu nia buat urusan tempoh hari. Terkial – kial nia nak mengisi maklumat yang diminta. Dua kali jugaklah nia minta pertolongan daripada pegawai LHDN yang bertugas di kaunter pendaftaran ketika itu. Nasib baiklah pegawai tersebut boleh layan pertanyaan nia dengan sabar.
Nia yang celik IT ni pun terkial – kial nak isi maklumat dalam website LHDN, bayangkan kalau warga emas yang berada di tempat nia. Lagilah mereka tertekan dan hilang arah. Nasihat nia, sekiranya ibubapa kau orang nak buat urusan dekat pejabat LHDN, kau orang ikutlah mereka sekali. Ambil cuti sehari pun takpe, buat bakti pada ibubapa. Takkan itupun rasa berat kan?
Ketiga, matikan setem.
Dah selesai kedua – dua langkah tersebut, barulah kau orang boleh ambil nombor giliran dan seterusnya buat serahan borang / perjanjian di kaunter yang berkenaan untuk dicop oleh pegawai LHDN.
Langkah terakhir ni paling mudah dan sekejap sahaja untuk diselesaikan. Tahu – tahu sahaja, dah pun selesai urusan matikan setem.
Itulah kronologi matikan setem hasil di pejabat LHDN PGRM yang nia lalui pada Julai 2023. Sengaja nia kongsikan di sini untuk pengetahuan orang lain. Jadi bila kau orang baca tulisan nia ni, kau orang boleh buat perancangan macam mana nak buat urusan di pejabat LHDN nanti.
Kau orang ada buat urusan di pejabat LHDN? Macam mana kronologinya?
Okeylah, itu sahaja perkongsian nia kali ini. Sampai berjumpa lagi :)
Sumber gambar: google.com
Assalamualaikum semua :)
Sejak
terlibat dalam bidang pendidikan awal kanak – kanak ni, nia sering mencari cara
nak tulis huruf hijaiyah blok untuk aktiviti mewarna, menyurih, menampal sticker,
surih guna playdoh, dsb.
Nia
sejenis cikgu yang suka print bahan bantu mengajar daripada tulis
sendiri sebab nia memang sedia maklum tulisan nia tak secantik mana. Kadang
lurus, kadang bengkok, kejap kecil, kejap besar.
EH
EH, SAKIT PULAK MATA MEMANDANG
Makanya
nia sentiasa mencari di group BBM Facebook dan bertanya dengan guru –
guru lain samada mereka tahu ataupun tidak tentang kewujudan huruf hijaiyah
blok ni. Bukan apa, kalau ada font huruf hijaiyah blok ni mudahlah
urusan nia nak buat BBM untuk murid.
Untuk
yang tak faham dengan perkataan huruf hijaiyah blok tu, nia dah tunjukkan
contoh sesiap di bawah ini.
ا ب ت ث ج ح خ د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ع غ ف ق ك ل م ن و ه لا ء ي
Setelah
bertahun nia mencari font huruf hijaiyah blok ni, akhirnya nia jumpa
jugak namanya bulan lepas. Legaaaaa sangat bila dah jumpa nama font dan
tempat untuk download font tersebut. Semoga lepas ni, nia akan bertambah
rajin untuk menghasilkan BBM untuk murid kesayangan.
Nia
ada letakkan nama font huruf hijaiyah blok di bawah ini. Jangan risau, link
untuk download font tersebut pun nia ada sertakan sekali.
Semoga
memberi manfaat untuk mereka yang menggunakannya :)
NAMA
FONT HURUF HIJAIYAH BLOK: KFGQPC ALPHABET OUTLINED
[ LINKDOWNLOAD FONT HURUF HIJAIYAH BLOK / KFGQPC ALPHABET OUTLINED ]
"Wahai anakku! Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya."
Sumber rujukan: AMBIL DARI SINI
Sumber gambar: google.com
[ AMARAN: NAK BAGI RACUN, SILA LARI DARI SINI KALAU TAK KUAT IMAN :) ]
Assalamualaikum
semua :)
Sebagai
salah seorang pemegang title plussizers, nia sering berdepan dengan satu
masalah berkaitan fesyen iaitu susah nak mencari pakaian yang bersaiz besar. Kecewa
sangat bila masuk kedai pakaian dan semua pakaiannya dijual pada saiz standard
sahaja. Kadang tu nia baru pegang baju, terus je jurujual cakap ‘MAAF PUAN,
KITA TAKDE JUAL SAIZ BESAR.’
EH
SENTAP KITA, TERUS BERLALU KELUAR KEDAI. HAHA.
Kadang
tu pulak memang dia orang ada jual saiz besar tapi ukurannya banyak tersasar
terutamanya di bahagian dada, lengan dan punggung. Sempiiitttt nak oi, kita
yang dah sarung baju dia orang tu risau terkoyak je. Tak pasal kena bayar
nanti, dahlah tak muat nak pakai.
Kalaupun
dia orang ada jual baju saiz besar dengan ukuran yang selesa, design
ataupun pattern baju pulak kita tak berkenan. Kebanyakkan design
dan pattern baju saiz besar, semuanya jenis selera orang tua – tua.
