Assalamualaikum semua :)
Ada tak sesiapa dikalangan pembaca blog nia ni merupakan peminat
makanan – makanan korea seperti kimbap, jajangmyeon, gaeran mari, dobokki,
ramyeon, bulgogi, kimchi dan pajeon? Sekiranya ada, ini merupakan satu berita
baik untuk kau orang semua.
Kau orang merupakan seorang peminat tegar makanan – makanan korea
tetapi malas nak makan diluar ataupun takde restoran korea yang halal
berdekatan dengan tempat kau orang? Jangan risau, Zaa Daa Delivery boleh
hantarkan makanan – makanan korea kegemaran kau orang sehingga ke depan pintu
rumah ataupun pejabat kau orang semua.
Baru – baru ni nia ada pesan Bulgogi Set, Jajangmyeon, Fried Ramyeon,
Kimchi, Gaeran Mari dan juga tiga jenis Kimbap iaitu Virgin & Pure,
Vegelicious dan Mix & Match dengan Zaa Daa Delivery. Kat bawah ni, nia akan
berikan komen untuk satu – satu menu.
1 – Kimbap: Virgin & Pure, Vegelicious dan Mix & Match
Kalau kau orang tengok dekat gambar di bawah ni, kau orang boleh
nampak betapa besarnya saiz gulungan kimbap tersebut.
Bila gulungannya besar, itu menandakan inti ataupun bahan – bahan
yang diletakkan di dalam kimbap tersebut adalah banyak. Ini memang satu
kelebihan kimbap daripada Zaa Daa Delivery. Isinya banyak. Rasanya? Rasanya sama
sungguh – sungguh dengan kimbap yang dijual di Dubuyo, Gangnam Kimbap ataupun
Sweetree.
2 – Fried Ramyeon
Nampak tak kat tepi – tepi tu ada side dishes seperti kimchi
dan juga salad? Ini memang menjadi satu bonus point bagi nia sebab nia
ni memang jenis pemakan dan juga seorang perempuan yang sangat minat dengan
kimchi.
Jadi, bila pesan makanan korea antara side dishes yang wajib
ada adalah kimchi. Kimchi kalau takde boleh buat gaduh weyh. HAHA. Yang
lain tu kalau takde pun takpe tapi kalau ada nia bedal aje.
Fried ramyeon ataupun ramyeon goreng dia takde rasa
macam maggi. Itu paling penting bagi nia sebab sebelum ni kalau nia minta
ramyeon mesti ada rasa maggi dan ada sekali tu memang dia guna maggi. Cehh,
baik nia buat sendiri kat rumah. Murah pun murah, berkhasiat lagi tu. Dan lagi
sekali, banyak isi. Ada sosej, ayam dan sayur – sayuran.
Terliur ke terliur?
3 – Kimchi
Sebagai salah seorang peminat kimchi dan sudah merasai beberapa
jenis kimchi yang halal, nia boleh kategorikan kimchi yang dijual oleh Zaa Daa
Delivery sebagai kimchi yang tersedap dan paling menepati selera nia.
Satu, rasa kimchi yang dijual oleh Zaa Daa Delivery sama dengan
kimchi yang ada dekat restoran makanan korea seperti Dubuyo dan sebagainya.
Rasa memang sama sebijik – sebijik, nia pun terkejut bila rasa kimchi dia.
Dua, kimchi dia tak pedas melampau. Sebelum ni nia ada beli kimchi
yang dibuat oleh orang melayu sendiri dan pedas dia memang tak boleh tahan.
Rasa kimchi yang biasa makan kat restoran makanan korea berubah terus.
Citarasa setiap orang memang berbeza – beza dan mungkin ada yang
suka kimchi pedas melampau macam tu. Tapi nia tak boleh terima kimchi macam tu
melainkan nia memang betul – betul teringin nak makan kimchi yang pedas.
So yeah, Zaa Daa’s kimchi is recommended.
4 – Gaeran Mari
Dalam bahasa melayunya ialah telur gulung. Nia tak boleh nak komen
apa melainkan sedap, sedap dan sedap.
Jajangmyeon ni merupakan makanan korea yang baru pertama kali nia
makan dan rasa. Kesimpulannya nia boleh katakan bahawa jajangmyeon dia sedap
dan memuaskan hati. Nia nak komen lebih – lebih pun tak boleh sebab ini memang
kali pertama merasa jajangmyeon.
6 – Bulgogi Set
Didatangkan sekali dengan nasi, daging yang sudah digoreng dan side
dishes. Bila tengok daging tu, nampak macam masak kicap ye dak? Tapi takde
rasa kicap langsung tau, rasa daging tu memang terasa seperti masakan korea.
Daging dia pulak lembut dan manis. Itu petanda daging yang
digunakan adalah daging segar dan bukannya daging yang sudah lama disimpan di
dalam peti sejuk.
Paling penting, bila makan Bulgogi Set ni rasa kenyang akan
bertahan sampai tengah hari esoknya. Nia tak tipu ea, nia cakap betul – betul
ni. Kenapa rasa kenyang tu lama sangat kau orang tanya? Sebab nasi dia banyak
dan padat ditambah pula dengan side dishes yang pelbagai. Perghhh! Mana
boleh tak kenyang, ye dak?
Ada yang terliur ke? Kalau ada yang terliur, terus hubungi Zaa Daa
Delivery untuk membuat pesanan. Dan, Zaa Daa Delivery tengah buat promosi
sempena bulan Ramadhan al – Mubarak ni. Kalau nak tahu promosi apa yang mereka
buat, jangan lengah – lengah lagi dan terus hubungi Zaa Daa Delivery.
Zaa Daa Delivery: 019 - 552 4166
Zaa Daa Delivery: 019 - 552 4166
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)