Sedih aii bila berdepan dengan masalah begini, dah jumpa baju yang ada saiz
besar tapi design pulak kelaut. Itulah nasib orang yang berbadan besar
ni yee, kesian sayaaaa T.T
Tapi
sejak kebelakangan ini, masalah nia itu telah mendapat penyelesaian yang hebat.
Sejak pandai membeli belah secara atas talian ni, banyak sangat kedai pakaian
khas untuk plussizers telah nia jumpai. Nia akan kongsikan beberapa
kedai pakaian tersebut di bawah ini.
1 - Mis
Claire – WEBSITE MIS CLAIRE
Kedai ni menawarkan pelbagai jenis pakaian untuk plussizers. Slack, jeans,
legging, skirt, sweater, jacket, blouse, dress, jubah, kasut, sandal,
panty, sportswear, baju kurung, tshirt, nightwear, pajamas,
dsb. Design yang dia orang keluarkan mengikut perkembangan semasa dan juga
kehendak pelanggan mereka. Paling penting, ukuran dia orang memang menepati
piawaian plussizers. Besar, longgar dan selesa! Harga yang dia orang tawarkan
pulak kategori sederhana iaitu RM70 dan ke atas, bergantung pada jenis baju.
Nia
sendiri pun dah ada banyak koleksi dari Mis Claire. Antaranya ialah knitted
sweater, jacket, blouse, skirt dan legging. Nia paling suka dengan
legging yang dia orang jual, namanya Amber Outstandingly Soft Relaxed Tapered
Leggings.
Material
kainnya lembut dan sangat memeri. Kalau pergi kerja, nia memang akan pakai leggings
sebab nia pergi kerja naik motor. Jadi kalau angkat kain ataupun jubah,
takdelah nampak kaki bila pakai leggings. Seronoknya bila pakai leggings
ni, tak nampak berbonjol ataupun berlapis – lapis dari luar sebab materialnya
lembut dan tak tebal.
Sepanjang
nia pakai leggings dia orang, tak pernah lagi tertetas dekat bahagian
paha. Maklumlah, paha kita lebar. HAHA Sebelum nia jumpa Mis Claire, nia beli leggings
dari Plusclosette. Tapi material kainnya tebal, panas bila dipakai, jadi
berbulu bila dah lama pakai dan selalu tertetas di bahagian paha. Nasib baik
jumpa Mis Claire, selesai satu masalah nia.
Lepas
tu dekat bahagian bawah kaki tu ada cerut. Takdelah seluar tu menggelebeh
terkeluar dari kain ataupun jubah. Satu lagi benda yang nia suka pada leggings
dia orang ialah poket. Kiri kanan ada poket okey, suka sangat dengan ciri yang
ni. Nia sertakan sekali link produk kat bawah ni, kot kau orang teracun dengan
cerita nia kan. Harganya murah je RM39 sahaja.
[ AMBEROUTSTANDINGLY SOFT RELAXED TAPERED LEGGINGS ]
Psst,
ni rahsia antara nia dengan kau orang je tau.
Nia sarankan
kau orang jadi ahli Mis Claire, lagi banyak kau orang belanja dekat sana lagi
banyak poin kau orang dapat kumpul. Lepas tu nanti dia orang akan upgrade
membership kau orang ke tahap seterusnya dan kau orang layak mendapat 10% - 15%
discount untuk setiap pembelian. Seronok ke seronok? Kalau seronok, sila jadi
ahli sekarang yee.
Syhhh,
jangan bagitahu orang lain pasal rahsia ni tau!
2 - MimilaQueen
– SHOPEE MIMILAQUEEN
Di
sini ada pelbagai jenis blouse, baju kurung, jubah, suit, seluar,
skirt dan midi dress. Design yang dia orang keluarkan pula
jenis sweet, sopan, labuh menutup punggung dan tak begitu trendy.
Sesuai untuk muslimah. Untuk ukuran yang dia orang keluarkan pulak, tergantung
pada jenis baju.
Ada
baju yang ukurannya lebih kecil dan ada baju yang ukurannya lebih besar. Tapi
kau orang jangan risau tentang perkara ni, setiap kali kau orang nak tengok
katalog koleksi yang kau orang berkenan, dia orang akan bagi sekali carta saiz.
Jadi kau orang tengok dulu carta saiz sebelum pilih baju.
Kedai
ni antara kedai kegemaran nia bila nak cari blouse labuh, baju kurung
dan jubah sebab harga yang ditawarkan sangat berbaloi. Blouse dia orang
kebanyakkannya 3 helai RM100 sahaja gaiss, MANA NAK CARI KEDAI JUAL BAJU
BERSAIZ BESAR DENGAN HARGA YANG SEBEGITU? Lepas tu dia orang selalu buat harga
kombo dan nia jarang sekali melepaskan peluang untuk merebut harga kombo
tersebut. HAHA
3 - Najmar
– WEBSITE NAJMAR
Najmar
ada jual pelbagai blouse, jubah, seluar, skirt dan baju kurung.
Tapi untuk baju kurung, biasanya dia orang akan jual semasa raya sahaja.
Selepas musim raya, dia orang takkan keluarkan baju kurung dah. Design
yang dikeluarkan pula jenis ringkas dan labuh menutupi punggung. Harga yang
ditawarkan pula kategori sederhana iaitu RM70 dan ke atas, bergantung kepada
jenis baju.
Kat
sini biasanya nia akan beli blouse plain dan juga baju kurung. Dia orang
ada jugak keluarkan blouse printed tapi patternnya belum berjaya
membeli jiwa nia lagi.
4 - Dian
Signature – WEBSITE DIAN SIGNATURE
Kedai
ni dulunya dikenali sebagai Plusclosette tapi sekarang ni dah diberikan nama
baru iaitu Dian Signature. Dia orang ada jual pelbagai jenis pakaian seperti
baju kurung, outerwear, baju pengantin, telekung, dress, blouse,
seluar, suit, dsb. Harga yang ditawarkan pula kategori sederhana iaitu
RM70 dan ke atas, bergantung kepada jenis baju.
Sejujurnya
dulu nia suka sangat beli baju dekat sini tapi sejak dia orang dah diberikan
nafas baharu ni nia dah jarang sangat singgah kedai dia orang. Sebab utamanya,
kebanyakkan baju yang dia orang jual singkat, tak menutupi punggung. Lepas tu
harganya pula tidak setanding dengan material baju.
Tapi
yelah, itu citarasa nia. Citarasa orang lain kemungkinan berbeza.
5 - Sabella
– WEBSITE SABELLA
Nia
kenal dengan kedai ni masa zaman
#pkpbersambungsambunglagidanlagisampaiakujadisakithati. Masa tu jenama sabella
ni tengah melonjak naik sampaikan koleksi baru dia orang sentiasa habis. Bila
keluar sahaja design baru, berpusu – pusu orang buat tempahan. Dan nia
adalah salah seorang daripada mereka semua. HAHA
Antara
tarikan kedai ni adalah material yang digunakan iaitu moss crepe korea.
Material ni sangat memeri, selesa dan sejuk. Tapi untuk warna – warna yang
cerah, mungkin sedikit jaranglah. Tarikan yang kedua adalah harga yang
ditawarkan sangat berbaloi iaitu serendah RM39 dan ke atas, bergantung kepada
jenis pakaian.
Antara
benda yang dijual pula ialah blouse, jubah, baju kurung, telekung,
tudung, minyak wangi, dsb.
Kedai
ni pun dah lama nia tak singgah sebab minat nak pakai baju ironless
sudah hilang melayang – layang ditiup angin sepoi – sepoi bahasa, KEKE.
6 - Naurah
Ameena Basic – WEBSITE NAURAH AMEENA BASIC
Nia
berkenalan dengan kedai ni di dalam aplikasi Instagram dan nia paling takut nak
membeli pakaian daripada kedai ni sebab harga yang ditawarkan berada dalam
kategori mahal iaitu RM90 dan ke atas, bergantung kepada jenis pakaian.
Reaksi
nia ketika pertama kali dapat tahu harga pakaian yang dijual oleh mereka ialah
ternganga luas sambil menjerit dalam hati sekuat – kuat alam semesta, MAHALNYA
BAJU DIA ORANG JUAL! Jatuh rahang bawah nia sampai tak boleh nak angkat semula.
Tapi
nia beranikan jugak diri untuk membeli tiga jenis pakaian daripada dia orang
sebab nak tahu kenapa harganya mahal sampai begitu sekali. Walaupun harganya
mahal tetapi masih juga ada orang beli pakaian yang dia orang jual. Kenapa
orang minat dengan pakaian Naurah Ameena Basic ni? Apa istimewanya jenama
mereka? Jadi, untuk menghilangkan rasa ingin tahu yang membuak – buak dalam
jiwa nia, nia bulatkan tekad untuk menjadi pelanggan mereka. Dengan terketar –
ketarnya tanganku ini, nia pun membuat pembelian daripada kedai mereka. HAHA
Nia beli blouse labuh, blouse dan juga tshirt.
Dan
nia faham kenapa harganya mahal. Material yang mereka gunakan berkualiti, tak
nipis, tak tebal, tak jarang, selesa, sejuk, labuh menutupi punggung dan paling
penting longgar.
Kedai
ni ada jual blouse, kain sarong, tudung sarung, ikat shawl, ikat
bawal, widepants, skirt, shirt, kaftan, beg, telekung, anak tudung, dsb.
Saiz yang ada pula ialah one size fits all tapi kau orang jangan risau,
saiz yang dia orang tawarkan sangat besar sehinggakan plussizers pun
boleh muat.
7 - Dhia Ironless – WEBSITE DHIA IRONLESS
Untuk kategori ironless, pakaian yang dijual hanyalah baju kurung, blouse dan blouse skirt. Harga yang ditawarkan pula kategori sederhana iaitu RM70 dan ke atas, bergantung kepada jenis pakaian. Design baju kurung ada tiga jenis yang diberi nama Fatimah, Raudhah dan Khadijah. Corak yang dikeluarkan pula tidak menentu, adakalanya cantik memikat hati dan adakalanya pula nak pandang pun tak hingin.
Satu
yang nia menyampah dengan kedai ni ialah corak cantik – cantik cepat sangat
habisnya. Literally within an hour, like whatttt? Sengaja nak sakitkan
hati orang eh -,-
Tujuh
kedai pakaian khas untuk mereka yang berbadan besar telahpun nia kongsikan
dengan kau orang semua. Cukup ke cukup? Cukuplah tu kan, kang nia kongsikan
banyak – banyak, kau orang pulak rambang mata nak membeli belah. KAH.
Jumpa
lagi gaiss!
Sumber gambar: google.com
Assalamualaikum semua :)
Semasa
covid19 melanda negara beberapa tahun yang lalu, ramai anak – anak kecil yang
menjadi yatim piatu. Ada yang bernasib baik, mereka dipelihara oleh ahli
keluarga terdekat. Mana yang kurang bernasib baik, mereka terpaksa diserahkan
kepada badan kebajikan agar nasib mereka lebih terbela.
Perkara
yang paling meruntun hati nia ialah apabila nia baca kebanyakan kanak – kanak
yang kehilangan ibubapa ini perkembangan emosi mereka terganggu kerana mereka
tidak didedahkan dengan cara – cara untuk menerima kehilangan orang tersayang.
Nia
akui perkara ini penting.
Orang
dewasa sendiri pun kadang – kadang tidak dapat menerima kehilangan orang
tersayang dengan baik, apatah lagi anak – anak kecil yang barangkali masih
tidak tahu untuk mengawal emosinya yang elok.
Jadi
ibubapa mahupun guru di sekolah bolehlah mula untuk mengajar anak – anak
tentang cara menerima kehilangan orang tersayang. Biasakan mereka dengan
kematian. Sekiranya sukar untuk memberikan contoh melalui manusia, boleh
gunakan haiwan.
‘Kucing
ni mati sebab sakit. Jadi kita perlu tanam dia dalam tanah supaya takde orang
pijak ataupun binatang lain makan bangkainya. Adik sedih? Ibu pun sedih. Takpe,
adik nangislah. Kalau kita rasa sedih, memang kita akan nangis. Ibu pun selalu
nangis kalau sedih.’
Tanamkan
rasa empati dalam diri anak – anak. Sematkan juga pandangan bahawa menangis itu
normal dan manusia memang akan menangis sekiranya mereka berasa sedih.
Melalui
pemerhatian nia, orang sekeliling selalu suruh ahli keluarga si mati berhenti
menangis. Kadang tu sampai memaksa ahli keluarga si mati untuk berhenti
menangis. Alasan yang diberikan mereka adakalanya tidak munasabah. Roh si mati
sedihlah, roh si mati tak nak bergeraklah.
Kehilangan
orang tersayang adalah satu perkara yang menyedihkan. Jadinya normal untuk
mereka menangis dan luahkan kesedihan masing – masing. Kenapa perlu disuruh
berhenti menangis?
Jadi
nia harap untuk generasi akan datang ini, mereka takkan pandang perbuatan
menangis itu sebagai satu perbuatan yang ganjil dan perlu dielakkan.
Selain
inisiatif ibubapa dan guru, mungkin kementerian pendidikan juga boleh masukkan
isu ini dalam silibus pembelajaran untuk membantu anak – anak menerima
kehilangan orang tersayang.
Apa
pendapat kau orang?
Assalamualaikum semua :)
Kau
orang semua pernah hilang duit tak?
Takde
beli apa – apa pun tapi jumlah duit tiba – tiba berkurangan.
Baru
– baru ni, nia ada kehilangan duit. Bila nia kira jumlah duit dalam dompet dan
perasan jumlahnya telah berkurangan, terus berderau darah nia. Cuak terus masa
tu. Empat lima kali jugak nia kira semula jumlahnya untuk pastikan nia tak
tersalah kira. Ternyata, duit nia hilang.
Nia
pun termenung.
Mana
hilangnya duit tu?
Nia
semak semula resit yang tersimpan dalam dompet satu per satu. Inilah salah satu
sebab kenapa orang perempuan suka simpan resit bebanyak dalam dompet yee supaya
senang nak jejak perbelanjaan harian. Kadang tu daripada rumah rancang nak beli
barang lain tapi bila dah masuk kedai, mulalah kena rasuk. Macam – macam
dicapainya. Sampai kat kaunter, tahu – tahu dah penuh satu troli. Pengsan. KAH
Okey,
balik semula ke cerita asal.
Bila
dikira semula jumlah perbelanjaan hari tersebut, memang betul duit nia hilang.
Erggg, kecewaaaaaa T.T
Nia
pun mengadu dekat abah dengan muka sedih sememeh, ‘Abah, duit angah
hilaaaaaanngggg.’
Macam
biasa, abah akan suruh kira betul – betul dulu duit yang ada dan cari dekat
tempat yang biasa nia letak duit. Bila nia cakap nia dah buat semua tu tapi
masih tak jumpa duit yang hilang tu, abah cakap ‘Bukan bahagian awaklah duit
yang hilang tu. Lapangkan dada. Itu rezeki orang lain barangkali.’
Mmmmmmmmmmm.
Abah
sambung, ‘Angah lepas ni kena belajar bersedekah selalu untuk hilangkan rasa
sayang pada duit. Ingat, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain juga. Bukannya
rezeki yang kita dapat tu, kita punya seorang.’
Opsss,
setepek kena.
Tapi
nia tak nafikan, pada zaman sekarang yang segala – galanya memerlukan duit, nia
memang sangat berkira dalam bab duit. Kadang tu nak belanja keluarga sendiri
duk berkira – kira. Padahal kalau berkongsi rezekikan lebih terasa manisnya.
Tapi itulah, bercakap memang senang nak mengamalkannya payah.
Ayuhlah
kita sama – sama ubah diri daripada seorang yang sayangkan duit kepada seorang
yang suka berkongsi rezeki. Dan ingat pesanan abah nia, kalau duit hilang
mungkin bukan rezeki kita untuk merasanya.
Sumber
gambar: google.com
“Wahai anakku! Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, berusahalah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.”
Sumber rujukan: AMBIL DARI SINI
Sumber gambar: google.com
Assalamualaikum semua :)
Pada
sambutan hari guru yang lepas, nia ada dapat hadiah reed diffuser jenama
Kaison daripada rakan sekerja. Sebelum ni kalau jejak kaki dalam Kaison selalu
je nampak reed diffuser dekat rak dia orang tetapi tak pernah terlintas
di hati untuk membeli. Sebabnya, akan ada sahaja orang memenuhi ruangan
tersebut untuk memilih pelbagai bauan yang memikat hati masing – masing.
Walaupun nia tahu reed diffuser ni ada ramai peminat tetapi masih belum
dapat meracun nia lagi. Bak kata orang putih, yet. HAHA
Jadi,
reed diffuser ni apa sebenarnya?
Liquid
air fresheners in a narrow – necked bottle with long ‘sticks’ inserted in to
the liquid. (sumber: poison control)
Terjemahan:
Cecair pewangi udara yang diletakkan dalam botol berkepala kecil bersama batang
panjang yang diletakkan ke dalam cecair tersebut.
Boleh
faham ke maksudnya?
Senang
cerita, reed diffuser ni salah satu pewangi udaralah. Ataupun dengan
kata lainnya, air fresheners.
Semenjak
dah terjebak dengan penggunaan reed diffuser, ada beberapa bauan yang
telah nia cuba dan nia akan kongsikan di sini untuk rujukan kau orang semua. Kotlah
kau orang pun pengguna reed diffuser yang nak mencuba bauan baru. Ataupun
kau orang semua baru nak terjebak dengan penggunaan reed diffuser tetapi
tak tahu nak pilih bauan yang mana satu.
1
– Forrest
Forrest
ni baunya seperti kayu – kayan dan pokok serta daun dalam hutan selepas hujan.
Nia suka sangat bau ni, nyaman dan menenangkan. Tahap baunya kuat yang mana
kalau kau orang letak dalam bilik, segenap ruang dalam bilik itu ada baunya. Nia
cadangkan kau orang letak dalam bilik yang tertutup seperti bilik tidur, tandas,
kelas, bilik rehat dsb.
2
– Jasmine
Seperti
namanya, jasmine ni baunya seperti bunga. Nia tak berapa minat dengan bau ini
tapi bila sesekali hidu tu akan terasa romantik dan exciting. Tahap
baunya sederhana. Maksudnya kalau kau orang berada dekat dengan batang reed diffuser
barulah kau orang boleh bau. Untuk bau ni, nia cadangkan kau orang letak dekat atas
meja belajar, meja kerja, dsb.
3
– Lime & Orange
Ini
satu lagi bau yang nia suka. Baunya seperti buah oren yang manis dan juga limau
nipis yang masam. Sesekali bila baunya lalu kat hidung, akan timbul rasa segar
dan nyaman. Adakala juga membuatkan perut terasa lapar, HAHA. Tahap baunya kuat,
sama seperti forrest. Bau yang ini sesuai untuk diletakkan dalam bilik yang
tertutup seperti bilik tidur, tandas, kelas, bilik rehat dsb.
4
– Sandal Wood
Sandal
Wood ini merupakan bauan kegemaran abah. Dulu The Body Shop ada
keluarkan satu perfume namanya Bowhanti dan baunya serupa dengan Sandal Wood
ini. Baunya seperti campuran rempah ratus dan kayu – kayan. Bila bau ni menusuk
hidung, mesti orang akan terpikat dengan gabungan baunya yang mahal dan unik. Orang
lelaki mesti suka bau macam ni sebab baunya maskulin, kuat dan tahan lama.
Tahap baunya sangat kuat. Nia cadangkan kau orang letak bauan ini di ruangan
yang besar seperti ruang tamu,
5
– Vanilla
Tipikal
bau vanila adalah seperti bau kek. Kalau kau orang nak tahu bau kek macam mana,
kau orang boleh beli essence vanilla dan cuba hidu. Begitulah bau sebiji
kek, harum, manis dan menggoda. Tahap baunya tak kuat, kadang – kadang baunya boleh
dihidu dan kadang – kadang pula hilang begitu sahaja. Seolah – olah macam tak
pakai reed diffuser. Nia tak galakkan beli bauan ini tapi kalau kau
orang minat, boleh letak atas meja belajar, meja kerja dsb.
6
– Ocean
Siapa
yang gemar pergi laut, mungkin akan tertarik dengan bauan ini. Baunya ada seperti
deruan angin di tepi pantai. Lembut membuai jiwa dan menenangkan kepala. Tahap
baunya juga tidak kuat seperti vanilla. Nia tak galakkan beli bauan ini tapi
kalau kau orang minat, boleh letak atas meja belajar, meja kerja dsb.
Itulah enam jenis bauan reed diffuser daripada Kaison yang telahpun nia cuba. Harapnya perkongsian nia kali ini bermanfaat untuk kau orang semua. Sampai berjumpa lagi, bye kau orang :)
Assalamualaikum semua :)
Sebelum
ni nia dah pernah kongsikan pengalaman nia sewaktu mengambil vaksin AstraZeneca
di PWTC dan nia juga telah berkongsikan tips ketika mengambil vaksin. Sekiranya
kau orang semua terlepas membaca kedua – dua entry tersebut, jangan risau. Klik sahaja link yang sudah nia sediakan di bawah ini :)
[PENGALAMAN MENGAMBIL VAKSIN ASTRAZENECA DI PWTC]
[TIPS KETIKA MENGAMBIL VAKSIN]
Untuk
kali ini, nia akan kongsikan beberapa tips pakaian yang sesuai dipakai ketika
mengambil vaksin edisi muslimah.
1
– Baju Lengan Pendek + Stoking Tangan
Yang
pertama adalah gandingan baju lengan pendek dengan stoking tangan. Ini paling
praktikal. Nia rasa semua orang ada baju lengan pendek dekat rumah kan? Kalau
perlukan tambahan pun, nia rasa stoking tangan tu sahaja tambahan yang
diperlukan.
Stoking
tangan tu kalau boleh pakai yang jenis panjangnya sampai ke ketiak. Jadi waktu
nak cucuk vaksin nanti, kau orang selak lengan baju dan turunkan sikit stoking
tangan.
2
– Baju Tanpa Lengan + Jaket / Cardigan
Yang
kedua, kau orang boleh pakai baju tanpa lengan dan dipadankan sekali dengan
jaket ataupun cardigan. Yelah, ada orang tak selesa bila kena pakai stoking
tangan sampai paras ketiak. Atau, ada juga yang lebih gemar pakai inner
daripada stoking tangan.
Jadi
kau orang boleh pakai baju tanpa lengan bersama jaket mahupun cardigan. Bila
nak cucuk vaksin, dedahkan sikit bahagian bahu kepada petugas kesihatan.
3
– Jubah / Kaftan Berlengan Besar + Stoking Tangan
Yang
ketiga, kau orang boleh pakai jubah mahupun kaftan yang jenis bukaan lengan dan
tangannya besar. Jadi senang, kau orang sinsing sahaja lengan tu naik sampai ke
paras ketiak bila nak cucuk vaksin nanti.
Stoking
tangan jangan lupa pakai ye sayang – sayang sekalian. Faham – faham jelah bila
pakai baju yang bukaan tangannya lebar ni. Aurat tangan susah nak berjaga. Kang
tahu – tahu je, nampak ketiak. Aiyokkkk!
4
– Breastfeed – friendly
Yang
keempat, kau orang boleh pakai mana – mana baju yang mempunyai breastfeed –
friendly features. Breastfeed – friendly tu maknanya ada zip di
bahagian dada untuk memudahkan urusan penyusuan. Baju
Dekat
pasaran sekarang pun dah makin ramai orang jual baju breastfeed – friendly
ni pada harga yang berpatutan. Masa nak vaksin nanti, buka zip dan tunjukkan
bahagian bahu sikit pada petugas kesihatan. Tak payah nak sinsing lengan apa
semua bagai.
5
– Vaccine - friendly
Yang
kelima adalah baju yang tengah trending hot sekarang ni iaitu baju yang
mempunyai vaccine – friendly features. Baju – baju vaccine – friendly
ni semuanya ada zip dekat bahagian bahu samada sebelah kiri, kanan ataupun
kedua – dua belah kiri dan kanan.
Bila
pakai baju vaccine – friendly ni, kau orang cuma perlu buka zip dekat
bahagian bahu dan selak sikit baju dengan bahagian baju. Tak perlu nak sinsing
lengan ataupun selak bahagian dada. Mudahkan?
Dan
jangan risau, baju vaccine – friendly ni datang dalam pelbagai variasi; blouse,
tunic, jubah, kaftan, baju kurung dsb. Kalau kau orang tak nak keluarkan
duit untuk beli baju yang baru, boleh sahaja hantar dekat kedai jahit baju –
baju kau orang yang lama tu dan suruh mereka tambahkan zip dekat bahagian bahu.
Baiklah,
itu sahaja tips pakaian yang sesuai dipakai ketika mengambil vaksin edisi
muslimah. Semoga ianya bermanfaat dan dapat membantu kau orang semua.
Sumber gambar: google.com
"Wahai anakku! Janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan hati, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, dan janganlah mensia-siakan hartamu.”
Sumber rujukan:
AMBIL DARI SINI :)
Assalamualaikum semua :)
Siapa
dekat sini paling berchenta betul bila nak gosok baju? Andai ada orang
bertanya, nak aku tolong gosokkan baju tak? Itu sudah cukup untuk
membuatkan dia senyum riang dan melompat girang. Kalau kau orang adalah orang
yang dimaksudkan jangan gusar sebab nia pun termasuk dalam golongan yang sama.
KAH!
Nia
akan gosok baju kerja nia dan juga baju jalan abah setiap hujung minggu. Bila
menjelangnya hari Ahad, nia rasa malas sangat nak bangun sebab nia tahu by
hook or by crook nia kena selesaikan urusan menggosok baju ni. Yelah, kalau
nia tak gosok baju kerja macam mana nak pergi kerja? Takkan nak belasah pakai
seluar slack dengan kemeja sepanjang minggu kot?
Jadi
nia akan kongsikan beberapa tips supaya kau orang yang tak suka menggosok baju
boleh melakukan aktiviti tersebut sambil menyanyi riang.
1
– Sejuk
Menggosok
baju, pada nia adalah aktiviti yang panas. Aktiviti yang akan membuatkan peluh
nia jatuh berjurai – jurai. Jadinya kawasan untuk melakukan aktiviti menggosok
baju ini perlu sejuk.
Kalau
takde aircond pun tak mengapa, cukup dengan adanya kipas yang dipasang
pada tahap paling maksima. Biar ketiak tak basah!
2
- Hiburan
Hiburan
untuk nia ketika menggosok baju adalah lagu. Jadi sepanjang menggosok baju, nia
akan buka radio ataupun playlist dekat smartphone supaya nia tak
berasa bosan.
Kadang
– kadang tu ada jugak nia menggosok baju sambil dengar siaran langsung dekat
IG, ceramah atas talian ataupun sambil menghadiri kursus dan juga kelas yang
ringan – ringan.
3
– Air Sejuk
Dah
buat aktiviti yang mengeluarkan banyak peluh, mestilah kena minum banyak air
untuk menggantikan semula air yang dah hilang tadi kan?
Jadi
sebelum nia menggosok baju, nia akan pastikan bekalan air sejuk nia mencukupi
dalam peti ais. Bila tekak terasa kering semasa menggosok baju, buka sahaja
peti ais, capai botol air dan teguk airnya. Ahhhhhh, nikmatnya air sejuk!
Itu
sahaja tips yang boleh nia kongsikan dengan kau orang. Semoga kita sama – sama
rajin menggosok baju selepas ini!
Sumber gambar: google.com
“Wahai anakku! Bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.”
Sumber rujukan:
AMBIL DARI SINI :)
Sumber gambar: google.com
Assalamualaikum semua :)
Pernah
tak, kau orang dah install Microsoft 365 tapi bila kau orang buka any
applications within Microsoft 365 tu, yang keluar bukannya version
baru tetapi version lama?
Faham
tak situasi yang nia cakapkan tu?
Contohnya,
sebelum ni kau orang dah install Microsoft office version 2016. Tapi
hari ni kau orang beli Microsoft 365, jadi kau orang pun uninstall
Microsoft version 2016 dan install Microsoft 365 ni.
Masalahnya,
walaupun kau orang dah install Microsoft 365 tu, dia tetap keluar
Microsoft version 2016. Umpamanya, kau orang masih gunakan version
yang lama dan takde install version yang baru.
Faham?
Jadi,
bila masalah macam tu timbul apa yang boleh kau orang semua buat?
Nia
ada kongsikan dua cara penyelasaian kepada masalah tersebut di bawah ini.
Pertama:
buka word > file > account > office updates > update options >
update now > restart pc
Did
that solve your problem?
Kalau
masalah yang sama masih berulang, sila baca cara kedua pula.
Kedua:
download Microsoft Support & Recovery Assistant > office > uninstall ambil
option ketiga / install option pertama
Itulah
dua cara penyelesaian yang boleh nia kongsikan dengan kau orang semua.
Harapnya, cara – cara tersebut boleh membantu kau orang semua :)
Sumber gambar: google.com
“Wahai anakku! Sesesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.”
Sumber gambar: google.com
Assalamualaikum semua :)
Sejak
PKP – PKP – Asyik – Tambah – Tambah – Lagi – MCO – Satu – Kali – Perdana –
Menteri – Umum – Lagi (eh eh, kemain lagi kau orang baca ayat nia tulis
siap menyanyi – menyanyi sambil mengangguk kepala bagai, heheheheheh)
Sejak
PKP bermula pada tahun 2019, kebanyakkan orang mula bekerja dari rumah dan ada
juga para pelajar yang mengikuti sesi pembelajaran & pengajaran dari rumah.
Sejak daripada itu, nia mendapat banyak pertanyaan berkaitan masalah capaian
internet daripada telco YES dan juga cara nak menyelesaikannya.
Untuk
pengetahuan kau orang semua, nia sudahpun menamatkan perkhidmatan dengan YES.
Nia sudah tidak menggunakan lagi perkhidmatan internet yang disediakan oleh
mereka atas sebab yang tertentu. Tapi tentang perkara itu, nia akan bagitahu
dalam entry yang lain.
Disebabkan
ramai yang nak tahu cara menyelesaikan masalah capaian internet daripada telco
YES, dibawah ini ada beberapa cara nia kongsikan yang harapnya boleh membantu
kau orang semua.
1
– Restart device.
Sekiranya
capaian internet kau orang semua bermasalah, cuba kau orang restart
semula device samada zoom ke, huddle ke ataupun smartphone.
Tutup device, biarkan dalam satu atau dua minit, kemudian kau orang buka
semula device.
Did
that solve your problem?
Kalau
masih bermasalah, baca pula cara kedua yang nia kongsikan ini.
2
– Tutup device, keluarkan simcard, masukkan semula dan buka device.
Mula
– mula sekali tutup device kau orang. Kemudian, keluarkan simcard
daripada device.
Ambil
kain ataupun tisu. Sebaiknya kau orang gunakan kain untuk lap cermin mata tu
tapi kalau dah takde, ambil jelah apa – apa kain yang ada ataupun tisu.
Pastikan kering ye, jangan basah.
Setelah
itu, kau orang lapkan microchip dekat simcard tu. Bagi hilang
habuk ke debu ke. Sambil lap tu kau orang bisik kat chip tu, janganlah buat
hal aku ada kerja nak buat ni. KEKEKEKEKEK
Dah
selesai lap, masukkan semula simcard ke dalam device dan buka
semula device tu.
Did
that solve your problem?
Kalau
masih bermasalah, baca pula cara ketiga yang nia kongsikan ini.
3
– Buat speedtest dan hantar aduan dekat yescare.
Kalau
kau orang dah cuba buat dua cara kat atas tapi masih tak berjaya, makanya kau
orang perlu lakukan speed test dekat website Yes4G seterusnya
buat aduan dan hantar melalui email YesCare.
Caranya,
kau orang pergi dekat bahagian speed test Yes4G dan buat ujian kelajuan
capaian internet. Pastikan kau orang print screen ataupun screenshot
keputusan ujian tersebut untuk dilampirkan dalam email aduan kau orang
nanti. Cadangan nia, kau orang buat speed test tu dekat beberapa tempat
yang berlainan. Biar ada variety of results supaya pihak telco boleh detect
masalah.
Nia
ada letakkan link speed test Yes4G, email YesCare dan juga nombor
telefon untuk dihubungi dekat bawah ni untuk rujukan kau orang semua.
Speed
test: TEKAN SINI OKEYY :)
Email:
yescare@yes.my
Tel:
018 – 333 0000
Pssst,
spam aduan kau orang banyak –
banyak sekiranya tidak mendapat sebarang maklum balas daripada pihak mereka.
Did
that solve your problem?
Kalau
masih bermasalah, baca pula cara keempat yang nia kongsikan ini.
4
– Pergi dekat yes centre dan buat aduan kepada mereka.
Andai
kata kau orang pun dah bosan dengan masalah capaian internet yang tidak menemui
jalan penyelesaian, bolehlah menjejakkan kaki ke Yes Centre yang
berdekatan dengan rumah kau orang.
Sebelum
kau orang terjah satu – satu Yes Centre, pastikan dia orang ada sediakan servis
yang berkaitan dengan masalah kau orang tau sebab tak semua Yes Centre ada
sediakan perkhidmatan berkaitan dengan customer service ni. Kalau tak
nanti, sia – sia sahaja perjalanan kau orang.
Macam
mana nak tahu servis apa yang Yes Centre ada?
Kau
orang boleh periksa melalui Yes Store Locator. Nia ada sediakan link tersebut
dekat bawah.
Sampai
sahaja dekat Yes Centre, kau orang jumpalah dengan pegawai yang ada dan
ceritakan segala masalah capaian internet yang kau orang alami pada mereka.
Jangan lupa, bagitahu juga cara – cara penyelesaian yang telah kau orang buat
untuk selesaikan masalah tersebut. Dan tunjukkan sekali keputusan speed test
yang pernah kau orang lakukan sebelum ini kepada pegawai mereka.
Psst:
cara yang keempat ini tak boleh nak dilakukan sekiranya kawasan kau orang
berada dalam fasa PKP ataupun PKPD. Seperti yang kau orang semua sediakan
maklum, sewaktu PKP dilaksanakan semua kiosk, cawangan mahupun HQ pihak telco
tidak akan beroperasi. Mereka hanya akan beroperasi secara atas talian sahaja.
YES
Store Locator: TEKAN SINI YEE :)
Did
that solve your problem?
Kalau
masih bermasalah, baca pula cara kelima yang nia kongsikan ini.
5
– Tukar simcard baru
Sekiranya
kau orang dah buat semua cara di atas dan masalah capaian internet masih lagi
berlaku, kemungkinan kau orang perlu tukarkan simcard lama kepada yang
lebih baru. Kadang – kadang simcard yang kau orang gunakan tu versi lama
punya, jadi tak berapa compatible dengan rangkaian internet mereka.
Untuk
penukaran simcard, boleh dilakukan melalui dua cara iaitu secara atas
talian ataupun secara walk in ke Yes Centre yang berdekatan.
Did
that solve your problem?
Itu
sahaja jalan penyelesaian yang nia boleh kongsikan bersama dengan kau orang
semua. Harapnya perkongsian nia kali ini dapat membantu kau orang menyelesaikan
masalah.
Nia
tahu, betapa peritnya rasa apabila capaian internet tidak memuaskan hati tambah
– tambah apabila kita memerlukannya ketika melaksanakan tanggungjawab. Nia
doakan semoga kita semua terus kuat mengharungi keadaan semasa dan semoga
urusan kita semua dimudankan, amin.
Sumber gambar: google.com